Putrajaya, 15 Julai – Kebolehjangkitan varian baharu termasuk delta adalah lebih pantas dan boleh menjangkiti dalam tempoh 15 saat berbanding varian biasa, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Seperti yang sedia maklum, jangkitan Covid-19 pada hari ini di Malaysia adalah tertinggi iaitu sebanyak 13,215 kes baharu.
Katanya dalam sidang media hari ini, kebolehjangkitan atau R-naught bagi virus biasa, adalah antara 2.5 hingga 3, namun R-naught varian baharu termasuk delta adalah antara 5 hingga ke 8.
“Bererti dalam 100 orang dijangkiti, dalam tempoh terdekat inkubasi akan menjangkiti 500 hingga 800 orang,” katanya.
“Sifat virus juga berubah. Kes kontak rapat dahulu terdedah dalam 15 minit atau kurang 1 meter. Kita dimaklumkan dengan varian baru sekarang ini, jangkitan boleh berlaku dalam 15 saat sahaja melalui udara.
“Ini meningkatkan lagi kebolehjangkitan dalam komuniti,” katanya.
Sebelum ini, beliau menjelaskan, varian delta merupakan varian yang dominan sekaligus menjadi antara punca jangkitan meningkat pantas di negara kita.
COVID-19: Jangkitan varian baharu boleh berlaku dalam tempoh 15 saat – KP Kesihatan
— BERNAMA TV 🇲🇾 (@BernamaTV) July 15, 2021
Kes bakal cecah 20,000 sehari.
— Dr Samhan (@DoktorSamhan) July 16, 2021
Ramai pakar menjangkakan ini akan berlaku seminggu atau 2 minggu lagi. Varian Delta menjangkiti dalam masa 14 saat dan tanpa bersentuhan. Ganas!
Minta kita dan keluarga dijauhkan dari dijangkiti. Amin. pic.twitter.com/9uJNfcZdmB
Sumber: Bernama
One Comment
Aduhai, makin seram pulak dengan covid varian baru ni. Jaga diri, ikuti SOP semua.
Curahan rasa Amran @ ..Hari ke 7 PKPD Seremban- Webinar dan Injured
Comments are closed.