Mahukah anda mengubah dunia dengan idea anda sempena hari raya ini ? Mahukah anda impian anda direalisasikan oleh KDK Malaysia ? KDK Malaysia akan menganjurkan satu kempen yang diberi nama ‘ KDK Charity Challenge ‘. Secara ringkasnya ianya satu cabaran yang memerlukan peserta untuk memberikan inspirasi idea tentang melakukan aktivti amal kebajikan yang bagaimana dan dengan badan kebajikan yang mana kepada KDK Malaysia.
Ada pelbagai cara untuk anda lakukan aktivti amal kebajikan di Malaysia ini. Antaranya anda mungkin boleh membantu mereka yang tiada rumah ( mereka yang terbuang ) ataupun membantu anak anak yatim. Boleh juga melakukan aktiviti amal kebajikan dengan pusat-pusat yang khusus ditubuhkan untuk pesakit-pesakit seperti pesakit kanser, ataupun membantu rumah-rumah orang tua.
Sehubungan dengan itu KDK Malaysia akan merealisasikan idea anda dan ada ganjaran berupa hadiah untuk usaha anda. Bukan itu sahaja, setiap ‘LIKE‘ semasa kempen ini sedang berlangsung RM 1 akan didermakan kepada badan amal kebajikan tersebut.
Konsep kempen ini adalah untuk mengumpul dana RM 25 000 untuk aktivti amal kebajikan sempena kedatangan Hari Raya nanti. Untuk merealisasikan impian tersebut, KDK Malaysia menjemput komuniti Facebook untuk mewar-warkan berita ini dan membantu KDK Malaysia untuk mendapatkan 25 000 ‘ LIKE ‘ yang baru di Halaman Facebook KDK Malaysia.
Bagaimana untuk sertai cabaran ini :
1. ‘ LIKE ‘ halaman Facebook KDK Malaysia. Kemudian pergi ke ‘ TAB ‘ Charity Challenge.
2. Klik ‘ GET STARTED ‘
2. Hantarkan idea anda ke KDK Malaysia dengan mengisikan butiran diri seperti gambar dibawah. Muat turun juga gambar rumah kebajikan / individu / pusat kebajikan, kemudian tuliskan idea anda seringkasnya tidak melebihi 300 karekter. Tekan ‘ SUBMIT ‘ jika sudah selesai.
3. Jika sudah selesai menghantar penyertaan anda, anda akan dapat lihat mesej seperti dibawah.
4. Jemput rakan anda untuk sertai cabaran ini dan raih undian dari mereka.
Hadiah ‘Charity Challenge’
1. Idea pemenang akan direalisasikan oleh pihak KDK Malaysia
2. Pemenang dan 2 rakan akan berpeluang untuk menyambut hari raya bersama penerima amal kebajikan yang dicalonkan.
3. Pemenang juga akan memenangi 3 kipas angin KDK yang bernilai RM1,320 jumlah keseluruhan.
Pemenang akan dipilih melalui kreativiti idea anda, undian dan juri pertandingan. Juri ( 40%), Undian (30%) dan Kreativiti Idea (30%). Boleh baca syarat pertandingan di Syarat -Syarat Penyertaan
Satu usaha yang murni dari pihak KDK Malaysia, dengan mengadakan kempen seperti ini secara tidak langsung ianya dapat membantu mereka yang dalam kesusahan dan kesempitan. Ini juga peluang untuk kita sama-sama membantu usaha murni ini dan dalam pada masa yang sama dapat menambahkan lagi pahala amal kita.
122 Comments
Teringin nk join tapi bahasa agak caca merba. Hihi. InsyaAllah ada kelapangan ada idea akan cuba. Tapi, apa pun moh le klik like dulu. ^_^
Curahan rasa DYatie @ ..Persediaan Bulan Puasa Dengan Mighty 3 Gems
boleh ubah bahsa yang lebih sesuai tu….heee, tak susah lah..
Curahan rasa Denaihati @ ..Contest Piala Dunia 2014 USD100 ribu untuk anda
As Salam,Alhamdulillah dengan ada nya ruang seperti ini dapat membantu mereka yang memerlukan,semoga usaha ini berterusan dari masyarakat buat masyarakat.
Aaaminn, mudah-mudahan usaha ni berterusan dan ramai yang memerlukan dapat manfaatnya.
Curahan rasa Denaihati @ ..SmartTAG baru sangat menyusahkan pengguna
kalau ada kesempatan boleh cuba juga nie..
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Review Buku Panduan Smart Puasa
InsyaAllah ada banyak masa lagi untuk fikir dan mengarang ayat-ayat power..
Curahan rasa Denaihati @ ..Keputusan penuh Piala Dunia FIFA 2014
menarik, blh la tengok2 dulu apa yang patut.
