Bila isteri tak percaya suami berpoligami

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia,

tajuk poligami memang satu tajuk yang sangat panas. Poligami pengalaman peribadi bersama dengan keluarga dan rakan-rakan berpoligami memang bermacam-macam. Majoriti sahabat yang berpoligami akan mempertahankan pendirian mereka berpoligami dan cuba melebarkan pengaruh di kalangan sahabat-sahabat yang masih belum berpoligami. Itulah kekadang takut betul isteri apabila mengetahui suaminya berkawan dengan sahabat yang berpoligami.

selamat pengantin madu
Sekadar hiasan dari drama “Selamat Pengantin Madu”

Sempena kepanasan drama “Selamat Pengantin Madu” aku kongsikan sebuah kisah “apa salahnya suami berpoligami” di facebook yang mendapat maklumbalas sangat hebat daripada kaum lelaki apatah lagi pembaca wanita. Luahan hati wanita dan isteri majoritinya kurang percaya kepada suami yang berpoligami. Mari kita selami perasaan sebahagian daripada wanita yang suaminya nak berpoligami.

Nur Shazil Zurain : Cuba org lelaki d tempat wanita,ape rasanye?msty sakit hati an.walaupun wanita sentiasa senyum d depan suami,tp dlm hati Tuhan je yg tahu.

Liza Anuar : Malang sungguh si suami yang mahu mengamalkan sunnah poligami namun mendapat muflis di akhirat kelak begitu juga dengan isteri2nya yg menjadi mangsa ketidakadilan. Pilihlah poligami jika ianya memudahkan jalan ke akhirat dan tak salah berundur jika ia sekadar menunda kenikmatan di dunia utk kepuasan selamanya di syurga. Manisnya poligami jgn sampai melenakan kewajipan2 yg akan memberatkan timbangan amalan kita nnt seperti berjuang menjadi seseorg yg bermanfaat utk agama dn kerjaya,berkorban mendidik ank2 menjadi hamba Allah yg berjaya,berkhidmat utk ibu bapa tdk dilupa, janganlah terlebih ghairah menjadi hamba kepada isteri muda kerana kita adalah hamba Allah bkn hamba cinta.

Sutera Rindu : poligami tidak salah.. saya tidak menolak kebenaran. cuma poligami tercalar dgn sikap manusia itu sendiri. Bagaimana cara mereka meyalari kehidupan berpoligami. ..dan kita juga tidak lari dari bisikan iblis utk menyesatkan manusia..di situlah kesilapannya.. menjadi tidak adil..suka membanding2 ..tidak bertangjawp. …sbb serg lelaki yg berpoligami Sekurangnya2 dia telah mengelakan dosa dan maksiat. .Tetapi kita jgn lupa syaitan sentiasa mencari cara terbaik utk bersama mereka..di hasut pula cara lain..bg saya poligami yg sebenar nya tidak bermasalah …hanya bergantung kpd pemimpin nya saje..utk handle 2 ..3..atau 4 ..keluarga.

Zana EryQue : Kalau suami mampu n bertanggungjawab 300% xpe…tp kdg2 ssh nk percaya juga…belum pasang 2 janji i promise u 100% my dear after dpt masuk longkang.nk ikut sunnah nabi blh…tp yg wajib tu ikut x.sekadar pendapat sya…nk mrh fikir dlu kalau dh sempurna oke blh.

Dan jika kamu khuatir tidak akan mampu berlaku adil terhadap (hak-hak) perempuan yatim (bila mana kamu menikahinya), maka nikahilah perempuan (lain) yang kamu senangi : dua, tiga atau empat. Tetapi jika kamu khuatir tidak akan mampu berlaku adil, maka nikahilah seorang saja atau hamba sahaya perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu lebih dekat agar kamu tidak berbuat zalim” – Surah An-Nisa ayat 3

Puan Suzy : Kalau suami mampu tunaikan segala yg wajib..solat, puasa, didik isteri n ank2 tutup aurat,semua yg wajib da setel,bru ckp pasal sunat…ini,yg wajib pon berlubang2,sebok nk ckp pasal sunat…..typical malay man.

Hud Aikara : bermasalah bukan poligami tu tp manusia. Bila hanya tahu menambah empat tp tak tahu erti adil dan tanggungjawab itu yg keluarga porak peranda. berat tanggungjawab tu bang oii..sanggup ke pikul sampai akhirat nanti.

Jovita Amir : Memang x salah klau suami nk poligami…… Kerana Sunna nabi dan perkara yg d halalkan,tapi adakah cek suami ni dah betul2 yakin diri tu akan ikut spt mna amalan nabi ? Jangan reti ckap je.

