Assalamualaikum dan salam 1Dunia, aku menentang jika politik dipisahkan dari Islam tapi aku juga menentang jika Islam dijadikan sebahagian daripada politik. Islam ini martabatnya sangat tinggi dan politik hanya sebagaian daripada Islam. Tarikan untuk mendapat kuasa yang dikatakan akan dapat mengubah bermacam benda kekadang menyebabkan Islam dijadikan barang dagangan. Tetapi tidak semua pemimpin Islam begitu.
Petikan Utusan Online : “Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Istiadat Melayu dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr. Hasan Mohd. Ali, yang tidak disenangi oleh anggota Exco yang lain atas ketegasannya mengenai soal Islam, menegaskan beliau sanggup dipecat demi kepentingan akidah ummah. Katanya: “Saya sanggup melakukan apa sahaja termasuk menerima kenyataan jika saya diminta melepaskan jawatan sebagai Exco Kerajaan Negeri dan apa-apa jawatan sekali pun demi memperjuangkan apa yang saya yakin dapat membantu umat Islam, khususnya di negeri Selangor.”
Isu Murtad di kalangan Islam Malaysia sangat membimbangkan seluruh Umat Islam Malaysia. Baca sahaja komen-komen rakan blogger di entri “Murtad” pasti kita dapat merasai rasa hati semua. Ketegasan Datuk Dr Hasan Mohd Ali dalam isu ini sangat dihargai kerana lebih ramai rakan politik Datuk Dr Hasan Mohd Ali yang menjauhkan diri atau berdiam diri bagi menyelamatkan periuk nasi.
Aku tidak pernah anti dengan agama lain kerana Islam itu adalah hidayah dari ALLAH SWT dan hanya ALLAH SWT sahaja yang akan memilih siapa yang dikehendaki. Aku anti kepada pemimpin Islam yang menjaja Islam untuk mendapat kuasa dan jadi kecut apabila ada isu panas sebegini, diam seribu bahasa.
Ini ujian besar dari ALLAH SWT untuk menguji Datuk Dr Hasan Mohd Ali dan pemimpin Islam serta seluruh Umat Islam Malaysia. Pasti ada hikmahnya disebalik peristiwa JAIS serbu Gereja yang hendak ALLAH SWT tunjukkan. ALLAH SWT sedang melihat bagaaimana isu ini diselesaikan. Datuk Dr Hasan Mohd Ali aku di belakang anda dan mungkin ramai lagi. InsyAllah, ALLAH SWT bersamaa orang yang benar kemenangan mungkin tidak di dunia tapi pasti di akhirat kelak.
Sebagai tanda sokongan kenapa tidak kita buat entri tanda sokongan bukan menyokong politik bukan menyokong Datuk Dr Hassan Mohd Ali tetapi menyokong martabat Islam.
74 Comments
lancang tak bererti kosong. tapi lancangnya Dr Hasan Ali adalah kerana kebenaran. Hanya pemimpin yg benar2 ikhlas nak memimpin dan membetulkan masyarakat khususnya Islam je yang berani berbuat begitu. Teruskan perjuanganmu, Dr Hasan Ali. Kami di belakangmu!
Curahan rasa ekspresiruang @ ..London Gate: Mercu Tanda Sukan Olimpik 2012 Di London
Saya banyak membaca tentang beliau setelah Memperkenalkan Instrumen KPI Pengurusan Masjid
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Lapar Yang Membawa Hikmah
kuatkan semangat teruskan perjuangan di muka bumi Allah, masih ada insan yang berhati mulia…
Curahan rasa yangbaik @ ..Perhiasan wanita di bulan Ramadhan
Perjuangkan Islam adalah perkara utama. SM menghormati dan menyokong ketegasan Dato’ Dr Hassan Ali nih
pemimpin yang macam ni yang patut kita sanjung. insha Allah kalau semua pemimpin Malaysia macam ni, negara ni akan sentiasa positif dari segala aspek yang tidak melanggar undang2
Curahan rasa afiq aiman @ ..Bagaimana Untuk Kelihatan Seperti ProBlogger Sedangkan Anda Seorang Blogger Baru
ok jugak kalau ada lebih ramai lagi pemimpin yang buat amcam ni
Takbir!!!!!
Curahan rasa BloggerHowtt @ ..KL Gangster 2 – Syamsul Yusof
kalau pemerintahan lari dari islam. hancur laaaaaaaa.. huhu
Kalaulah ada lagi 100 pemimpin macam ni…
Curahan rasa lAl @ ..Majlis Berbuka di KFC.
Assalam..
Islam lebih utama…
Curahan rasa iza @ ..Up Date Terkini Peserta Contest
ALLAH sentiasa bersama dengan orang yang benar…
semoga islam terus dilindungi…ameen
Curahan rasa hazwan @ ..Tiada Ramadhan Buat Muslim di Urumqi
mesti sokong..jgn ikut dgn agenda politik yg membelakangkan Islam ni..
Curahan rasa faiz @ ..Kisah Budak Penjual Kuih
aku dah lama benci pemimpin yang bersekongkong dengan kafir harbi ni..
Curahan rasa zuarxpdc @ ..Hello…Orang Lain Pun Puasa Jugak…
Sesungguhnya sebaik-baik penolong Hanyalah Allah dan kepada Nya kita berserah diri
Curahan rasa munir ardi @ ..Advance Methods Of Saving Money
Comments are closed.