Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, memang ada beberapa entri kisah poligami yang ditulis dalam blog ini antaranya poligami pengalaman peribadi, bila isteri tak percaya sumai poligami dan paling sensasi kisah benar “Hati seorang Madu“. Daripada entri-entri ini berbagai komen dan pesanan peribadi diterima untuk mereka berkongsi rasa antara yang menyentuh hati yang ini. Memang tak berani nak masuk campur urusan rumahtangga orang lain, semuga ALLAH permudahkan.
Assalamualaikum abang Denaihati .. Maafkan Shikin sebab menganggu abang Denaihati. Shikin nak minta tolong pada abang Denaihati untuk berkongsi kisah rumah tangga poligami saya yang sedang bergolak. Saya berusaha memohon bantuan daripada sahabat suami saya, Abang Man tetapi beliau tak berapa sudi nak membantu. Semuga luahan Shikin dapat melega hati yang gundah dan sedih teramat.
Shikin nak minta tolong pada abang Man tapi ternyata abg Man tak berapa nak sudi tolong Shikin. Tak pe lah abang Man.. Shikin faham tapi Shikin tetap nak minta tolong abang jugak tetang Jamal … Dah masuk 3 bulan Jamal tak bagi nafkah dekat Shikin. Sekarang ni Shikin tak de duit untuk belanja harian. Jika dia tak suka Shikin pun nafkah tetap kena bagi juga
Tadi Shikin wasap Abang jamal terus di blok no Shikin… Shikin cakap kat dia Shikin rindu tapi terus kena blok
Shikin mohon sangat pada abang Man .. Bantulah Shikin … Abang Man jangan dengar sebelah pihak. Shikin boleh explain kat abang nanti
Bagilah ruang pada Shikin untuk betulkan apa yang abang Man dengar dari Jamal.
Shikin bagi sijil nikah tu pun bersebab
Sijil nikah tu Abang Jamal minta ustaz dan hakim mahkamah di Kelantan keluarkan. Lagi pun abang Man.. Shikin dah check dengan kawan yang keje kat firma lawyer yang sijil tu bukan tak sah tapi sindiket. Untuk kes berpoligami ni perintah mahkamah keluar dulu baru sijil nikah
Abg Man … Tolong Shikin selamatkan rumahtangga Shikin nih abang
Banyak keaiban Abang Jamal yg abang Man tak tahu…
Abang Man .. Abang le harapan Shikin selain Allah utk lembutkan hati abang Jamal …
Shikin ada jumpe seorang ustaz untuk pulihkan Abang Jamal semula.. Insyaa Allah dalam proses. Shikin tidak henti-henti mendoakn untuk Abang Jamal.
Selama 7 tahun tahun setengah Shikin jadi wife Abang Jamal … Shikin sedar Shikin ada kekurangan … Tapi sebab musabab Abang Jamal nak ceraikan Shikin memang tak logik
Shikin tak pernah curang pada Jamal… Malah masih lagi jaga kehormatan Shikin sebagai wife dia… Jamal dah hmpir 3 bulan tak balik rumah Shikin
Tapi Shikin tetap sedia tuggu Abang Jamal
Selama Shikin kawin dengan Jamal … Alhamdulillah kehidupan mak mertua terbela berbanding dulu …
Bukan Shikin cakap Shikin yang bagi semua tu tapi melalui Shikin Allah atur semua tu… Tapi ada org tak suka Shikin banyak tegur Abang Jamal tentang dulukan keluarga dia.
Shikin risau lepas ni mak mertua tak dapat dah nak nikmati duit Abang Jamal macam selama tujuh tahun Abang Jamal dengan Shikin
Baru-baru ni je lah Abang Jamal banyak luangkan masa dan wang ringgit untuk mak dia… Shikin tahu hukum abang Man sebab itu Shikin tegur Jamal.. Dia kena lebihkn mak dia…
Shikin bantu mana yang Shikin mampu
Abang Man… Tolong lah Shikin ya … Tolongkan ingatkan Jamal tetang tanggungjawab dia terhadap Shikin dan anak Shikin. Kesian kat anak Shikin yang merindui ayahnya. Dia baru nak rasa kasih sayang dari seorang ayah walaupun hanya ayah tiri … susut badan anak Shikin sebab teringatkan ayahnye… Shikin pun sama.