Aida Fatiha : Apa saya nampak sbb SEKS ja trend skrg lelaki kawin lagi satu….sedangkan yg kedua nak WANG ja..bukan orgnya..nak tanya lelaki HEBAT ka Kau…tak hargai pengorbanan isteri.

Adib Afiq : mmg ssh istri yg nak trima bermadu ni…tp bg sya….saya tabek n respect pd istri yg dpt trima ktentuan tuhan dlm umhtgganya bla suami kawen lgi…tu bru btl2 boleh suami kawen lebih…bru xsakit kpale suami nk lyn kerenah istri2….klau tak…..heeemmm….jgn harap laaaa mmg xakn bahagia.

Mi Za : Berat tggungjwb lelaki berpoligami..segalanya akn disoal di akhirat nant..mampu ke bersikap adil dlm ertikata sbnrnya? Tepuk dada tanya iman..klau dr awl lg niat dh slh baik lupakn hasrat nk poligami..di dunia seronok tp igt, kt akhirat nant.

Djana-Jade Shafiee : Saya hidup berpoligami dan sy amat rapat dgn madu sy. Malahan bagi sy, selepas hidup bermadu, rezeki bertambah dan lebih bahagia.

harifah Sheikhah Syed Hashim : Masaalahnya nak kawin lebih tapi kedekut nak keluar duit nak bagi makan anak bini. Nak tutup kelemahan dia mula lah pukul bantai isteri supaya tak berani nak melawan.

Ieda Mohd Said : Sy ats pagar…ramai org yg keliling sy yg berpoligami….tp alhamdulillah…dierorg dpt suami yg adil dan baik…madu pn baik ant satu sama lain siap bleh shopping skali…tp x dinafikn ade yg x adil…kesian kt si isteri yg x dpt keadilan.

Ermaini Abdul Aziz : Memang sikap lelaki…tak cukup satu…. Satu jer saya pesan pada sang perempuan…ingat bila awak abik hak org lain belum tentu jadi hak milik awak selamanya…. dan juga pada sang lelaki…kalu tak mampu buat cara tak mampu…jangan kata kan awak kawin semata2 ikut sunah nabi.

Nur Shazil Zurain : Klu ppuan da berkorban,tarungkan nyawa berjam jam utk melahirkan zuriat,tp ade sesetengah suami tidak tahu berterima kasih pd istri.malah tidak pernah mnjaga hati istri. para suami nk isteri anda bertanggungjawab bagaimana lg?

Sutera Rindu : Ada keindahan di sebalik poligami jika ada penghayatan sepenuhnya.. kejujuran suami ..perbincangan dgn baik dgn ank..sessi perkenalan bakal isteri kedua kpd isteri pertama dan ank2. ..in sha allah poligami akan di terima dgn sebaik2 nya..tetapi sebaliknya berlaku..apabila tiada kejujuran. ..mula sorok2…bawa hp dlm tandas….sedar2 dah nikah di sempadan. ..itu lah yg segelintir wanita merasainnya en attack zack..perempuan nie mudah di kendalikan..hati mereka lembut..jika di gaya kan dgn cara lembut in sha allah ..segalanya berjalan dgn baik atas izin allah.

Noraini Abdul Kadir : Tak payah cite banyak ah…tak kena batang hdg sndiri dpt suami yg perangai alahkn syaitan…kalau rasa diri tu baguih sngt mntak2 lah dgn Allah dpt suami yg keparat..hah..masa tu baru th sktnya hati seorg wanita yg baik tp suami tak rasa bersyukur.

Emmy Lee Xana : Kalau segala macam solat pon culas, mengimamkan isteri & anak2 pon payah, mengaji puase pon mcm 1 bebanan……jgn mimpi la nak jadi suami berbini banyak yang adil & saksama. Belom dapat semuanya boleh belaka. Dah dpt, anak bini sedia ada tu mmg jadi pengemis la. Asek la dok tunggu bila si laki nak balik, yg si anak asek la dok tanya mana si bapak. Mmg ada yg bijak adil saksama. Tapi yg poligami sebab nafsu lagi ramai. Nabi SAW ajar semua lelaki bende yg elok2 pasal poligami. Tapi umat Nabi SAW yg merosakkan & cemarkan tujuan asal poligami tu.

