Mahukah anda mengubah dunia dengan idea anda sempena hari raya ini ? Mahukah anda impian anda direalisasikan oleh KDK Malaysia ? KDK Malaysia akan menganjurkan satu kempen yang diberi nama ‘ KDK Charity Challenge ‘. Secara ringkasnya ianya satu cabaran yang memerlukan peserta untuk memberikan inspirasi idea tentang melakukan aktivti amal kebajikan yang bagaimana dan dengan badan kebajikan yang mana kepada KDK Malaysia.
Ada pelbagai cara untuk anda lakukan aktivti amal kebajikan di Malaysia ini. Antaranya anda mungkin boleh membantu mereka yang tiada rumah ( mereka yang terbuang ) ataupun membantu anak anak yatim. Boleh juga melakukan aktiviti amal kebajikan dengan pusat-pusat yang khusus ditubuhkan untuk pesakit-pesakit seperti pesakit kanser, ataupun membantu rumah-rumah orang tua.
Sehubungan dengan itu KDK Malaysia akan merealisasikan idea anda dan ada ganjaran berupa hadiah untuk usaha anda. Bukan itu sahaja, setiap ‘LIKE‘ semasa kempen ini sedang berlangsung RM 1 akan didermakan kepada badan amal kebajikan tersebut.
Konsep kempen ini adalah untuk mengumpul dana RM 25 000 untuk aktivti amal kebajikan sempena kedatangan Hari Raya nanti. Untuk merealisasikan impian tersebut, KDK Malaysia menjemput komuniti Facebook untuk mewar-warkan berita ini dan membantu KDK Malaysia untuk mendapatkan 25 000 ‘ LIKE ‘ yang baru di Halaman Facebook KDK Malaysia.
Bagaimana untuk sertai cabaran ini :
1. ‘ LIKE ‘ halaman Facebook KDK Malaysia. Kemudian pergi ke ‘ TAB ‘ Charity Challenge.
2. Klik ‘ GET STARTED ‘
2. Hantarkan idea anda ke KDK Malaysia dengan mengisikan butiran diri seperti gambar dibawah. Muat turun juga gambar rumah kebajikan / individu / pusat kebajikan, kemudian tuliskan idea anda seringkasnya tidak melebihi 300 karekter. Tekan ‘ SUBMIT ‘ jika sudah selesai.
3. Jika sudah selesai menghantar penyertaan anda, anda akan dapat lihat mesej seperti dibawah.
4. Jemput rakan anda untuk sertai cabaran ini dan raih undian dari mereka.
Hadiah ‘Charity Challenge’
1. Idea pemenang akan direalisasikan oleh pihak KDK Malaysia
2. Pemenang dan 2 rakan akan berpeluang untuk menyambut hari raya bersama penerima amal kebajikan yang dicalonkan.
3. Pemenang juga akan memenangi 3 kipas angin KDK yang bernilai RM1,320 jumlah keseluruhan.
Pemenang akan dipilih melalui kreativiti idea anda, undian dan juri pertandingan. Juri ( 40%), Undian (30%) dan Kreativiti Idea (30%). Boleh baca syarat pertandingan di Syarat -Syarat Penyertaan
Satu usaha yang murni dari pihak KDK Malaysia, dengan mengadakan kempen seperti ini secara tidak langsung ianya dapat membantu mereka yang dalam kesusahan dan kesempitan. Ini juga peluang untuk kita sama-sama membantu usaha murni ini dan dalam pada masa yang sama dapat menambahkan lagi pahala amal kita.
122 Comments
pertandingan yg terbaik dalam usaha utk membantu badan-badan kebajikan di Malaysia…
Curahan rasa asraff @ ..Pertandingan Fesyen Gaun Pengantin Guna Kertas Tandas
ya, kalau tak menang pun masih dapat menyumbang pada pusat kebajikan tersebut.
Curahan rasa Denaihati @ ..Ninetology U9Z1T Dengan Sokongan LTE Dilancarkan
Jom sama2 sumbangkan idea….
Curahan rasa eyriqazz @ ..Shopping ‘Raya Bagus’ Bersama Courts Malaysia
jom…jom , bro pun jomlah join sekali…heee
Curahan rasa Denaihati @ ..Piala Dunia 2014 lebih menarik dengan Astro B.yond baru
boleh inform adik ipar saya ni.. dia memang rezeki murah dengan masuk contest..terima kasih untuk info ni
Curahan rasa tutyrahiza @ ..Petua Susu Badan Banyak
cepat-cepat beritau, yang paling penting sumbangannya nanti.
