Assalamualaikum dan salam 1Dunia, masih ingat lagi dengan entri “Setiap Klik digandakan RM1” usaha untuk membantu Panti Asuhan Titian Ridho Ilahi untuk mengumpul dana membeli tanah kebun. Insyallah tanah kebun tersebut akan diusahakan dan hasilnya akan digunakan untuk pembiayai Panti Asuhan Titian Ridho Ilahi. Alhamdulillah terharu sangat dengan sokongan yang diterima daripada Rakan Blogger.
Berikut jumlah follower yang lama dan baru :
Jumlah Follower Lama
|
Jumlah Follower Baru
|
|
Fanpage FB
|
15,122
|
18,351
|
Twitter
|
15,859
|
15,960
|
Google +
|
110
|
118
|
Jumlah total klik = 3,229 (FB Fanpage) + 101 (Twitter) + 8 (Google +) + 100 (Retweet) + 50 (FB like) + 29 (Google + 1) = 3,512
Jumlah infaq tunai = RM16,475
Jumlah Dana Terkumpul = 3,512 + 16,375 = RM19,992
Alhamdulillah syukur daripada RM40k yang diperlukan Rakan Denaihati berjaya menyumbangkan infaq sebesar RM19,892. Insyallah semua menyumbang walaupun dengan hanya 1 klik akan mendapat bahagian daripada ALLAH SWT selagi ada Panti Asuhan Titian Ridho Ilahi.
Firman ALLAH SWT yang maksudnya : “Perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuh tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipatgandakan bagi siapa yang Dia kehendaki Dan Allah Mahaluas, Maha Mengetahui” Al-Baqarah : 261.
Kepada yang ada niat untuk infaq sebahagian rezeki sila baca entri “Hidupkan Untuk Memberi“.
114 Comments
Salam. Saya amat teruja melihat kejayaan denaihati mengumpulkan dana sebanyak itu. Syukur alhamdulillah, Tuhan takdirkan saya berkesempatan melawat ke Panti tersebut. Kini, masjid tersebut sudah terbangun strukturnya… namun masih dalam keadaan serba kekurangan malah tidak juga siap pembinaannya. Kami, team MUC baru shj melancarkan program kutipan dana utk melengkapkan berdirinya masjid wakaf ini.
Oleh itu, besarlah hati saya untuk kongsikan bersama admin denaihati dan pembaca tegarnya, ceritera lawatan kami juga program kami ini. Manalah tahu, kalau2 ada yang masih sudi menderma bersama.
Terima kasih buat denaihati dan para penyumbang awal. Penghuni di PANTI pastinya lebih gembira jikalau dapat kita kirimkan berita baik ini kpd mereka sekali lagi nanti. Inshaa Allah.
Curahan rasa Eyra @ ..Kutipan Dana Infaq RM1 Masjid Wakaf PATRIYAS
Terima kasih di atas maklumat terkini semuga kita berdoa Allah buka hati lebih ramai utk menghulur dana sehingga sempurna masjid ini.
Inshaa Allah. Itulah juga harapan kami. Will keep u guys updated from time to time.
Curahan rasa Eyra @ ..Update Terkini: Dana M.U.C untuk Masjid Wakaf PATRIYAS
seperti tema denaihati.com hidup untuk memberi. iya, perbanyaklah memberi kelak kita akan menerima lebih dari apa yg kita beri
Curahan rasa Blog Pendidikan @ ..Download Formulir A.2 Untuk Pengajuan Edit Status NISN Siswa
Hidup untuk memberi dan saling berbagi, meskipun kecil akan sangat berarti bagi mereka yang membutuhkan.
Mari kita terus mencoba untuk bersedekah sedikit demi sedikit dari rezki yang kita miliki, semoga menjadi lebih berkah.
Alhamdulillah…sekarang pun saya sedang mengumpulkan dana buat Rehab Bangunan Waqaf Untuk TKA Al-Muhajirin
Curahan rasa Dadan @ ..Kegiatan Rehab Bangunan Waqaf Untuk TKA Al-Muhajirin
Semoga diberikan kelancaran, sehingga perehaban bisa selesai sesuai rencana…
Curahan rasa Dadan @ ..Kegiatan Rehab Bangunan Waqaf Untuk TKA Al-Muhajirin
Amin…mari kita do’akan bersama bang.
Sekarang masih berlaku nggak yah?
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Ritual Corat – Coret dan Pesta Seks Anak SMA Usai Ujian Nasional
Comments are closed.