Cordyceps bahan terlarang

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, semua orang sudah tahu kes pergantungan Datuk Lee Chong Wei kerana terdapat bahan terlarang dexamethasone di kapsul gelatin makanan tambahan cordyceps yang beliau ambil. Dexamethasone bukan racun kerana ia boleh digunakan diluar pertandingan mengikut kata Khairy Jamaluddin. Kapsul cordyceps yang dimakan oleh Datuk LCW dibekalkan oleh seorang wanita yang dirahsiakan identiti tetapi yang pasti bukan isteri PM, Datin Seri Rosmah Mansur.

kebaikan cordyceps

Mengikut laporan Datuk LCW telah mengambil suplemen cordyceps sejak berusia 13 tahun atas nasihat ibunya. Masalah yang berlaku kepada LCW sehingga gagal ujian doping bukan kerana cordyceps tetapi kerana bahan dexamethasone yang terdapat di dalam kasul gelatin yang membungkus serbuk cordyceps. Jadi apa sebenarnya CORDYCEPS ini?

gambar cordyceps

Majoriti rakyat Malaysia tidak mengetahui apa cordyceps. Mengikut FB Page Kementerian Kesihatan Malaysia, Cordyceps atau lebih dikenali sebagai fungus atau cendawan boleh membantu merawat penyakit tidak berjangkit seperti masalah paru-paru, hati, jantung, buah pinggang dan barah. Cordyceps adalah cendawan emas yang telah digunakan oleh masyarakat Cina sejak beribu tahun dahulu yang juga dipanggil sebagai herba maharaja.

Pemburu cordyceps di Banjaran Himalaya
Pemburu cordyceps di Banjaran Himalaya

Alhamdulillah aku sudah mengenali cordyceps sejak beberapa tahun yang lepas. Cordyceps adalah ulat di musim sejuk dan bertukar menjadi cendawan emas di musim panas yang terdapat di pergunungan China, Nepal dan Tibet. Orang Cina biasanya akan mencampur cordyceps di dalam sup hidangan makanan mereka. Harga cordyceps liar sangat mahal antara RM60 ribu – RM300 ribu sekilogram. Kepada yang tidak mahu makan mentah boleh juga makan dalam bentuk kapsul yang boleh dibeli di kedai-kedai ubat Cina, farmasi tertentu dan secara online. Di Malaysia hanya ada satu sahaja syarikat yang menghasilkan produk berasaskan cordyceps. Sehingga sekarang sudah ada 11 produk berasaskan cordyceps yang dikeluarkan oleh syarikat ini antaranya jus buah-buahan, kopi, teh tarik, kolagen, detox, antioksidan dan kosmetik yang mendapat sijil halal JAKIM untuk cordyceps.

cordyceps sembuhkan sakit kulit

Banyak kajian perubatan cordyceps telah dibuat oleh berbagai pakar di dunia yang kita boleh peroleh dari Pak Cik Google. Di Malaysia ada berbagai testimoni pesakit kanser, kencing manis, koma, denggi, HIV, penyakit saraf, sakit kulit, penyakit lelaki, penyakit perempuan, asthma dan sebagainya yang kekadang tidak dapat dijelaskan keajaiban secara saintifik melainkan dengan izin ALLAH juga yang meletakan bahan-bahan istimewa di dalam cordyceps. Datuk Lee Chong Wei juga adalah testimoni ajaibnya cordyceps yang telah diamalkan sejak berusia 13 tahun sehingga berjaya menjadi pemain badminton no satu dunia untuk bertahun-tahun. Kisah sembuhnya Abang Jamian dari derita sakit kulit selama 25 tahun dan sembuhnya Adik Daniel dari penyakit jangkitan kuman Afrika selamam 5 tahun sehingga reput jari adalah keajaiban yang tidak dapat dijelaskan.

cordyceps selamatkan adik daniel

Aku sudah menggunakan produk cordycepds sejak beberapa bulan lepas dan hasilnya memang terbaik. Kesihatan, tenaga zahir dan batin bertambah baik yang boleh meningkatkan prestasi kerja dan kehidupan. Cordyceps memang bagus dijadikan suplemen harian bukan menunggu kita sakit. Cordycepds bakal menjadi lubuk duit. Mungkin anda tidak minat bisnis cordyceps tetapi nilai perniagaannya sangat besar dan ini yang aku sebutkan buat bisnis yang kita tidak minat tetapi boleh memberi pulangan beribu lipat kali ganda. Kepada yang berminat nak tahu jom kita mengopi atau PM di FB Denaihati.

Dan Kami naungi kamu dengan awan, dan Kami turunkan kepadamu “manna” dan “salwa”. Makanlah dari makanan yang baik-baik yang telah Kami berikan kepadamu. Dan tidaklah mereka menganiaya Kami, akan tetapi merekalah yang menganiaya diri mereka sendiri (Al-Baqarah: 57)


Spread the love

64 Comments

  1. Banyak juga khasiat yang tersembunyi di dalam Cordyceps ni ye. Nak berikhtiar dengan apa-apa pun boleh, asalkan selamat dan semulajadi. yang penting juga sentiasa niatkan yang sembuhkan kita adalah Allah, usaha kita hanyalah berikhtiar.

    Allah pun ada sebut, setiap penyakit pasti ada ubat, kecuali mati.
    Curahan rasa myliferia @ ..Kesalahan Senaman Yang Sering DilakukanMy Profile

    1. Biasalah yeop suasana Malaysia sekarang siapa sahaja yg tak sesuai dgn jiwa di bantai secukupnya sehingga terlupa bilalah agaknya masa nak memohon maaf dgn mereka. Dosa dengan ALLAH boleh mohon ampun dengan ALLAH tapi dosa dengan manusia tanggunglah sendiri.
      Curahan rasa denaihati @ ..Adakah orang Malaysia pengecutMy Profile

  2. Assalam.
    Apa kaitan surah al baqarah ayat 57 dgn cordyceps? Diharapkan tidak sewenang2nya menggunakan ayat2 ALLAH utk mempromosikan bisnes. Itu kalam ALLAH. Maaf zahir dan batin.
    Sama2 kita amalkan pemakanan sunnah. Makanan yg ALLAH sendiri sebut di dlm AlQuran – minyak zaitun(surah AnNur)

    1. Maaf tuan ni tiada kena mengena dengan bisnis tetapi nak bagi tahu bahawa kuasa ALLAH memberi makanan yg terbaik kepada manusia cuma manusia sahaja yg selalu lupa pada ALLAH.

      1. Tidak salah nak beramal dengan makanan sunnah dan tidak salah juga nak mengamalkan makanan tambahan yang lain.

        Walaupun makanan sunnah, yang terbaik adalah yang asli, berhati-hati juga dengan kandungan makanan sunnah yang diproses seperti menjadi jus kerana sesetengahnya mengandungi kadar gula yang tinggi.

        Bersederhana lebih baik, tidak kira dalam apa juga pilihan dan tindakan 🙂
        Curahan rasa myliferia @ ..Tips Kurus Ibu Menyusukan AnakMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!