Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, berapa ramai yang pernah dengar nama “Diego Garcia” sebelum ini. Aku jujur hanya dengar perkataan “Diego Garcia” selepas tragedi MH370 pada 8/3/14. Memang banyak ilmu baru aku belajar daripada peristiwa ini kerana setiap hari ada sahaja ilmu baru yang dikongsikan dalam berita terkini MH370.
Diego Garcia sebahagian daripada British Indian Oceon tanah jajahan British sebuah pulau terletak di tengah-tengah Lautan Hindi. Tanah daratan yang paling hampir adalah Selatan India iaitu kira-kira 1,790 km lokasi paling strategik menguasai dunia.
Amerika mula membina pengkalan tentera bermula pada tahun 1971 dan meningkatkan kemudahan berperingkat sehingga menjadi pengkalan yang canggih. Menjadi pusat serangan ke atas Teleban di Afghanistan dan perang teluk sehingga sekarang. Semua penduduk di sini telah dipindahkan yang tinggal hanya warga Amerika dan British yang bertugas di pengkalan ini. Memang sangat rahsia pengkalan tentera di Diego Garcia ni dah macam pengkalan Dajjal pulak.
Nama Diego Garcia memang bermain di sosial media apabila bercerita tentang teori kospirasi kehilangan misteri MH370 sehingga kini tidak jumpa jejak. Terbaru berkitar di dunia internet kisah Jurutera IBM Malaysia, Philip Wood yang telah menghantar pesanan bantuan melalui iPhone 5 kepada sebuah forum mengatakan dia ditahan di Diego Garcia.
[box type=”shadow”]”I have been held hostage by unknown military personal after my flight was hijacked (blindfolded). I work for IBM and I have managed to hide my cellphone in my ass during the hijack. I have been separated from the rest of the passengers and I am in a cell. My name is Philip Wood. I think I have been drugged as well and cannot think clearly. ” – Sumber.
[/box]
Memang misteri sebuah pesawat yang canggih boleh hilang begitu sahaja dari radar dari lokasi yang sangat unik. Pendapat peribadi aku tapi ini bukan spekulasi pesawat MH370 telah dihilangkan oleh kumpulan orang yang sangat pakar atas sebab-sebab tertentu. Memang tidak mustahil kalau MH370 berada di Diego Garcia tetapi siapa yang boleh buktikan bahawa Philip Wood sememangnya ditahan di sana.
Ada juga yang kata Diego Garcia adalah pusat kerajaan Dajjal yang berada ditengah-tengah lautan dibina oleh askar-askar Dajjal untuk mengusai dunia. Kalau kita rajin membaca dan mendengar kuliah ustaz-ustaz memang ceritanya kerajaan Dajjal beroperasi ditengah lautan. Diego Garcia yang dibina dengan penuh rahsia di kepuluan kecil di tengah-tengah Lautan Hindi pasti ada sebabnya bukan sekadar untuk menyerang Afghanistan dan Iraq sahaja.
[box type=”shadow”]Sponsor Ads
Rahsia Yakjuj Makjuj terbongkar! Klik Sini
Rahsia jana pendapatan dengan emas. Klik Sini
Rahsia Sedekah menambah rezeki. Klik Sini[/box]
Dunia akhir zaman semakin hampir kepada penghujungnya askar-askar Dajjal sedang bermaharajalela mengusai minda manusia sehingga yakin yang salah itu betul dan yang betul itu salah. Mungkin Diego Garcia sebahagian daripada projek HAARP mereka dan MH370 antara yang dipilih. Apa pun mari kita sama-sama terus berdoa dan kongsikan kata-kata motivasi untuk MH370 di SINI. Teruskan beramal semuga kita terhindar dari fitnah Dajjal.
[box type=”shadow”]1. Imam Ahmad berkata :”Daripada Abi Darda’ daripada Nabi SAW, baginda telah bersabda: “Sesiapa menghafaz sepuluh ayat daripadanya permulaan surah al-Kahfi,maka terhindar daripada Al-Dajjal.”
[ Riwayat Muslim,Abu Daud,Al-Nasa’i,Al-Tarmizi daripada Qatadah ]
2. Imam Ahmad berkata : ”Daripada Abi Al-Darda’i, Nabi SAW bersabda : “Sesiapa membaca sepuluh ayat akhir daripada surah Al-Kahfi,maka terhindar daripada fitnah Al-Dajjal.”
[ Hadis Riwayat Muslim dan Al-Nasa’i ] [/box]
147 Comments
Wallahu a’lam. Dunia ni penuh dengan rahsia. Segalanya hanya spekulasi sehinggalah MH370 ditemui.
Hadis Nabi sebagai panduan, tetapi tidak membuktikan segala kes dan kejadian di sekeliling kita.
Curahan rasa Majalah Jualan @ ..Erti Kemerdekaan Bagi Seorang Usahawan dan Blogger
Diego garcia walaupun lama tapi cerita dia agak kurang dipertuturkan ….selepas tragedi mh370 barulah pula kecil itu mendapat perhatian itupun disebabkan teori konspirasi….sebenarnya ada banyak lagi pulau untuk kita berkonspirasi..cuba cari info pasal pulau latuna dan pulau layang layang
Curahan rasa blogger lelaki @ ..Oh Cikgu Kenapa Viralkan Jawapan Kelakar
ada pulak yang cakap pulau ni bentuk macam mata dajal. alahai macam macam
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Ya Allah.. Kami masih menaruh harapan semua crew dan penumpang MH 370 selamat dan sihat walafiat
Kembalikan lah mereka ke pangkuan keluarga mereka dalam keadaan yang sempurna..