Bella Nell : Lelaki kalau bab poligami, mesti paksa perempuan kene terima dan redha yg lelaki bole kawen lebih. Umpama perempuan takde perasaan. Lelaki, cuba terbalikkan diri kamu, sekiranya perempuan boleh berkawin lebih dari 1, apakah perasaan kamu? Bercakap jgn hanya ikut hawa nafsu sj wahai lelaki, kami perempuan ada perasaan bukan hamba nafsu sj.

Nieda Uda : Akhlak paling buruk seorang suami adalah suka membandingkan para isteri bila berlaku perselisihan dan suka menjatuhkan maruah isteri didepan isteri lain….akhlak paling dibenci oleh Allah.

Nabilah Ain : JARANG lelaki sekarang ikut sunnah. Semua ikut nafsu. Ingat perempuan ni patung ke? Dah jemu tambah lagi 1. Cuba lelaki jadi perempuan apa rasa? Ckp pasal hak kononnya perempuan x ada hak mempersoalkan. Setakat mampu atas katil je buat apa. Didik isteri pun x pandai ada hati. Bab poligami je lelaki pandai berkata2. Jd perempuan la nanti thu mcm mne rasa.

Arin Sukor : Pada aku dan untuk diri aku la kan..aku x snggup nk poligami… bia aku janda pun xpe aku puas hati dari aku selalu mkn hati … jantan skang bkn boleh percya.. nak poligami pastu buruk2 bini tua ckap bini tak power la xlyan dia la apa itu la!!!! Itu semua alsan semata2 nk puaskan nafsu… jantan apa pikir benda tu …eiii menyampah la aku… ya allah jauhkan la aku dari poligami ni… x suka3… nanti suami balik dari uma bini no2 ke 3 ke bekas2 bini lain melekat pastu bini tua nk kiss…weakkk

Nursuriana Osman : Nabi berkahwin lain pun selepas isteri pertama dia meninggal.. sbb ape? Sbb nak jaga hati isteri tercintanya.. sbb isteri pertama dia ada disisi disaat susah dan senang Rasullullah.. Rasullullah dan zaman dulu berpoligami atas dasar KEPERLUAN.. zaman sekarang ni.. berpoligami atas dasar KEHENDAK.. sakitkan hati isteri pun dosa tau..Ingat para suami… walaupun si isteri terima kamu berpoligami.. tapi hati dia TETAP AKAN TERLUKA DAN KEBAHGIAANNYA BERUMAH TANGGA TISAH SEBAHAGIA SEMASA HANYA DIA SEORANG DIHATI KAMU.. jadi si suami faham2 la.. kalau da isteri tu baik dari segala.. da bagi zuriat.. hargai la yg satu tu.. cukup la satu.. dalam islam pun meletak kan.. BERKAHWIN SATU ADALAH LEBIH UTAMA… WANITA YG BAHAGIA ADALAH WANITA YG MERASA SHE IS YHE ONLY ONE DALAM HATI SUAMI TERCINTA NYA.. DAN INGAT PARA SUAMI.. LELAKI YG BERJAYA ADALAH LELAKI YG DAPAT MEMBAWA ISTERI DAN ANAK2 DIA KE SYURGA ALLAH.. WALLAHUALAM.

Nor Za Hana : dah la kawin ramai,..bini2 plak soh cari rezeki…alasan bantu membantu…seronoknye ekk…kemainnnn~ pandai sgt2.. jauh menyimpang dr sunah tu… ade tu, kawin 2 je pon… sedara tnya anak no 3 skola drjah brpe, bapak pon x taw xleh nk jawab..nasib ko la nakkk!

Pasti ada pengajaran yang kita boleh pelajari dari isi hati mereka. Bagi ALLAH tak kisahlah berapa ramai isteri seorang lelaki yang terbaik adalah mereka yang paling berTAQWA. Mari kita muhasabah diri kita adakah kita termasuk dalam radar yang telah ditetapkan oleh ALLAH.

——————————————————————————

Masalah seksual pada suami menyebabkan isteri mencari makan diluar dan tidak kurang ada main dengan suami orang. Masalah begini tidak akan berlaku sekiranya suami bertindak dengan mencari penawar kepada masalah yang dihadapi.

Rahsia terbaik buat para isteri yang ingin menguasai suami

Bertindak sekarang sebelum terlambat kerana ada ramai lelaki dan suami orang yang mempunyai daya seks yang kuat sehingga boleh menambat hati isteri anda yang sedang gersang.

484 Comments

    1. Hehe..ada juga kawan2 yang dah berpoligami..memang itu juga nasihatnya..kalau boleh elak, lebih baik elakkan kalau tak nak pening kepala..hehe

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!