Curahan rasa Denaihati @ ..Blogger makan coklat Cadbury
bagus ada program amal mcm ni…
Curahan rasa Manan Qayyim @ ..Pembantu Akauntan, Permulaan Kerjaya
memang sangat bagus, jom joint sekali bro….
Curahan rasa Denaihati @ ..Contest KDK Malaysia Charity Challenge
peluang untuk membantu orang yang membutuhkan pertolongan dan motivasi bukan belas kasih
Curahan rasa yandi @ ..Obat Herbal Darah Tinggi Xamthone Plus Jus Kulit Manggis
dengan meng like saja sudah ada sumbangan yang akan pda badan kebajikan yang dipilih.
Curahan rasa Denaihati @ ..Tarikh Nisfu Syaaban penting untuk umat Islam
Bila dekat Ramadan makin banyak program2 amal begini .. bagus sungguhla. Harap lebih banyak lagi syarikat besar akan turut serta .. dan libatkan blogger sebagai media penyampai .. hehhehe
Curahan rasa hasrul hassan @ ..Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa 1435H/2014M
bro joinlah sekali…heeee. usaha murni KDK semestinya kita sokong 1000%.
Curahan rasa Denaihati @ ..Jadual Piala Dunia FIFA 2014 Waktu Malaysia
Peluang untuk beramal dan mengeluarkan idea yang kreatif bagi membantu mereka yang memerlukan….
Curahan rasa Arman @ ..Menangi RM500 Cabutan Bertuah Setiap Hari
tanpa perlukan modal RM, modal idea yang baik saja.
Curahan rasa Denaihati @ ..Contest Piala Dunia 2014 USD100 ribu untuk anda
Menarik..boleh cuba masuk kot2 ada eezeki
Curahan rasa cikgu naman @ ..Floria Putrajaya 2014
silakan cikgu naman, keluarkan idea hebat cikgu….heee
Curahan rasa Denaihati @ ..SmartTAG baru sangat menyusahkan pengguna
Nih mesti boleh menang nih …
Curahan rasa hasrul hassan @ ..Jadual Kedudukan Mata FIFA 2014 Mengikut Kumpulan
Contest yang menarik..sekurang-kurangnya ada pihak yang akan berkongsi kegembiraan menyambut Syawal dengan mereka yang memerlukan..
Curahan rasa Nor Ariffin Hamzah @ ..Masihkah Ada Perpaduan Kaum di Malaysia
sedikit sebanyak bersama-sama meriahkan hari raya penghuni pusat kebajikan.
Curahan rasa Denaihati @ ..Keputusan penuh Piala Dunia FIFA 2014
Bersyukur apabila banyak syarikat-syarikat melaksanakan kempen charity seperti ini.. Moga memberi peluang kepada masyarakat untuk lebih banyak membuat amal kebajikan..
Curahan rasa Moms Avenue @ ..Ingin Hamil Tanpa Membazir??
mudahan banyak syarikat lagi buat kerja amal macam ni, bantuan sentiasa diperlukan.
Curahan rasa Denaihati @ ..Piala Dunia 2014 lebih menarik dengan Astro B.yond baru
menarik ramai orang untuk memberi sumbangan
Curahan rasa faizal @ ..Perginya Blogger Syuhada Baharudin
mudah, menarik, berpeluang dapat hadiah hebat serta sambut hari raya bersama pusat kebajikan.
Curahan rasa Denaihati @ ..Blogger makan coklat Cadbury
Contest yang menarik
Curahan rasa faizal @ ..Perginya Blogger Syuhada Baharudin
bantuan amat di perlukan semoga ikhlas membantu mereka
Curahan rasa suri @ ..Panduan Apabila Dapat Notis Bekalan Elektrik Terputus Waktu Pagi – Petang
bantuan dan sumbangan kita sentiasa diperlukan dan sangat bermakna.
Curahan rasa Denaihati @ ..Contest KDK Malaysia Charity Challenge
Jika kita tahu menilai dan menghargai serta syukur akan nikmat Allah berikan, in Sha Allah, tak akan teragak-agak untuk melakukan sesuatu atas kemampuan.
Curahan rasa hasrul hassan @ ..Jadual Kedudukan Mata FIFA 2014 Mengikut Kumpulan
semoga idea yang di berikan dapat membantu mereka yang memerlukan
Curahan rasa suri @ ..KECEMASAN !! Menjadi Sebuah Mimpi Yang Buruk
wah sudah ada contest rupanya,semoga berjaya ya
Curahan rasa suri @ ..Cara Kukuh Menjahit Butang Baju Empat Lubang
jomlah join, senang je syaratnya dan yang penting membantu bagi yang memerlukan.
Curahan rasa Denaihati @ ..Blogger makan coklat Cadbury
Comments are closed.