Dinar Iraq Suatu Penipuan

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, kewangan dan pelaburan memang tajuk kesukaan yang dah lama aku nak kongsikan tetapi belum sempat nak berkongsi rasa. Nak tersedak juga bila ada orang sebut-sebut nama aku dalam salah satu entri di blog Ariffshah “Kenapa Melabur Emas” suatu ketika dulu tentang matawang dinar iraq.

Slay : March 16, 2011 at 10:27 amSori bro off-topic sikit komen aku ni. Tapi sebab kau pun ada sentuh pasal nilai mata wang kertas kan dalam entri ni, jadi aku nak tanya sikit la. Apa pendapat kau tentang nilai mata wang dinar Iraq yang dijangka akan melambung tinggi dalam masa terdekat ni?

Ariffshahoh. yang tu aku tak tau sangatlah. Kena tanya orang yang simpan mata wang tu.. Tapi kalau ikutkan, bila ekonomi dia dah kukuh, memang nilai matawang tu akan naik. Cuma nak cari bank/money changer yang boleh terima tukaran wang tu je yang mungkin bermasalah sikit.

SlayThanks bro. Saja nak tau pendapat kau tentang hal ni. Aku dah banyak baca pasal potensi mata wang dinar Iraq ni, dan macam berminat untuk invest tapi bila fikir-fikir balik macam ‘too good to be true’. Tak silap aku denaihati ada simpan. Dan kalau aku tanya orang yang simpan, confirm diorang kata yang baik-baik je ye tak?

Matawang Dinar Iraq 25k

Aku dah simpan matawang dinar iraq sejak 2006. Sejak itu nilai Dinar Iraq berbanding USD telah meningkat walaupun tak banyak. Matawang dinar iraq boleh ditukar dimana-mana money changer di negara Arab tetapi tidak di negara lain kerana nilai matawang belum diapungkan lagi. Sebelum Iraq di serang US dan Sekutu, matawang dinar iraq adalah kedua tertinggi di Arab setelah Kuwait.

Jika mengambil contoh kes Kuwait nilai matawangnya meningkat setelah di revalue selepas perang tamat. Cuba teman-teman lihat berapa nilai USD untuk setiap1 Dinar Kuwait. Perkara yang sama akan berlaku kepada Iraq yang merupakan mengekspot minyak utama dunia. Sebulan dua ni memang heboh diperkatakan nilai matawang dinar iraq akan di revalue dan khabarnya dijangka akan meningkatkan 3 digit. Nak faham apa itu peningkatan 3 digit boleh ke Blog Dinar Iraq.

Memang tidak dinafikan ada juga penipuan dinar iraq bukan pada sistemnya tetapi pada sebahagian kecil penipu yang telah mencetak matawang palsu jadi teman-teman perlu ada kemahiran untuk mengenal matawang dinar iraq yang asli bukan palsu. Untuk mengetahui perkembangan terkini matawang dinar iraq teman-teman boleh ikut Group Kelab Jutawan Dinar atau dapatkan info di Jadi Jutawan Dinar Iraq.

Semua penyimpan matawang dinar iraq harap bersabar kalau 3-4 tahun boleh tunggu kenapa tidak 3-4 bulan lagi. Kalau revelue separuh dari nilai Dinar Kuwait pun dah syukur sangat… tak lari gunung dikejar but its really true to be true.


Spread the love

66 Comments

      1. Pelaburan ini ada yang janji kosong dan ada yang kita sendiri boleh buat analisa sendiri walaubagaimanapun setiap pelaburan pasti ada risikonya tiada yg pasti100%.

  1. 3 bulan yang lepas adik b3njy ada call b3njy tanya pasal dinar iraq, masa tu b3njy tak ada info lagi … tapi andai kata entri denaihati ini diguna pakai sebagai info b3njy … SAH ! adik b3njy itu berduitlah dia nanti … b3njy jugalah sengeh2 je depan dia nanti … b3njy bukan tak caya nak invest tetapi duit gaji pun cukup2 je satu putaran sebulan …. semoga dinar iraq ini menjadi kenyataan supaya bolehlah b3njy minta belanja adik b3njy KFC pun jadilah … hehehehe.
    Curahan rasa benjy @ ..MY CLICK-CLICK CONTEST – Syarat &amp PendaftaranMy Profile

    1. Yang pasti dinar iraq memang sudah boleh ditukar di Arab Saudi cuma menunggu boleh ditukar di money changer Malaysia dan nilainya meningkat seperti sebelum perang … Insyallah.

  2. kena pandai predict keadaan semasa la jugak kan kalau nak main pelaburan matawang nie 🙂

    1. tak semudah tu caranya. Untuk kes kuwait dan Iraq apabila negara di serang matawang lama dihapus dan digantikan dengan matawang baru yang di cipta oleh pasukan bersekutu. Apabila perang tamat sudah pasti matawang tersebut akan ditingkatkan nilai kerana negara penjajah sudah menyimpan banyak matawang tersebut.

      Untuk kes Libya ianya boleh consider sekiranya penjajah ambil alih ekonomi dan tukar duit baru.

    1. Sekarang nak beli pun dah mahal kalau nak murah pesan je sesiapa yg ge umrah minta tukar kat money changer kat mekah atau madinah. 1juta iraq lebih kurang RM3k tapi kalau kat malaysia mencecah RM18k.

  3. sekarang kat sini pun ramai bercqakap ttg dinar la dirham la. sampai kan kawan kelas buat presentation pn ckp pasal ni.tp saya tak paham2 jugak hahhahah

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!