Datuk Dr Hasan Mohd Ali aku di belakang anda dan mungkin ramai lagi

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, aku menentang jika politik dipisahkan dari Islam tapi aku juga menentang jika Islam dijadikan sebahagian daripada politik. Islam ini martabatnya sangat tinggi dan politik hanya sebagaian daripada Islam. Tarikan untuk mendapat kuasa yang dikatakan akan dapat mengubah bermacam benda kekadang menyebabkan Islam dijadikan barang dagangan. Tetapi tidak semua pemimpin Islam begitu.

Petikan Utusan Online : “Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Istiadat Melayu dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr. Hasan Mohd. Ali, yang tidak disenangi oleh anggota Exco yang lain atas ketegasannya mengenai soal Islam, menegaskan beliau sanggup dipecat demi kepentingan akidah ummah. Katanya: “Saya sanggup melakukan apa sahaja termasuk menerima kenyataan jika saya diminta melepaskan jawatan sebagai Exco Kerajaan Negeri dan apa-apa jawatan sekali pun demi memperjuangkan apa yang saya yakin dapat membantu umat Islam, khususnya di negeri Selangor.”

Exco Selangor, Datuk Dr. Hasan Mohd. Ali

Isu Murtad di kalangan Islam Malaysia sangat membimbangkan seluruh Umat Islam Malaysia. Baca sahaja komen-komen rakan blogger di entri “Murtad” pasti kita dapat merasai rasa hati semua. Ketegasan Datuk Dr Hasan Mohd Ali dalam isu ini sangat dihargai kerana lebih ramai rakan politik Datuk Dr Hasan Mohd Ali yang menjauhkan diri atau berdiam diri bagi menyelamatkan periuk nasi.

Aku tidak pernah anti dengan agama lain kerana Islam itu adalah hidayah dari ALLAH SWT dan hanya ALLAH SWT sahaja yang akan memilih siapa yang dikehendaki. Aku anti kepada pemimpin Islam yang menjaja Islam untuk mendapat kuasa dan jadi kecut apabila ada isu panas sebegini, diam seribu bahasa.

Ini ujian besar dari ALLAH SWT untuk menguji Datuk Dr Hasan Mohd Ali dan pemimpin Islam serta seluruh Umat Islam Malaysia. Pasti ada hikmahnya disebalik peristiwa JAIS serbu Gereja yang hendak ALLAH SWT tunjukkan. ALLAH SWT sedang melihat bagaaimana isu ini diselesaikan. Datuk Dr Hasan Mohd Ali aku di belakang anda dan mungkin ramai lagi. InsyAllah, ALLAH SWT bersamaa orang yang benar kemenangan mungkin tidak di dunia tapi pasti di akhirat kelak.

Sebagai tanda sokongan kenapa tidak kita buat entri tanda sokongan bukan menyokong politik bukan menyokong Datuk Dr Hassan Mohd Ali tetapi menyokong martabat Islam.


Spread the love

74 Comments

  1. jatiselangor…..politik anda terlalu sempit….mengikut org bagai lembu dicucuk hidung….pastikan apa matlamat perjuangan seseorang pemimpin sblm memberi pendapat tentang pengkhianatan….

