Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, semua orang sudah tahu kes pergantungan Datuk Lee Chong Wei kerana terdapat bahan terlarang dexamethasone di kapsul gelatin makanan tambahan cordyceps yang beliau ambil. Dexamethasone bukan racun kerana ia boleh digunakan diluar pertandingan mengikut kata Khairy Jamaluddin. Kapsul cordyceps yang dimakan oleh Datuk LCW dibekalkan oleh seorang wanita yang dirahsiakan identiti tetapi yang pasti bukan isteri PM, Datin Seri Rosmah Mansur.
Mengikut laporan Datuk LCW telah mengambil suplemen cordyceps sejak berusia 13 tahun atas nasihat ibunya. Masalah yang berlaku kepada LCW sehingga gagal ujian doping bukan kerana cordyceps tetapi kerana bahan dexamethasone yang terdapat di dalam kasul gelatin yang membungkus serbuk cordyceps. Jadi apa sebenarnya CORDYCEPS ini?
Majoriti rakyat Malaysia tidak mengetahui apa cordyceps. Mengikut FB Page Kementerian Kesihatan Malaysia, Cordyceps atau lebih dikenali sebagai fungus atau cendawan boleh membantu merawat penyakit tidak berjangkit seperti masalah paru-paru, hati, jantung, buah pinggang dan barah. Cordyceps adalah cendawan emas yang telah digunakan oleh masyarakat Cina sejak beribu tahun dahulu yang juga dipanggil sebagai herba maharaja.
Alhamdulillah aku sudah mengenali cordyceps sejak beberapa tahun yang lepas. Cordyceps adalah ulat di musim sejuk dan bertukar menjadi cendawan emas di musim panas yang terdapat di pergunungan China, Nepal dan Tibet. Orang Cina biasanya akan mencampur cordyceps di dalam sup hidangan makanan mereka. Harga cordyceps liar sangat mahal antara RM60 ribu – RM300 ribu sekilogram. Kepada yang tidak mahu makan mentah boleh juga makan dalam bentuk kapsul yang boleh dibeli di kedai-kedai ubat Cina, farmasi tertentu dan secara online. Di Malaysia hanya ada satu sahaja syarikat yang menghasilkan produk berasaskan cordyceps. Sehingga sekarang sudah ada 11 produk berasaskan cordyceps yang dikeluarkan oleh syarikat ini antaranya jus buah-buahan, kopi, teh tarik, kolagen, detox, antioksidan dan kosmetik yang mendapat sijil halal JAKIM untuk cordyceps.
Banyak kajian perubatan cordyceps telah dibuat oleh berbagai pakar di dunia yang kita boleh peroleh dari Pak Cik Google. Di Malaysia ada berbagai testimoni pesakit kanser, kencing manis, koma, denggi, HIV, penyakit saraf, sakit kulit, penyakit lelaki, penyakit perempuan, asthma dan sebagainya yang kekadang tidak dapat dijelaskan keajaiban secara saintifik melainkan dengan izin ALLAH juga yang meletakan bahan-bahan istimewa di dalam cordyceps. Datuk Lee Chong Wei juga adalah testimoni ajaibnya cordyceps yang telah diamalkan sejak berusia 13 tahun sehingga berjaya menjadi pemain badminton no satu dunia untuk bertahun-tahun. Kisah sembuhnya Abang Jamian dari derita sakit kulit selama 25 tahun dan sembuhnya Adik Daniel dari penyakit jangkitan kuman Afrika selamam 5 tahun sehingga reput jari adalah keajaiban yang tidak dapat dijelaskan.
Aku sudah menggunakan produk cordycepds sejak beberapa bulan lepas dan hasilnya memang terbaik. Kesihatan, tenaga zahir dan batin bertambah baik yang boleh meningkatkan prestasi kerja dan kehidupan. Cordyceps memang bagus dijadikan suplemen harian bukan menunggu kita sakit. Cordycepds bakal menjadi lubuk duit. Mungkin anda tidak minat bisnis cordyceps tetapi nilai perniagaannya sangat besar dan ini yang aku sebutkan buat bisnis yang kita tidak minat tetapi boleh memberi pulangan beribu lipat kali ganda. Kepada yang berminat nak tahu jom kita mengopi atau PM di FB Denaihati.
