Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, memang ada beberapa entri kisah poligami yang ditulis dalam blog ini antaranya poligami pengalaman peribadi, bila isteri tak percaya sumai poligami dan paling sensasi kisah benar “Hati seorang Madu“. Daripada entri-entri ini berbagai komen dan pesanan peribadi diterima untuk mereka berkongsi rasa antara yang menyentuh hati yang ini. Memang tak berani nak masuk campur urusan rumahtangga orang lain, semuga ALLAH permudahkan.
Assalamualaikum abang Denaihati .. Maafkan Shikin sebab menganggu abang Denaihati. Shikin nak minta tolong pada abang Denaihati untuk berkongsi kisah rumah tangga poligami saya yang sedang bergolak. Saya berusaha memohon bantuan daripada sahabat suami saya, Abang Man tetapi beliau tak berapa sudi nak membantu. Semuga luahan Shikin dapat melega hati yang gundah dan sedih teramat.
Shikin nak minta tolong pada abang Man tapi ternyata abg Man tak berapa nak sudi tolong Shikin. Tak pe lah abang Man.. Shikin faham tapi Shikin tetap nak minta tolong abang jugak tetang Jamal … Dah masuk 3 bulan Jamal tak bagi nafkah dekat Shikin. Sekarang ni Shikin tak de duit untuk belanja harian. Jika dia tak suka Shikin pun nafkah tetap kena bagi juga
Tadi Shikin wasap Abang jamal terus di blok no Shikin… Shikin cakap kat dia Shikin rindu tapi terus kena blok
Shikin mohon sangat pada abang Man .. Bantulah Shikin … Abang Man jangan dengar sebelah pihak. Shikin boleh explain kat abang nanti
Bagilah ruang pada Shikin untuk betulkan apa yang abang Man dengar dari Jamal.
Shikin bagi sijil nikah tu pun bersebab
Sijil nikah tu Abang Jamal minta ustaz dan hakim mahkamah di Kelantan keluarkan. Lagi pun abang Man.. Shikin dah check dengan kawan yang keje kat firma lawyer yang sijil tu bukan tak sah tapi sindiket. Untuk kes berpoligami ni perintah mahkamah keluar dulu baru sijil nikah
Abg Man … Tolong Shikin selamatkan rumahtangga Shikin nih abang
Banyak keaiban Abang Jamal yg abang Man tak tahu…
Abang Man .. Abang le harapan Shikin selain Allah utk lembutkan hati abang Jamal …
Shikin ada jumpe seorang ustaz untuk pulihkan Abang Jamal semula.. Insyaa Allah dalam proses. Shikin tidak henti-henti mendoakn untuk Abang Jamal.
Selama 7 tahun tahun setengah Shikin jadi wife Abang Jamal … Shikin sedar Shikin ada kekurangan … Tapi sebab musabab Abang Jamal nak ceraikan Shikin memang tak logik
Shikin tak pernah curang pada Jamal… Malah masih lagi jaga kehormatan Shikin sebagai wife dia… Jamal dah hmpir 3 bulan tak balik rumah Shikin
Tapi Shikin tetap sedia tuggu Abang Jamal
Selama Shikin kawin dengan Jamal … Alhamdulillah kehidupan mak mertua terbela berbanding dulu …
Bukan Shikin cakap Shikin yang bagi semua tu tapi melalui Shikin Allah atur semua tu… Tapi ada org tak suka Shikin banyak tegur Abang Jamal tentang dulukan keluarga dia.
Shikin risau lepas ni mak mertua tak dapat dah nak nikmati duit Abang Jamal macam selama tujuh tahun Abang Jamal dengan Shikin
Baru-baru ni je lah Abang Jamal banyak luangkan masa dan wang ringgit untuk mak dia… Shikin tahu hukum abang Man sebab itu Shikin tegur Jamal.. Dia kena lebihkn mak dia…
Shikin bantu mana yang Shikin mampu
Abang Man… Tolong lah Shikin ya … Tolongkan ingatkan Jamal tetang tanggungjawab dia terhadap Shikin dan anak Shikin. Kesian kat anak Shikin yang merindui ayahnya. Dia baru nak rasa kasih sayang dari seorang ayah walaupun hanya ayah tiri … susut badan anak Shikin sebab teringatkan ayahnye… Shikin pun sama.
Jamal sedap makan kat hotel-hotel.. tapi kami terpaksa ikat perut … Gaji Shikin pun bukanlah banyak … Gaji Shikin banyak kena potong loan rumah…
Minta tolong sangat-sangat abang Man.. Tolonglah Shikin… Bila abang tolong Shikin .. Allah akan tolong abg Man sekeluarga.
