Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, berapa ramai yang pernah dengar nama “Diego Garcia” sebelum ini. Aku jujur hanya dengar perkataan “Diego Garcia” selepas tragedi MH370 pada 8/3/14. Memang banyak ilmu baru aku belajar daripada peristiwa ini kerana setiap hari ada sahaja ilmu baru yang dikongsikan dalam berita terkini MH370.
Diego Garcia sebahagian daripada British Indian Oceon tanah jajahan British sebuah pulau terletak di tengah-tengah Lautan Hindi. Tanah daratan yang paling hampir adalah Selatan India iaitu kira-kira 1,790 km lokasi paling strategik menguasai dunia.
Amerika mula membina pengkalan tentera bermula pada tahun 1971 dan meningkatkan kemudahan berperingkat sehingga menjadi pengkalan yang canggih. Menjadi pusat serangan ke atas Teleban di Afghanistan dan perang teluk sehingga sekarang. Semua penduduk di sini telah dipindahkan yang tinggal hanya warga Amerika dan British yang bertugas di pengkalan ini. Memang sangat rahsia pengkalan tentera di Diego Garcia ni dah macam pengkalan Dajjal pulak.
Nama Diego Garcia memang bermain di sosial media apabila bercerita tentang teori kospirasi kehilangan misteri MH370 sehingga kini tidak jumpa jejak. Terbaru berkitar di dunia internet kisah Jurutera IBM Malaysia, Philip Wood yang telah menghantar pesanan bantuan melalui iPhone 5 kepada sebuah forum mengatakan dia ditahan di Diego Garcia.
[box type=”shadow”]”I have been held hostage by unknown military personal after my flight was hijacked (blindfolded). I work for IBM and I have managed to hide my cellphone in my ass during the hijack. I have been separated from the rest of the passengers and I am in a cell. My name is Philip Wood. I think I have been drugged as well and cannot think clearly. ” – Sumber.
[/box]
Memang misteri sebuah pesawat yang canggih boleh hilang begitu sahaja dari radar dari lokasi yang sangat unik. Pendapat peribadi aku tapi ini bukan spekulasi pesawat MH370 telah dihilangkan oleh kumpulan orang yang sangat pakar atas sebab-sebab tertentu. Memang tidak mustahil kalau MH370 berada di Diego Garcia tetapi siapa yang boleh buktikan bahawa Philip Wood sememangnya ditahan di sana.
Ada juga yang kata Diego Garcia adalah pusat kerajaan Dajjal yang berada ditengah-tengah lautan dibina oleh askar-askar Dajjal untuk mengusai dunia. Kalau kita rajin membaca dan mendengar kuliah ustaz-ustaz memang ceritanya kerajaan Dajjal beroperasi ditengah lautan. Diego Garcia yang dibina dengan penuh rahsia di kepuluan kecil di tengah-tengah Lautan Hindi pasti ada sebabnya bukan sekadar untuk menyerang Afghanistan dan Iraq sahaja.
[box type=”shadow”]Sponsor Ads
Rahsia Yakjuj Makjuj terbongkar! Klik Sini
Rahsia jana pendapatan dengan emas. Klik Sini
Rahsia Sedekah menambah rezeki. Klik Sini[/box]
Dunia akhir zaman semakin hampir kepada penghujungnya askar-askar Dajjal sedang bermaharajalela mengusai minda manusia sehingga yakin yang salah itu betul dan yang betul itu salah. Mungkin Diego Garcia sebahagian daripada projek HAARP mereka dan MH370 antara yang dipilih. Apa pun mari kita sama-sama terus berdoa dan kongsikan kata-kata motivasi untuk MH370 di SINI. Teruskan beramal semuga kita terhindar dari fitnah Dajjal.
[box type=”shadow”]1. Imam Ahmad berkata :”Daripada Abi Darda’ daripada Nabi SAW, baginda telah bersabda: “Sesiapa menghafaz sepuluh ayat daripadanya permulaan surah al-Kahfi,maka terhindar daripada Al-Dajjal.”