Jamal sedap makan kat hotel-hotel.. tapi kami terpaksa ikat perut … Gaji Shikin pun bukanlah banyak … Gaji Shikin banyak kena potong loan rumah…
Minta tolong sangat-sangat abang Man.. Tolonglah Shikin… Bila abang tolong Shikin .. Allah akan tolong abg Man sekeluarga.
Shikin tahu abang Man seorang abang yang baik dengan Jamal … Tolong lah abang Man … Sebab tu Shikin text Abg Man. Jika tidak sebelum ni Shikin tidak pernah ganggu abang Man … Tapi Shikin rasa sudah tiba masanye Shikin kena bagi tau abg Man tentang hal ni
Kalau benci pun jangan le smpai macam ni
Dulu abang Jamal tak macam ni
Jamal memang baik tapi tak sangka dia sanggup blok Shikin
Nabi Muhammad saw pun tak ajar kita saling benci membenci
Sekurang-kurangnya kenanglah jua jasa Shikin selama menjadi isterinya… Hampir 25 tahun kami berkenalan.. tujuh tahun baru jadi husband n wife… Tapi memang tak disangka Jamal buat Shikin macam ni
Masa dia susah dulu.. Ada juga Shikin bantu dia
Kes muflis itu lagi lah …dulu Shikin le tempat dia ngadu masalah.. Hampir berjam-jam Jamal call Shikin nak cerita masalah dia termasuk hal rumhtangga … Masa tu Shikin belum kawin dgn Jamal lagi.. Shikin pun solo masa tu…tapi itu semua tinggal kenangan je
Sekarang dah sepi…
Tak ada tempat nak luah perasaan .. Kat abang Man je lah Shikin luahkan..harap abang Man sudi baca.. Walau tak balas
121 Comments
Sebab tu kalau tak ada kemampuan, baik zahir dan batin, jangan dicipta masalah macam ni..emm bertabahlah wahai insan yang baik hatinya..
Curahan rasa Hafizul @ ..Rahsia Kejayaan Untuk Berkerja Dalam Sektor Kerajaan
Mari bahu membahu utk saling mengingatkan akan kebaikan. Kita tdk pernah tahu mana yg halal dan haram jika tdk ada kepedulian dari pihak seperti MUI & NU. Ane mendukungggg 😀 Salam
harus belajar dari ahlinya disini > http://palingkeren.com/mantab-kiai-di-madura-punya-10-istri-tinggal-satu-atap/
sebagai seorang wanita, bukan menidakkan hukum yg dibuat. Tapi, lelaki yg gatal nk pologami ni kebanyakannya xmelihat prinsip poligami dalam sudut pun. solat xsemua waktu pun kat masjid, kewangan bukanlah kukuh mana, sunnah2 yang lain bukan main liat nak buat. tapi tang poligami kemain.
xdinafikan ada yang mampu bersikap adil, tapi majoritinya tidak
Curahan rasa maria @ ..Betul Ke Soya Tidak Elok Untuk Ibu Hamil?
poligami ini jalan yang sukar sebab memang tak akan mampu berlaku adil.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Peperiksaan Ulangan Latihan Separa Perubatan
Sebelum belum berfikir untuk berpoligami seharusnya kena penuhkan ilmu agama di dada dan kukuhkan kedudukan kewangan dulu.. kalau tak inilah jadinya… akan ada isteri yg merana..
Curahan rasa anuar @ ..Tawaran Meleleh, Harga Menjunam! Harga Serendah RM1 HANYA di Book Cafe
adil dan mampu jadi kayu pengukur, kalau takde dua ni, jangan berangan lah…
Curahan rasa siti hazreen @ ..Hari Terbuka Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) 2015
memang susah nak berlaku adil, dengan isteri isteri perlu adil, dengan anak anak pun perlu adil.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Peperiksaan Ulangan Latihan Separa Perubatan
Bukan setakat isteri dan anak jer yang perlu kita jaga… tapi hubungan kekeluargaan dengan emak mertua, ayah mertua dan ipar duai..
Curahan rasa anuar @ ..Tawaran Meleleh, Harga Menjunam! Harga Serendah RM1 HANYA di Book Cafe
memang berdosa kalau suami abaikan tanggungjawab lepas poligami. semoga allah bukakan hati
Curahan rasa nikkhazami @ ..Shopee – Aplikasi Untuk Jual Beli Barang
dalam sibuk nak buat pahala, dosa pula bertambah dalam diam.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Peperiksaan Ulangan Latihan Separa Perubatan
wanita takut poligami sebab takut suami tak adil. tapi ada je yang bahagia selama bertahun2.