Shikin tahu abang Man seorang abang yang baik dengan Jamal … Tolong lah abang Man … Sebab tu Shikin text Abg Man. Jika tidak sebelum ni Shikin tidak pernah ganggu abang Man … Tapi Shikin rasa sudah tiba masanye Shikin kena bagi tau abg Man tentang hal ni
Kalau benci pun jangan le smpai macam ni
Dulu abang Jamal tak macam ni
Jamal memang baik tapi tak sangka dia sanggup blok Shikin
Nabi Muhammad saw pun tak ajar kita saling benci membenci
Sekurang-kurangnya kenanglah jua jasa Shikin selama menjadi isterinya… Hampir 25 tahun kami berkenalan.. tujuh tahun baru jadi husband n wife… Tapi memang tak disangka Jamal buat Shikin macam ni
Masa dia susah dulu.. Ada juga Shikin bantu dia
Kes muflis itu lagi lah …dulu Shikin le tempat dia ngadu masalah.. Hampir berjam-jam Jamal call Shikin nak cerita masalah dia termasuk hal rumhtangga … Masa tu Shikin belum kawin dgn Jamal lagi.. Shikin pun solo masa tu…tapi itu semua tinggal kenangan je
Sekarang dah sepi…
Tak ada tempat nak luah perasaan .. Kat abang Man je lah Shikin luahkan..harap abang Man sudi baca.. Walau tak balas
121 Comments
Lelaki dia akan back up kawan dia. Jarang mereka akan bantu hal macam ni. Pada saya biarkan ajelah dia nak hidup cara begitu. Biar aje dia lepas kat dunia ni sebab mati esok dia yang kena jawap. Jangan buang masa lagi dan mula ikhtiarcari rezeki sendiri .Jangan upsetkan diri kita hanya sebab lelaki. It’s not worth !
Curahan rasa rahimah @ ..Cara Aktifkan Kad Debit Sebelum Ke Luar Negara
poligami umpama kereta yang ada dua enjin..minyak dan power perlu exra..
bukan untuk nikmat berganda tetapi tanggungjawab juga berganda.
Curahan rasa mrhanafi @ ..Magic Sim Terpantas Habiskan Data
Betul, rasanya bukan semua suami mampu bersikap adil seperti suami Cik Dayana dan madunya. Moga bahagia selalu.
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Bestnya Kulit Muka Bila Ber Facial Dengan Nutriwhite
Bro Mr Hanafi. Minyak pun kena pakai minyak V Power kalau nak beristeri dua.
Curahan rasa Sani @ ..Lelaki Ini Travel Seluruh Dunia Sambil Buat Duit USD1 Juta!
nak poligami ni takleh pikir yang sedap-sedap jer..pikir sama tentang tanggungjawab yg semuanya bakal double nanti 🙂
Curahan rasa Amir @ ..Video 9 minit ni akan dedahkan cara tingkatkan jualan tanpa perlu tambah kos iklan
Amir kalau berpoligami kena berkira kira dulu mampu atau tidak, sama ada dari segi zahir dan batin. Jangan difikir batin aje, ini bukan soalan berkahwin sehari dua.
Curahan rasa Sani @ ..Lelaki Ini Travel Seluruh Dunia Sambil Buat Duit USD1 Juta!
Tapi kan cerita Shikin ni tak berapa nak faham. Shikin isteri pertama kan?
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Bestnya Kulit Muka Bila Ber Facial Dengan Nutriwhite
dari nada bicaranya memang macam isteri pertama dan rasa terpinggir dek isteri kedua..
cuma saya bersangka baik bahawa gelombang yang menimpa keluarga ini akan berakhir dengan kebahagiaan.
Aamiin..
Curahan rasa mrhanafi @ ..Magic Sim Terpantas Habiskan Data
Insya Allah. Ketahuilah isteri adalah amanah yang akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak.
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Bestnya Kulit Muka Bila Ber Facial Dengan Nutriwhite
seram sejuk lak baca dialog kat sini..apa-apa pun semoga yang terbaik buat shikin..
Curahan rasa JMR @ ..Parti Hari Jadi si comel Bunga @ McDonald Titiwangsa
Susah nak mencari keindahan dalam poligami jika suami sendiri tak betul, itulah kenyataannya.
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Bestnya Kulit Muka Bila Ber Facial Dengan Nutriwhite
berat mata memandang maka berat lagi bahu memikul..semoga Shikin terus tabah dan kuat hadapi dugaan rumahtangga ini
Curahan rasa mrhanafi @ ..Magic Sim Terpantas Habiskan Data
Harap harap abang Man boleh bantu merapatkan semula ikatan suami isteri ini.
Curahan rasa Sani @ ..Lelaki Ini Travel Seluruh Dunia Sambil Buat Duit USD1 Juta!
berpoligami boleh asalkan bersikap adil dan juga kita dalam keadaan mampu
Curahan rasa kapsul pelangsing @ ..kapsul mengecilkan perut
Kalau tak boleh berlaku adil lebih baik jangan berpoligami, kahwin satu sahaja sudah memadai.
Curahan rasa Sani @ ..Lelaki Ini Travel Seluruh Dunia Sambil Buat Duit USD1 Juta!
poligami bukan lesen untuk mengabaikan isteri pertama…
semoga nasib shikin terbela selepas ni
Amin, moga Abang jamal kembali tunaikan tanggungjawab pada Syikin selepas ini.