Dan Kami naungi kamu dengan awan, dan Kami turunkan kepadamu “manna” dan “salwa”. Makanlah dari makanan yang baik-baik yang telah Kami berikan kepadamu. Dan tidaklah mereka menganiaya Kami, akan tetapi merekalah yang menganiaya diri mereka sendiri (Al-Baqarah: 57)
64 Comments
Saya setuju vitamin diambil perlu dimakan sebekum sakit melanda dan khasiat dari tumbuh-tumbuhan sememangnya memberikan manfaat pada manusia.
Curahan rasa emalinmohd @ ..Tips Memberhentikan Pendarahan Hidung Pada Anak
serius baru tahu tentang cordyceps.
kalau denaihati tak buat artikel ini sampai sekarang tak tahu kewujudan nya
Curahan rasa onlajer @ ..Revolusi GST, Pihak Kerajaan Perlu Sebutharga Baru,Peluang Anda Cucuk Jarum.
Oh asalnya ulat rupanya.Baru saya tahu.Selama ni baca sekali imbas aje sebab tak berapa suka ambil suplimen.
Curahan rasa rahimah @ ..Sesat Semasa Bercuti Di Paris ? Tak Semua Orang Perancis Sombong !
Baru tahu pasal benda ni…Itu pun puncanya dari Datuk LCW lah…
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Buat Duit Dengan Website Online Game!
baru dengar pertama kali masalah cordyceps ini mungkin ia akan booming seluruh dunia nantinya setelah kasus ini
Curahan rasa islam di dadaku @ ..10 Tips Ramping Tanpa Diet
gara gara LCW ramai yang berminat nak tahu tentang cordyceps. sebenarnya terlalu banyak khazanah dan ilmu Allah yang belum kita ketahui 🙂 terima kasih atas perkongsian
Curahan rasa Safiya @ ..Cara Main Masteria: Sangat Mudah, Kanak-kanak Pun Mampu Jadi Master!
Safiya: Rupanya banyak lagi tumbuhan yang Allah swt cipta yang dapat membantu dan memberikan manafaat untuk makhluknya…
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Buat Duit Dengan Website Online Game!
sesekali perlu ada kepelbagaian dalam pemilihan sumber makanan yang berkhasiat…
Curahan rasa yangbaik @ ..Segmen Jom Blogwalking By Syahirah Valiant
mungkin ramai peminat badminton merasa lega selepas LCW bebas…tapi aku rasa negara masih perlu mengasah bakat muda untuk jadi pelapis sehebat LCW
Curahan rasa blogger lelaki @ ..Sakit Lutut
macam ulat je cendawan ni.harga pulak macam sarang burung walit.terlalu mahal
Curahan rasa din @ ..Familia Myvi Club Tiba Tiba Jadi Famous
Jadi kita sebagai rakyat Malaysia perlu sentiasa memberikan sokongan padu kepada Datuk Lee Chong Wei setelah beliau mendapat pelbagai tanggapan negatif dari pelbagai pihak.
Curahan rasa Vander Good @ ..Cara untuk mengelak dari digigit nyamuk
Wah, memang fakta yg sangat menarik. Baru saya tau apa itu cordyceps. Memang hebat ciptaan Tuhan.
Curahan rasa Vander Good @ ..Cara untuk mengelak dari digigit nyamuk
Huhu.. Belum tahu lagi sebelum ni.. Baca artikel ni barulah tahu.. Rupanya ubat terbaik ni.. Huhu
Curahan rasa Hafizul @ ..Jual Putu Mayam – Laris HABIS
haa..
tu dia penangan cordyceps.
poppular sudah di malaysia dengan rakusnya.
Curahan rasa titan @ ..Untung ke Jual Burger?
oh baru tahu apa itu cordyceps… asalnya ulat ya… wahh… ajaib sungguh ciptaan NYA
Curahan rasa Ummi Hanie @ ..Mangga Runtuh bukan durian runtuh
Baru saya tahu kelebihan Cordyceps ni,tapi saya harap Datuk Lee Chong Wei akan kembali bersemangat mengejar ranking serta aktif kembali di dalam sukan badminton .
Curahan rasa Wan Zawawi @ ..Sakura Candy Beucure
Comments are closed.