Curahan rasa nikkhazami @ ..Shopee – Aplikasi Untuk Jual Beli Barang
bergantung pada kepimpinan si suami dan muafakat dari isteri isteri untuk memelihara rumah tangga masing masing.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Peperiksaan Ulangan Latihan Separa Perubatan
kalau baca cerita di atas, salah tu nampak pada lelaki la, nak kawin lain boleh tp jangan abai nafkah walaupun sudah x suka,
Curahan rasa myrujukan @ ..Beli Produk Ephyra Secara Online
memang banyak salah pada orang lelaki, sebab tanggung jawabnya pun besar dari orang wanita.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Peperiksaan Ulangan Latihan Separa Perubatan
Saya tidak berkenan bab jadi perkara macam ni. Poligami untuk hidup bahagia tetapi lain pula jadinya. Nak komen lebih-lebih pun takut disalah tafsir pulak.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Nasi Kukus Oh Azizah Buka Restoran Berdekatan Ampang Point
benar, isu ini agak sensitif di malaysia, tetapi di luar negara bukanlah perkara yang pelik bila beristeri lebih dari 2.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Peperiksaan Ulangan Latihan Separa Perubatan
Banyak berlaku poligami tetapi apa yang nampak, tidak seperti yang disunnahkan oleh Rasulullah..
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Nasi Kukus Oh Azizah Buka Restoran Berdekatan Ampang Point
ramai yang nak ikut sunnah nabi kahwin empat, tapi sunnah nabi yang lain tak mahu ikut.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Peperiksaan Ulangan Latihan Separa Perubatan
Banyak wanita yang tidak suka di poligami, sebaiknya janganlah para pria poligami meskipun itu boleh karena itu bisa menyakiti hati istri. Bagi istri berperilakulah yang sholehah agar para suami cukup 1 istri
Curahan rasa seragam batik @ ..model baju batik kerja wanita dan pria terbaru
isteri seorang yang setia itu lebih baik dari isteri yang ramai tapi tak setia.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Peperiksaan Ulangan Latihan Separa Perubatan
Poligami itu sunnah, kalau yang mengamalkannya itu benar-benar faham dan punya ilmu uang mendalam, bukan hanya sekadar nak puaskan nafsu.
bila nafsu menguasai diri, sunnah yang dipercayai bertukar menjadi masalah yang menyusahkan diri sendiri.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Peperiksaan Ulangan Latihan Separa Perubatan
Saya ada dengar kes poligami yg luarbiasa..si suami ini nikahi isteri isteri dalam satu hari…seorang pagi manakala seorang lagi petang..kisah benar berlaku kat tempat saya
Curahan rasa mrhanafi @ ..Data Internet Cepat Sangat Habis
pantas betul tindakan nak beristeri lebih dari satu, kalau mampu tak mengapa, kalau tak mampus jawabnya.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Peperiksaan Ulangan Latihan Separa Perubatan
Sangat tak suka konsep poligami ni, tapi terpulang la kepada si isteri, nak bagi ke tak. Si suami pulak kena bertanggungjawab. Kalau tak mampu bahagiakan isteri yang satu, tak payahlah nak pasang dua atau lebih.
Curahan rasa Debbie Elara @ ..5 Cara Untuk Menjadikan Burger Kegemaran Anda Lebih Sihat
Poligami berlaku kerana sikap dan kemahuan suami yg nak sentiasa lebih…jika bersandarkan kepada agama. In shaa Allah akan bahagia hingga ke Jannah
Curahan rasa mrhanafi @ ..Data Internet Cepat Sangat Habis
sebelum kahwin saya selalu dengar masalah rumahtangga orang lain sampai dulu pernah saya rasa macam fobia nak kawin. Tapi jodoh Allah dah aturkan. Masalah orang berpoligami normally macam tu. Sebabnya yang berpoligami hanya tahu kahwin tapi tak tahu tanggungjawab
Curahan rasa lekatlekit @ ..RUPANYA PERKATAAN ‘LEPAKING’ ADA DALAM KAMUS OXFORD
seronok berkahwin dan berpoligami, sampai terlupa tanggung jawab pada isteri tua.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Peperiksaan Ulangan Latihan Separa Perubatan
Comments are closed.