Datuk Dr Hasan Mohd Ali aku di belakang anda dan mungkin ramai lagi

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, aku menentang jika politik dipisahkan dari Islam tapi aku juga menentang jika Islam dijadikan sebahagian daripada politik. Islam ini martabatnya sangat tinggi dan politik hanya sebagaian daripada Islam. Tarikan untuk mendapat kuasa yang dikatakan akan dapat mengubah bermacam benda kekadang menyebabkan Islam dijadikan barang dagangan. Tetapi tidak semua pemimpin Islam begitu.

Petikan Utusan Online : “Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Istiadat Melayu dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr. Hasan Mohd. Ali, yang tidak disenangi oleh anggota Exco yang lain atas ketegasannya mengenai soal Islam, menegaskan beliau sanggup dipecat demi kepentingan akidah ummah. Katanya: “Saya sanggup melakukan apa sahaja termasuk menerima kenyataan jika saya diminta melepaskan jawatan sebagai Exco Kerajaan Negeri dan apa-apa jawatan sekali pun demi memperjuangkan apa yang saya yakin dapat membantu umat Islam, khususnya di negeri Selangor.”

Exco Selangor, Datuk Dr. Hasan Mohd. Ali

Isu Murtad di kalangan Islam Malaysia sangat membimbangkan seluruh Umat Islam Malaysia. Baca sahaja komen-komen rakan blogger di entri “Murtad” pasti kita dapat merasai rasa hati semua. Ketegasan Datuk Dr Hasan Mohd Ali dalam isu ini sangat dihargai kerana lebih ramai rakan politik Datuk Dr Hasan Mohd Ali yang menjauhkan diri atau berdiam diri bagi menyelamatkan periuk nasi.

Aku tidak pernah anti dengan agama lain kerana Islam itu adalah hidayah dari ALLAH SWT dan hanya ALLAH SWT sahaja yang akan memilih siapa yang dikehendaki. Aku anti kepada pemimpin Islam yang menjaja Islam untuk mendapat kuasa dan jadi kecut apabila ada isu panas sebegini, diam seribu bahasa.

Ini ujian besar dari ALLAH SWT untuk menguji Datuk Dr Hasan Mohd Ali dan pemimpin Islam serta seluruh Umat Islam Malaysia. Pasti ada hikmahnya disebalik peristiwa JAIS serbu Gereja yang hendak ALLAH SWT tunjukkan. ALLAH SWT sedang melihat bagaaimana isu ini diselesaikan. Datuk Dr Hasan Mohd Ali aku di belakang anda dan mungkin ramai lagi. InsyAllah, ALLAH SWT bersamaa orang yang benar kemenangan mungkin tidak di dunia tapi pasti di akhirat kelak.

Sebagai tanda sokongan kenapa tidak kita buat entri tanda sokongan bukan menyokong politik bukan menyokong Datuk Dr Hassan Mohd Ali tetapi menyokong martabat Islam.


Spread the love

74 Comments

  1. Aku pun sokong semua orang yang ingin memertabatkan Islam. Teruskan perjuanganmu Dr Hasan Ali! Letakkan kepentingan Islam lebih tinggi dari kepentingan politik.

  2. actually isu murtad ni bergantung pada diri sendiri. kekurangan duit itu alasan sebenarnya..Abis Lina Joy tu kurang duit ke? Saya rasa tidak tapi dia tetap murtad. Nanti bila dah diberi duit alasan lain pulak timbul untuk murtad…
    Curahan rasa Bean Moreno @ ..Mass Traffic AcceleratorMy Profile

  3. Seperti yang saya komen di entri terdahulu DenaiHati, saya menyarankan agensi yang menyalurkan bantuan supaya mengambil langkah proaktif dengan menyusun kembali proses pembahagian bantuan lebih efektif dan tersusun. Kalau tidak angin masakan pokok bergoyang. Siapa tidak terkilan setelah bersusah payah dari pendalaman datang untuk minta bantuan di tendang macam bola dan dicemuh.

    Ini baru cerita di Semenanjung bagaiamana umat islam miskin dan mualaf di pendalaman Sabah dan Sarawak hendak menerima bantuan bukan semua boleh diakses dengan jalan raya ada yang perlu menyusuri sungai dan bejalan kaki menyusuri denai dan hutan dan mengambil masa berhari. Bantuan pula tidak sebesar mana habis dengan berbelanja untuk mengambil bantuan di bandar. Sesuatu yang perlu difikirkan

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!