[ Riwayat Muslim,Abu Daud,Al-Nasa’i,Al-Tarmizi daripada Qatadah ]
2. Imam Ahmad berkata : ”Daripada Abi Al-Darda’i, Nabi SAW bersabda : “Sesiapa membaca sepuluh ayat akhir daripada surah Al-Kahfi,maka terhindar daripada fitnah Al-Dajjal.”
[ Hadis Riwayat Muslim dan Al-Nasa’i ] [/box]
147 Comments
Berita terkini mungkin ada kaitan dgn kotak hitam Mh370. Saya masih menaruh harapan moga2 mh370 masih selamat…
apapun semuanya sudah ditentukan perjalanannya oleh Allah swt.
Curahan rasa hafizmd @ ..Kehilangan MH370 Ketentuan Ilahi
kemungkinan besar juga jika ade disini…sebab sekarang ni yahudi mula ingin mngusai dunia
Saya sangat yakin semua ni telah di rancang dengan teliti. Sebaik saja US masuk, terus sahaja perkataan terrorist jadi mainan mulut mereka. Begitulah salah satu cara mereka nak ganggu sesebuah negara . Banyakkanlah bekalan supaya kita terselamat.
Curahan rasa rahimah @ ..5 Perubahan Terbaru Prepaid Tone Excel Yang Anda Patut Teliti.
prayMH370, semoga mereka dapat ditemui
Dengar jugak cerita tentang ini. Kesian penumpang yang lain. Allahuakbar….tak terucap kata-kata….
Curahan rasa Qashmere @ ..Cuti Sekolah Bulan Mac 2014 Ke Port Dickson Lagi ( Part 1 )
Tidak mustahil. In military perspective juga sangat possible. Tapi perkara begini di cover up oleh ramai orang2 ‘besar’. Jika tentang topik dajjal tu, apa yang mampu kita lakukan ialah buat persediaan secukupnya, dari segi rohani dan jasmani.. 🙁
Curahan rasa Bella Enveeus @ ..Sunsets in Langkawi
Saya dengar pasal DGarcia ini ketika Tsunami Acheh dahulu. Teorinya bukan gempa bumi tapi ujian nuklear bawah laut yang mengakibatkan Tsunami kerana Malaysia, Thailand, Sri Lanka, India sampai ke benua Afrika terkena tempias tsunami tapi anehnya DGarcia ini tidak terkena tsunami padahal ianya tanah landai.
sebenarnya byk perkara yg kita tau slps tragedi mh370…china ade 22 buah satelit…radar thailand sampai ke kwsn malaysia, kelemahan pertahanan udara malaysia …dan pastinya Diego gargia..
Curahan rasa azmi @ ..MH370 : Landasan di Lautan Hindi
Info baru yang menakutkan.. Semoga semua ini berakhir dengan “happily ever after”.. huhuhu
Curahan rasa Moms Avenue @ ..Set Berpantang Shaklee: Set Berpantang Untuk Ibu-Ibu Moden
hmm..siapa pulak yang berani bersuara untuk menyiasat Diego Garcia tuh..
Curahan rasa weschairs @ ..MH370 – MALAYSIA SEDANG DIPERHATIKAN DAN DINILAI
setuju ustaz memang ada kata juga. saya juga ada membeli buku yang berkisar tentang dajaj yakjuj dan makjuj itulah antara lokasi penempatan mereka.
suruh gua sesuai di baca untuk hari jumaat manfaat sungguh banyak salah satunya supaya kita tak tergoda dengan pujukan hasutan dajal.
Curahan rasa suri @ ..Cara Havoc Membuat Donuat Gebu Lembut Big Apple
yang menjadi misterinya, us tak menafikan spekulasi ni
Curahan rasa hafiz @ ..Jadual perlawanan JDT 2014 pusingan ke 2
Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Mudah-mudahan semuanya selamat
Curahan rasa nasslimdiet2 @ ..Demam denggi berdarah
Comments are closed.