Datuk Dr Hasan Mohd Ali aku di belakang anda dan mungkin ramai lagi

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, aku menentang jika politik dipisahkan dari Islam tapi aku juga menentang jika Islam dijadikan sebahagian daripada politik. Islam ini martabatnya sangat tinggi dan politik hanya sebagaian daripada Islam. Tarikan untuk mendapat kuasa yang dikatakan akan dapat mengubah bermacam benda kekadang menyebabkan Islam dijadikan barang dagangan. Tetapi tidak semua pemimpin Islam begitu.

Petikan Utusan Online : “Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Istiadat Melayu dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr. Hasan Mohd. Ali, yang tidak disenangi oleh anggota Exco yang lain atas ketegasannya mengenai soal Islam, menegaskan beliau sanggup dipecat demi kepentingan akidah ummah. Katanya: “Saya sanggup melakukan apa sahaja termasuk menerima kenyataan jika saya diminta melepaskan jawatan sebagai Exco Kerajaan Negeri dan apa-apa jawatan sekali pun demi memperjuangkan apa yang saya yakin dapat membantu umat Islam, khususnya di negeri Selangor.”

Exco Selangor, Datuk Dr. Hasan Mohd. Ali

Isu Murtad di kalangan Islam Malaysia sangat membimbangkan seluruh Umat Islam Malaysia. Baca sahaja komen-komen rakan blogger di entri “Murtad” pasti kita dapat merasai rasa hati semua. Ketegasan Datuk Dr Hasan Mohd Ali dalam isu ini sangat dihargai kerana lebih ramai rakan politik Datuk Dr Hasan Mohd Ali yang menjauhkan diri atau berdiam diri bagi menyelamatkan periuk nasi.

Aku tidak pernah anti dengan agama lain kerana Islam itu adalah hidayah dari ALLAH SWT dan hanya ALLAH SWT sahaja yang akan memilih siapa yang dikehendaki. Aku anti kepada pemimpin Islam yang menjaja Islam untuk mendapat kuasa dan jadi kecut apabila ada isu panas sebegini, diam seribu bahasa.

Ini ujian besar dari ALLAH SWT untuk menguji Datuk Dr Hasan Mohd Ali dan pemimpin Islam serta seluruh Umat Islam Malaysia. Pasti ada hikmahnya disebalik peristiwa JAIS serbu Gereja yang hendak ALLAH SWT tunjukkan. ALLAH SWT sedang melihat bagaaimana isu ini diselesaikan. Datuk Dr Hasan Mohd Ali aku di belakang anda dan mungkin ramai lagi. InsyAllah, ALLAH SWT bersamaa orang yang benar kemenangan mungkin tidak di dunia tapi pasti di akhirat kelak.

Sebagai tanda sokongan kenapa tidak kita buat entri tanda sokongan bukan menyokong politik bukan menyokong Datuk Dr Hassan Mohd Ali tetapi menyokong martabat Islam.


Spread the love

74 Comments

  1. Salam. Di sebalik pemimpin pembangkang dan pro kerajaan – DAP, MCA dan Gerakan yang menyalak, aku tak nampak ada pemimpin kita yang bersikap rasional dan meninta semua pihak jangan melatah tak tentu pasal sebelum siasatan dijalankan.

    Sebaliknya, kita pulak pergi melutut minta maaf and making them feels superior.

    Truly, I support this entry of yours, dan disebalik kisah ni, kita nampak tak, betapa lemahnya ustaz ustaz kita. Tulah sibuk berpolitik dan cari duit pegi ceramah.

  2. Salam,

    Konflik antara kepentingan diri dan kepentingan manusia2 lain ada dalam semua manusia tak kira agama, kan?

    Kadang penampilan yg warak tp hati cukup bangsat. Kadang penampilan warak, hati baik, tapi otak slow buat akhlak jadi kaku, kaget, ralat. Susah nak cari yang penampilan warak, hati suci dan otak super pantas.
    Curahan rasa Khairi @ ..Komuter KTMB dapat tren baru dari ChinaMy Profile

    1. Petikan Utusan : Dalam Muktamar Pas baru-baru ini Dr. Hasan gagal mempertahankan jawatannya sebagai Naib Presiden kerana tidak mendapat sokongan. Ekoran kekalahan itu, Dr. Hasan turut digugurkan sebagai Pesuruhjaya Pas Selangor. Mengikut rekod terdahulu, Dr. Hasan pernah diberi amaran oleh Jawatankuasa Disiplin Pas kerana membangkitkan mengenai soal penjualan arak di Shah Alam. Tindakan itu diambil kerana Pas tidak mahu hubungannya dengan parti-parti dalam pakatan pembangkang, terutamanya DAP, terjejas ekoran pendedahan Dr. Hasan itu.

  3. “Lebih 230,000 umat Islam peluk Kristian pada 2008”, kata Harussani – Berita Harian Online

  4. salam…

    saya juga menyokong beliau sepenuhnya dalam hal ini…dan berada dibelakang beliau…

    di zaman di mana islam dah jadi macam lesen dan mainan sesetengah ahli politik untuk mendapat kuasa…syukur alhamdulillah masih ada pemimpin seperti beliau yang ikhlas…

    semoga Allah memberi kekuatan kepada beliau dan kita untuk mempertahankan Islam
    Curahan rasa zainal @ ..How To Create Disk Partition In Windows VistaMy Profile

  5. setuju sangat2..saya sentiasa menyokong Datuk Dr. Hassan Ali dalam hal ini..pemimpin yang mendakwa ISLAM sebagai panduan diam seribu bahasa..last sekali, orang lain jadi mangsa..semoga Allah menunjuk yang perkara yang benar kepada umat Islam di Malaysia sempena bulan yang berkat ni

  6. Sama-samalah kita berdoa supaya Allah terus melindungi setiap umat Islam di Malaysia agar akidah kita sentiasa terjaga dari anasir yang cuba menyesatkan kita semua….aku menyokong tindakan Dr. Hassan Ali…..

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!