Amalan yang dianjurkan pada 10 hari pertama bulan Zulhijjah

Spread the love

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Alhamdulillah, kita dah masuk bulan Zulhijjah yang mana ianya adalah bulan terkahir dalam bulan Islam. Seperti yang sedia maklum, bulan Zulhijjah ialah bulan di mana kita akan meraikan Aidiladha atau juga dipanggil sebagai Hari Raya Haji/korban susulan ibadah Haji yang disempurnakan pada 9 Zulhijjah.

Sungguhpun pada tahun ini, umat Islam di Malaysia tidak dapat berangkat ke tanah suci Mekah untuk melaksanakan rukun Islam keempat rentetan isu pandemik Covid-19 yang masih berluasa di dunia, kita masih boleh melaksanakan ibadah yang lain seperti berkorban dan juga memakmurkan 10 hari pada awal bulan Zulhijjah.

Di samping itu, Rakyat Malaysia akan menyambut hari raya haji pada hari Selasa iaitu pada 20 Julai 2021M/1442H.

Baca: 10 Kelebihan yang ada pada Bulan Zulhijjah

Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa Allah SWT paling menyukai amalan soleh yang dilakukan pada 10 hari terawal Zulhijjah.

Para sahabat lantas bertanya kepada baginda,

“Wahai Rasulullah, walaupun jihad di jalan Allah tidak dapat menandinginya?”

Baginda menjawab, “Walaupun jihad di jalan Allah tidak dapat menandinginya, melainkan seorang lelaki yang keluar berjihad bersama hartanya, kemudian dia langsung tidak kembali.” (Riwayat Al-Bukhari, no. 969, Abu Daud, no. 2438, Ibnu Majah, no. 1727 dan Al-Tirmizi, no. 757)

Setelah kita mengetahui bahawa Allah SWT sangat menyukai amalan soleh yang dilakukan dalam hari-hari awal bulan Zulhijjah, maka berikut adalah amalan yang dianjurkan.

1- Berpuasa

Salah satu amalan soleh yang dimaksudkan dalam hadis tersebut termasuklah puasa. Menurut perbahasan ahli hadis, amalan berpuasa yang diamalkan oleh Rasulullah SAW pada waktu ini tidaklah secara berterusan sepanjang 10 hari pertama. Ada hari yang Rasulullah SAW berpuasa dan ada hari tidak.

2- Menghidupkan Malam Dengan Berqiamullail

Menjadi kebiasaan buat salah seorang sahabat Sai’d bin Jubair, seorang perawi, apabila tiba 10 hari terawal Zulhijjah, beliau sangat bersungguh-sungguh beramal sehingga hampir-hampir tidak berdaya melakukannya.

Baca: Setiap helaian bulu daripada binatang korban adalah pahala

Antara pesannya ialah,

“Janganlah kamu memadamkan pelita pada waktu malam selama 10 hari ini kerana ibadah sangat disukai untuk dilakukan saat itu.”

3- Memperbanyakkan Zikir

وَيَذْكُرُوا اسْمَ اللَّـهِ فِي أَيَّامٍ مَّعْلُومَاتٍ
Maksudnya: “Dan supaya menyebut nama allah pada hari-hari yang dimaklumi.” (Surah al-Hajj 22:28)

Hari-hari yang dimaklumi itu ialah 10 hari terawal Zulhijjah. Berzikirlah dengan apa jua jenis zikir yang diingini. Kita boleh juga menjadikan amalan zikir ini lebih istimewa dengan menetapkan buat diri sendiri sebanyak mana zikir yang ingin dilakukan.

Contohnya, ingin berzikir Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahuakbar sebanyak 50 kali bagi setiap satunya setiap kali selepas solat. Sekurang-kurangnya kita memecah rutin dan umpama meraikan 10 hari awal Zulhijjah ini dengan lebih istimewa.

Selain daripada amalan-amalan di atas, antara perkara lain yang boleh dilakukan seperti sedekah, melazimi solat berjemaah bersama keluarga, menghafal potongan ayat Al-Quran serta doa. Semoga 10 hari terawal Zulhijjah ini dimanfaatkan sebaiknya!

Baca: 4 perkara ‘Basic’ yang anda perlu tahu mengenai Ibadah Korban


Spread the love

2 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!