  2. Semasa ceramah pru 12 di seri gombak … Hassan ali ada di situ sebagai bersama saari sungib, azmin ali, yb bt caves (yg skrg ni) berceramah sementara menunggu ketibaan DSAI ketika itu. Semasa HASSAN ALI berucap berapi-api kata kata dikeluarkan supaya pakatan rakyat dan rakyat menolak bn umno yg korup dan akan berganding menyimpul ikatan teguh bersama pr.. Dan dia ada mengucapkan kata kata ini “bahawasanye saya berjanji dan ikrar jika pr dapat menawan selangor atau negara , maka akan menghormati mandat rakyat dan tidak akan sesekali akan melompat ke parti kerajaan.. Dan jika itu berlaku , akan GUGUR TALAK 3 ke atas isteri kami….” (dia yg pandai pandai melafazkan sendiri bukan ucapan bersama yb sepentas ) itulah kata katanye yg diucapkan pada mlm ceramah di seri gombak itu… Saya antara ribuan saksi yg mendengar ceramah itu…. 5 org di atas skrg ini semuanye yb dan tidak melompat parti kecuali hassan ali yg amat berminat dgn kerajaan umno/bn tp takut akan mungkir dgn perjanjian yg dia ucapkan berapi api semasa itu …. Nah skrg nampak jelaskan kenapa dia tak mau melompat parti …. Inilah seorang tokoh yg dalam dirinye masih kuat dgn fahaman umno/bn . Tiada kekuatan diri bersama sama dgn pr , seorang mengkhianati perjuangan rakyat bersama pr ….. Ingat pr, kalau tiada DSAI adakah kekuatan anda skrg sama seperti dulu ….DSAI adalah pemimpim untuk semua bangsa di malaysia …. Rakyat bersatu bersama sama…TGNA adalah pemimpin utk semua bangsa juga… Semua bangsa sayangkan pemimpin seperti ini.. RPK adalah seorang pandai menulis shj tp tiada prinsip dan hipokrit ….rakyat benci org smcm ini. Ubah dr kotor dan jijk ke bersih dan harum dan tak salah tp yg aneh ada nk pergi ke kotor jijik dr yg bersih harum…….. Mmg pengkhianat dan pengotor

  3. Salam.. Allah letakkan kejayaan seluruh manusia dalam mengamalkan keseluruhan agama. AMIN. Teruskan Dato’. Tak de kejayaan dalam harta, pangkat, kuasa dsb. jika tidak letakkan agama di hadapan.

  4. kembalikan perjuangan PAS kepada landasan sebnenar teras aqidah ahli sunnah
    waljamaah dan jangan ikut selain dari alquran hadis , dan ulamak yang mewarisi
    perjuangan rasulullah s.a.w dan para sahabat nya

  5. Kalau ada ramai pemimpin macam ni kan bagus. Tapi cuba fikir balik, kisah seorang perempuan yang pihak gereja offer beri bantuan, selepas permohonan kebajikan di tolah oleh badan kebajikan. Sepatutnya badan kebajikan ni kena semak butir permohonan, ni tidak hanya cuma ikut syarat kelayakan. Kadang-kadang syarat tu tak boleh di guna pakai langsung
    Curahan rasa BloggerHowtt @ ..Insentif Tunai dan Rewards dari Blogger OtaiMy Profile

  6. wahai saudara islam sekalian!mengapa setiap orang nak jadi hero dlm isu serbuan di DUMC? marilah kaum islam sekalian bersatu menghadapi cabaran ini tanpa mengira parti!cuba imbas kembali di zaman nabi,apa yang terjadi dgn puak atau golongan yang engkar dgn perintah ALLAH !!!marilah sama-sama kita cari jalan untuk mencegah seseorang islam dari menjadi MURTAD!!!dunia ini pinjaman sementara jangan lupa pada akhirat!!!!!!!!!!!!!

  7. Ha.. inli baru lah namanya WAKIL RAKYAT. Wakil rakyat yg dipilih rakyat untuk berjuang kearah kebenaran. Inikan pulak melibatkan agama, Islam pulak tu. Inlah namanya pejuang. Dah ada pangkat dan kedudukan tetapi tak syg semua itu jika ditarik atau dipecat. Ada sesiapa lagi ke tokoh2 politik yg lebih besar yg sanggup spt mana Datuk Dr Hasan?? Ada ke?

  8. Hidup Datuk Dr Hasan Mohd Ali….
    Teruskan perjuangan murni Datuk…. Semoga Datuk di panjangkan umur untuk menegakkan agama ALLAH s.w.t..

  9. Hidup Datuk Dr Hasan Mohd Ali….
    Teruskan perjuangan murni Datuk…. Semoga Datuk di panjangkan umur untuk menegakkan agama ALLAH s.w.t..

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!