Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, BPL musim ini kalau guna bahasa Indonesia adalah yang paling SERU samada di papan atas mahu pun di papan bawah. Semua 20 pasukan masih bersaing hebat samada untuk jadi juara BPL, layak Champions League, layak Europe League juga mengelakkan tersingkir dari BPL musim depan.
[box type=”shadow”]Keputusan Champions League 2013/14 Pusingan Suku Akhir
Barcelona vs Atletico Madrid 0 – 2
Real Madrid vs Borussia Dortmund 4 – 3
Paris Saint-Germain vs Chelsea 3 – 3
Manchester United vs Bayern Munich 2 – 4 [/box]
Arsenal kurang bernasib baik apabila tersingkir dari Champions League musim ini akibat daripada lakun layar Arjen Robben yang berlagak cedera apabila bertembung dengan penjaga gol Arsenal di pusingan pertama di Emirates sehingga Szczesny dilayangkan kad merah. Kalau sebelas lawan sebelas belum tentu nasib Bayern Munich tapi itulah dinamakan takdir bola sepak. Nampak gayanya Arsenal yang dah layak untuk Champions League musim depan kena usaha lebih lagi untuk jadi juara dan kalau boleh kena beli beberapa pemain lima bintang untuk mencapai matlamat tersebut.
[box type=”shadow”]
Keputusan Semi Final FA Cup 2013/14
Wigan Athletic vs Arsenal : 1 – 1 (penalti 1 – 4)
Hull City vs Sheffield United : 4 – 2 [/box]
Kesedihan Arsenal terubat sedikit apabila layak ke separuh akhir FA Cup yang akan menentang Wigan juara musim lepas. Tiada big four yang layak masuk separuh akhir FA Cup menjadikan Arsenal sebagai favourite untuk menjadi juara tapi bukan semudah itu sebab sebelum ini Arsenal pernah kecundang di final Carling Cup kepada Brimingham City.
Video Arjen Roben berlakun cedera
Pelawanan Chelsea vs Arsenal di Stamford Bridge sangat penting kepada kedua-dua pasukan kerana keputusan ini boleh menentukan pasukan mana juara BPL musim ini. Kalau seri maka senyumlah penyokong Liverpool dan Manchester United …. eehhh silap Manchester City. Arsenal mesti menang perlawanan menentang Chelsea untuk lebih cerah menjadi juara BPL musim ini dan menutup mulut Jose Morinho yang telah melabelkan Arsene Wenger sebagai “Master of Failure”. Sila klik SINI untuk melihat keputusan perlawanan Arsenal sebelum ini.
[box type=”shadow”]
Keputusan Perlawanan Arsenal 22/3 – 29/3/2014
Keputusan Chelsea vs Arsenal : 6 – 0
Keputusan Arsenal vs Swansea : 2 – 2
Keputusan Arsenal vs Manchester City : 1 – 1 [/box]
Memang sangat SERU persaingan BPL musim ini terutama baki lapan perlawanan kerana nasib setiap pasukan bukan sahaja bergantung pada kehebatan menewaskan pasukan lawan tetapi bergantung kepada keputusan pasukan lawan. Selain tak sabar nak tengok siapa yang bakal jadi juara BPL samada Arsenal, Chelsea, Liverpool atau Manchester City peminat bola sepak Malaysia juga menunggu adakah Cardiff City mampu kekal di pesada BPL musim depan. Persaingan kedudukan di bawah sangat sengit antara enam pasukan untuk kekal di BPL musim depan siapa yang silap pasti akan tersingkir.
Live Chelsea vs Arsenal @ Twitter
38 Comments
Arsenal nanpak kembali yakin dalam saingan liga 2014/15 ini. Semoga apa yg telah terjadi pada musim 2013/14 ini dijadikan pengajaran. Skuad Arsenal sebenarnya sudah cukup mantap tapi masih gagal bila berdepan pasukan gergasi! Apa lagi yang kurang sebenarnya?
Curahan rasa Relaks Minda @ ..Cara Mudah Memahami Maksud Bounce rate
musim 2014/15 bakal membuka tirai. musim baru, harap juara baru.