Curahan rasa Akmal Zaidi @ ..Program Dropship di Malaysia
ambik lah masa untuk baca syarat, cari badan kebajikan yang sesuai dan cari idea untuk mengarang.
Curahan rasa Denaihati @ ..Piala Dunia 2014 lebih menarik dengan Astro B.yond baru
jangan tungu lama-lama..nanti tak kesampaian!
Salam. Salah satu usaha yang baik dalam membentuk masyarakat yang prihatin dan penyayang serta berpeluang untuk mendapat ganjaran pahala akhirat dan ganjaran dunia. Jom, sertai…
Curahan rasa Ummi naimie @ ..Penyakit: Perlu diubati atau tidak ?
setiap like sangat bermakna bagi badan amal yang dicalonkan.
Curahan rasa Denaihati @ ..Blogger makan coklat Cadbury
Bagus contest ni, kena cari idea yang menarik ni.
Curahan rasa brohantu @ ..Reel Pancing Daiwa Saltiga Expedition 2014
sambil memancing boleh dapat banyak idea kot….tenang.
Curahan rasa Denaihati @ ..Status Halal Coklat Pepero
okeh.
gua pergi usha jap apa yang patut.
Curahan rasa titan @ ..Bucket List Encik Titan.
lu cepat-cepat terjah sana lah, kena baca syarat-syaratnya dulu… mudah je syaratnya…
Curahan rasa Denaihati @ ..Selesai bayar hutang kereta sembilan tahun
Tentunya kontes ini akan banyak diikuti oleh sahabat-sahabat blogger Malaysia…
Sukses dan semoga berjaya kepada rekan-rekan yang akan mengikuti kontes ini
Curahan rasa Ferry @ ..Info Lowongan CPNS Kemendikbud 2014
kalau syarat membenarkan saudara diseberang amat baik sekali bang Ferry, lebih ramai dapat sertai.
Curahan rasa Denaihati @ ..Tarikh Nisfu Syaaban penting untuk umat Islam
Semoga usaha KDK Malaysia untuk mendapatkan 2000 like berjaya… 😉
Curahan rasa Anuar @ ..Mendapatkan Lebih Banyak Stok Cadar Patchwork Cotton untuk memenuhi permintaan potential customer
25 000 tu bro, mudahan berjaya capai, InsyaAllah. Jom join sekali lah…
Curahan rasa Denaihati @ ..Jadual Piala Dunia FIFA 2014 Waktu Malaysia
wah. Bagus ni. Dah ada idea nanti boleh lah join 🙂
Curahan rasa sya isya @ ..MINI KURUNG (BAJU KURUNG MALAYSIA) FESYEN TERKINI RAYA 2014
boleh cari idea yang hebat-hebat ada banyak masa lagi…
Curahan rasa Denaihati @ ..Contest Piala Dunia 2014 USD100 ribu untuk anda
bagus betul dalam masa yang sama dapat membantu mereka yang kurang berkrmampuan dan tak susah mana pun contest nieh … jadi saya akan turut serta juga
Curahan rasa namiacinta @ ..” Dia ” Juga Makhluk Tuhan
terima kasih, jangan lupa ajak keluarga dan kawan-kawan sekali…heee
Curahan rasa Denaihati @ ..SmartTAG baru sangat menyusahkan pengguna
Yang penting niat kita dah baik., nak beramal pun dah dapat pahala..
Curahan rasa zik @ ..Keputusan terkini Spain vs Chile 19 june 2014
ya, niat kena betul, ikhlas dan itu tuhan saja yang tahu…
Curahan rasa Denaihati @ ..Keputusan penuh Piala Dunia FIFA 2014
Ikutan kontes sekaligus beramal guna membantu saudara-saudara kita yang kesusahan. Sebuah kontes yang patut disertai.
Curahan rasa Kang Dadan @ ..Simulasi CAT CPNS 2014
betul kang, kita tak keluakan duit pun, setiap ‘LIKE‘ semasa kempen ini sedang berlangsung RM 1 akan didermakan kepada badan amal kebajikan tersebut, mudah je.
Curahan rasa Denaihati @ ..Piala Dunia 2014 lebih menarik dengan Astro B.yond baru
Pastikan kita sebagai peserta Niat nak beramal kebajikan terlebih dahulu..bukan nak menang kontest semata-mata..jika menang anggap jelah ianya suatu bonus.. Jom perah idea! 😉
Curahan rasa UpProfits @ ..Demam Piala Dunia 2014 bermula Brazil dan Sepanyol pilihan Juara
tak dapat bonus dunia, kalau dapat bonus akhirat lagi terbaik….
Curahan rasa Denaihati @ ..Blogger makan coklat Cadbury
contest sambil membantu sambil menang..=)
bagus juga contest ni, dapat pupuk individu membuat amal kebajikan…
Curahan rasa melastikbintang @ ..Muat Turun Aplikasi Senaman Sewaktu Hamil
Comments are closed.