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Bestnya Kulit Muka Bila Ber Facial Dengan Nutriwhite
Kalau tak boleh berlaku adil lebih baik jangan berpoligami, kahwin satu sahaja sudah memadai.
Curahan rasa Sani @ ..Lelaki Ini Travel Seluruh Dunia Sambil Buat Duit USD1 Juta!
sebelum berpoligami, tanya sebab apa? mampu ke? kalau spender pun bini belikan rasanya mampu ke berpoligami tu?
Curahan rasa Raihanah Ahmad @ ..Kepentingan Protein Untuk Kehidupan
he..he..komen yang agak emosi dan yang penting sekali poligami adalah ujian berat dan hebat kepada pasangan suami isteri.
Curahan rasa mrhanafi @ ..Magic Sim Terpantas Habiskan Data
Harap harap abang Jamal baca entri luahan hati seseorang isteri ni dan ambil tindakan yang sepatutnya.
Curahan rasa Sani @ ..Lelaki Ini Travel Seluruh Dunia Sambil Buat Duit USD1 Juta!
ada juga isteri yang terbaik dalam mengurus hal rumah tangga namun tidak mampu melayan ‘keperluan batin’ suami kerana faktor usia dan kesihatan..
tambahan pula si suami jenis mampu kewangan dan karisama dalam agama maka wajar si suami mendapat kebahagiaan yang si isteri pertama yang tak mampu sediakan
Curahan rasa mrhanafi @ ..Magic Sim Terpantas Habiskan Data
Ada juga kes macam ni . Pernah baca kat surat khabar kisah ni dulu. Kalau dah wajib dan memang berkemampuan itulah jalan terbaiknya.
Curahan rasa Sani @ ..Lelaki Ini Travel Seluruh Dunia Sambil Buat Duit USD1 Juta!
kalau dah layanan terbaik dan kesetiaan terhebat dari isteri maka si suami tidak perlu untuk memikir cawangan kedua pula..
Curahan rasa mrhanafi @ ..Magic Sim Terpantas Habiskan Data
AdaAda kemampuan dari segi kewangan dan kesihatan amat perlu untuk hidup sebagai srorang berpoligami. Tidak usah berangan setakat makan gaji.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Nasi Kukus Oh Azizah Buka Restoran Berdekatan Ampang Point
Itulah kebanyakan nak ikut sunnah bab ini sahaja, bab yang lain tak nak pulak ikut sunnah.
Curahan rasa Sani @ ..Lelaki Ini Travel Seluruh Dunia Sambil Buat Duit USD1 Juta!
Bab poligami-poligami ne mintak simpang #elak sebab tau kemampuan suami mcm mana, nak jaga hati isteri anak-anak, n kewangan yg cukup bukan mudah nak jadi adil..
Curahan rasa IMAH @ ..Cara nak kurus secara pantas tak sampai sebulan
Moga di mudahkan oleh Allah…Berlaku adil adalah penting bila berpoligami dan mesti ada kemampuan.
Curahan rasa kerje.com @ ..Jururawat Klinik
Bab adil ni memang susah sikit . Setiap isteri perlu di sediakan keperluan yang mencukupi baginya termasuk pakaian, makanan dan tempat tinggal dan giliran yang betul.
Curahan rasa Sani @ ..Lelaki Ini Travel Seluruh Dunia Sambil Buat Duit USD1 Juta!
poligami, sunnah Nabi…tp Nabi berpoligami dengan janda..bukan anak dara..
ihihihihihi..
tanya diri, poligami kerana apa?
Curahan rasa mashitah mamat @ ..Penaja Get Clean Shaklee Untuk WERDA Grand Opening
Memang betul… nak berpoligami mestilah dengan janda bukannya anak dara. Itulah yang membuat berpiligami banyak berlaku krisis rumahtangga.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Nasi Kukus Oh Azizah Buka Restoran Berdekatan Ampang Point
berpoligami kerana suami mampu untuk menyara ramai isteri dan anak-anak..
selain itu ada ilmu agama yang hebat serta faktor kesihatan isteri yang dah tak mampu melayan ‘keperluan’ batin yang tinggi.
Curahan rasa mrhanafi @ ..Magic Sim Terpantas Habiskan Data
Kita doakan sahaja yang terbaik untuk SHikin dan anak anak. Amin
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Bestnya Kulit Muka Bila Ber Facial Dengan Nutriwhite
Betul tu Masitah, dewasa ini memang ramai janda janda yang boleh dibantu.
Curahan rasa Sani @ ..Lelaki Ini Travel Seluruh Dunia Sambil Buat Duit USD1 Juta!
Hhmmm…. bermadu ni manisnya untuk lelaki tapi pahit untuk wanita. Biasa yang terjadi si suami tidak berlaku adil akhirnya isteri juga yang menderita.
Curahan rasa Siti Mardiah @ ..Tasly Danshen Plus
Ha…ha…begitulah kebanyakan yang kita perhatikan. Nak berpoligami tetapi tudak berlaku adil terhadap isteri mereka. Kasihlah kat mereka ni.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Nasi Kukus Oh Azizah Buka Restoran Berdekatan Ampang Point
Comments are closed.