Curahan rasa nikkhazami @ ..Jadual Piala Malaysia Pasukan Kelantan 2014
Keputusan kekalahan arsenal boleh diterima oleh peminat dengan corak permainan yang ditunjukkan..tetapi kekalahan besar 6-0 mungkin tidak boleh diterima kerana ianya merupakan kekalahan yang paling bersejarah diantara arsenal dan chelsea. Kini ramai yang telah berkira-kira untuk meminta pengurus arsenal untuk meletakkan jawatan dan pengurus baru menggantikannya..mungkin corak permainan pengurus arsenal sekarang ini telah diketahui orang ramai..strategi dan taktikal baru diperlukan untuk meningkatkan lagi pasukan arsenal ini. Pembelian pemain juga perlu diperbanyakkan untuk meningkatkan mutu permainan..
Curahan rasa Mohd yazed @ ..Terjawab sudah semua persoalan #MH370
macam tak percaya je keputusan ini. Tapi biasalah. adat permainan.. ada menang ada kalah..
Curahan rasa Tengku Syukri @ ..Malam Cinta Allah & Rasul Bergema Di Putrajaya
Memang tak percaya kalau 11 lawan 11 tapi bila refree salah bagi kad merh pasti menganggu emosi pemain tapi apa pun kekalahan satu perlawanan belum menentukan keputusan keseluruhan walaupun peluang Arsenal semakin sempit.
Curahan rasa denaihati @ ..Semak keputusan SPM 2013 tak perlu pergi sekolah
Dah lama Arsenal tak pegang piala..badi lama sentiasa berulang…awal season gempak..dan bila dah nak hujung2…masalah injury lah..itu ini lah..adoyai…yg penting Man United sayur tahun ni..haha..sayur sayur sayur…jgn mara aaa…
Curahan rasa Zufar @ ..Telur Penyu di Restoran Mat Binjai
Memang sudah lama Arsenal tak pegang piala terutama piala BPL tapi ramai tak perasan yang Liverpool dah 24 tahun tak pegang piala BPL tapi apa nak buat semua fokus pada Arsenal.
It is now between Manchester City or Liverpool. It will be a stiff fight until the last game!
Wilson
Curahan rasa Wilson Ng @ ..WD My Passport Slim Best for Travelling
Next game Liverpool have to face Chelsea, Manchester City and Totenham so I think Manchester City will be the champion this season.
Curahan rasa denaihati @ ..Doa Untuk MH370
Arsene Wenger ni dah berapa tahun dah mainkan hati dan perasan aku sebagai peminat. Tiap-tiap season dah rasa macam nak menang cup, alih-alih kecundang jua akhirnya. Harap kemarau piala Arsenal dapat ditamatkan tahun ini.
Curahan rasa Anak Askar Pencen @ ..Televisyen dan Pengaruh Konsumerisme
memang sakit jiwa kita sebagai penyokong arsenal ni kan
Curahan rasa zool @ ..Beza blogger lelaki dan blogger wanita
Jadi blogger sokong Arsenal bila kalah ni yg seronok menulis kalau menang je nak tulis pun tak ada idea.
Curahan rasa denaihati @ ..Kesilapan ketika solat Jumaat
tahniah kepada pasukan Chelsia, 6-0 tu dah cukup banyak untuk sesebuah pasukan
Curahan rasa wazy @ ..Microsoft Windows-XP Bakal Berakhir ?
Nampaknya arsenal tak konsisten permainannya
Curahan rasa hafiz @ ..Membeli jersi pasukan JDT
Memang jelas sangat Arsenal tak konsisten
Curahan rasa denaihati @ ..Tips jumpa bakal madu
wa…hebatnya…. MC mmg hebat. Ulasan tuan nipun buat yang tak minat macam saya jadi berminat nak tahu selanjutnya
Curahan rasa ieta mat sa’ad @ ..CUTI SEKOLAH KEMBALI LAGI….
He..he..he..Osah tak boleh tidur lena Arsene Wenger malam ni.Apa lagi player mahukan?
Curahan rasa Mohd Azrin Abu Bakar @ ..El Classico Real Madrid Vs Barcelona
Comments are closed.