Tak dapat nak bayangkan hiba perasaan ahli keluarga mereka, dek tak tahu apa sedang terjadi
kisah di Diego Garcia kurang mendapat liputan dari medai..memang baru tahu juga
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Kereta Peugeot Impian Sang Hero
Mengerikan pula bila tengok pulau ini. Tak tenggelamkah ia ketika air pasang?
haha,, lebih kurang macam singapore. kecik sangat takut tenggelam setiap tahun
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Saya pun baru tahu pasal pulau ni waktu kes MH370 tu. Macam-macam teori yang saya baca. Takut pun ada, cemas pun ada. Cuma mampu mendoakan kesejahteraan umat Islam dari ancaman dajjal dan lain-lain.
Curahan rasa Fadzi Razak @ ..Keputusan FIFA World Cup 2014 Brazil Melawan Netherlands
tulisan Brado Kapak, katanya MH370 tak berakhir di lautan Hindi.
USA cakap berakhir di sana sebab nak alihkan perhatian seluruh dunia ke sana.
entahlah, itu semua spekulasi. tapi hanya Allah Maha Mengetahui
Sekarang memang banyak spekulasi tentang hal ini. Semua dah jadi macam pakar aviation dah..
Ya betul tu. Allah saja yang tahu segala-galanya. Kita tak akan tahu selagi penumpang MH370 tak ditemui. Masih menanti Mh370 dengan penuh setia. Masih setia untuk dengar keadaan tentang mh370.
Curahan rasa Syaza Nazurah @ ..Cabaran ke-2 iPhone 5s yang sememangnya sengit
ramai pihak masih menuding jari terhadap US berkenaan isu MH370 ni. saya pun sama
banyak sangat kebetulannya dengan US. semuanya tertumpu kpd mereka.
Curahan rasa nikkhazami @ ..BUFFET RAMADHAN CASA OMBAK
isu ini masing misteri ..susah nak jelaskan dengan fakta terutama perkara yang melibatkan Diego Garcia
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Kereta Peugeot Impian Sang Hero
Ya betul tu tuan. Walau pakar fizik dan sebagainya dah memberikan pelbagai kemungkinan berkenaan mh370, tetap tiada titik hujungnya selagi mh370 tak jumpa.
Curahan rasa Syaza Nazurah @ ..Cabaran ke-2 iPhone 5s yang sememangnya sengit
hikmath disebalik MH370. tak pasal2 rakyat malaysia tahu pasal pulau ni..
Curahan rasa nikkhazami @ ..(Sinopsis) Rindu Awak 200% di Slot Akasia
Bukan setakat tahu pasal pulau, baru la sesetengah rakyat Malaysia celik yang kita ni ada kapal terbang ropenyer..
ape sekali pun..diego gracia ttp tersembunyi dari mata dunia sebab siapa yg berani lawan amerika sekarag??kebanyakn smue tnduk dan membisu je…
Dah banyak peringatan tentang Dajjal ni, kita kena bersedia dari sekarang – Kurangkan dunia lebihkan akhirat.
Curahan rasa Azman Ismail @ ..34 Sebab BR1M tak lulus
Mari sama- kita lihat di blog ni , fadhllat surah al-kahfi .kita tak akan rugikalau kita selalu membacanya dan kalau boleh menghafalnya.
Curahan rasa Oh! Dakwah @ ..Kelebihan ( Fadhilat ) Dan Kepentingan Surah Al-Kahfi
Ya betul. Saya sokong sangat. Semua ni untuk kebaikan kita semua. Moga kita terhindar dari fitnah dajjal yang kita sendiri tak tahu betapa dahsyatnya fitnah dajjal itu nanti.
Curahan rasa Syaza Nazurah @ ..Cabaran ke-2 iPhone 5s yang sememangnya sengit
masyaAllah.. gerun pula fikirkn Dajjal smakin ‘hampir’
sy pun brpendapat pulau Diego garcia itu lokasi Dajjal. pernah baca kisah Dajjal yg diletak di sebuah pulau, membesar di situ
Curahan rasa Ummi Hanie @ ..Kadar sewa tapak jualan sangat murah di Simposium Perniagaan Maya
Salam… DoaUntukMH370…. Diego Garcia… satu tempat penuh rahsia drp US. Moga semua penumpang dan krew masih hidup, disembunyikan di tempat rahsia.
Jika perkara ini benar2 berlaku… pastinya seluruh dunia akan mengutuk dan mengecam pihak Amerika sekeras-kerasnya. Lebih2 lagi kerajaan China, Australia dan sekutu mereka. Moga kerajaan China (kuasa besar, veto di PBB) ambil perhatian dlm hal ini. Ia berkaitan juga dgn rakyat mereka.
Ya Allah… selamatkanlah mereka2 yg dizalimi oleh Dajjal2 yg akan mengkhianati terhadap org2 Islam.
Curahan rasa Kamil Salleh @ ..Anelka Dalam Perhatian T-Team
akan kah kisah ini cepat berakhir
Curahan rasa obat pelangsing cepat @ ..tokoana.com Pusat penjualan Obat pelangsing World Sliming Capsule WSC Biolo
Comments are closed.