Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, pada pertengahan 2012 tabloid Charlie Hebdo telah menerbitkan karikator bogel Nabi Muhammad yang telah mendapat tentangan seluruh umat Islam dunia. Berbagai peringatan telah diberi kepada ketua editor Charlie Hebdo dan kepimpinan Perancis tetapi atas prinsip “kebebasan bersuara” tiada tindakan telah dilakukan sehingga berlaku tragedi serangan pejabat Charlie Hebdo.
12 orang termasuk ketua editor dan kertunis telah terkorban apabila pejabat Charlie Hebdo diserang oleh Cherif Kouachi dan abangnya Said Kouachi. Tragedi ini telah membunuh total 17 orang apabila polis Paris bertindak balas termasuk Cherif dan Said Kouachi. Serangan ini tidak akan berlaku sekiranya majalah tabloid tidak memprovokasi Islam dengan melukis kartun Rasulullah.
Dunia sengaja melupakan sebab utama mengapa serangan berlaku dengan mengutuk penyerang Islam sebagai extrimis dan mengangkat Charlie Hebdo sebagai hero dunia. Maka berlakulah perhimpunan solidariti Perancis yang menghimpunkan lebih satu juta manusia dengan dihadiri oleh berbagai Ketua Negara tanda sokongan kepada Charlie Hebdo termasuk Perdana Menteri Israel, Netanyahu. Mereka sengaja lupa bahawa Netanyahu telah membunuh dengan kejam lebih ramai Rakyat Palestine. Mereka semua bersatu menentang Islam atas tiket demokrasi sementara Islam terus berpecah dan dipecahkan.
Dengan sokongan dunia Charlie Hebdo telah menerbitkan tabloid baru dengan karikator Rasulullah bersedih menghiasai muka depan. Satu tindakan provokasi yang memang disengajakan dilakukan dengan harapan Islam akan bertindak balas. Tapi kali ini aku sangat berharap perjuang Islam tidak masuk perangkap dengan menyerang balas kerana itulah yang diharapkan oleh musuh-mush Islam.
[box type=”shadow”]Sponsor Ads
Rahsia Yakjuj Makjuj sudah terbongkar! Klik Sini
Rahsia magnet rezeki bukan lagi rahsia! Klik Sini
Sedekah pembuka pintu rezeki. Ramai yang masih tidak tahu rahsianya! Klik Sini[/box]
Musuh Islam terlalu takut dengan perkembangan Islam yang sangat pesat sehingga ada statistik mengatakan dalam tempoh 30 tahun Perancis akan menjadi negara Islam. Bukan sahaja Perancis malah seluruh dunia pertambahan penganut Islam bertambah dengan banyak sekali.
Sebagai umat Islam mari kita terus berdoa dan tunjukkan akhlak yang baik kerana tidak mustahil kartunis Charlie Hebdo ini akan menjadi seperti Greet Wilders penghina Islam tegar yang kini sudah mendapat hidayah mengucap dua kalimah syahadah. Biarkan Charlie Hebdo melukis lagi dan lagi kartun Nabi Muhammad sehingga akhirnya hidayah masuk di dalam hati mereka kerana mereka jahil bahawa Rasulullah adalah pembawa rahmat keseluruh alam.
111 Comments
mereka kaum kafir telah sukses moncoreng nama islam di mata dunia.kalau di teliti biodata penyerang tabloid tersabut saya ragu tentang keislaman mereka.
Curahan rasa serumajaib @ ..CARA HILANGKAN PERUT BUNCIT
harap akan didedahkan dalang sebenar walaupun kemungkinannya tipis sekali utk kita tahu.
Curahan rasa Denaihati @ ..Blogger Dr. Fatin Liyana dah bertunang rupanya
sungguh sedih dengan sikao mereka yang suka membuat provokasi..soal agama amat sensitif sekali..
Curahan rasa Hanafi Abdullah @ ..Panduan Untuk Kaya Yang Diberkati
Tugas kita bila SAW dihina bukanlah marah. Apa yang patut kita buat adalah memberi penerangan…siapa itu Rasulullah. Dan tugas kita yang utama adalah mengikut sunahnya.
Curahan rasa ahmdyani @ ..Bagaimana Menjadikan Blog Sebagai Mesin Duit
saya setuju, insyAllah ada caranya nanti utk kita fahamkan mereka-mereka ini tentang kesucian ajaran Islam
Curahan rasa Zehn Ali @ ..MAKANAN POPULAR PELAJAR IPTA
Perasaan marah mesti ada juga cuma tindakan apa yg kita mampu dan boleh buat supaya Allah beri hidayah pd mereka.
Curahan rasa Denaihati @ ..Blogger Dr. Fatin Liyana dah bertunang rupanya
sy sgt setuju, kita perlu lebih agresif menerangkan kepada mereka
Curahan rasa Vimax Malaysia Original @ ..Vimax 3D Izon Hologram
mungkin itu juga yg mereka mahukan; supaya umat Islam marah n buat tindakan bodoh seperti yg dah terjadi tempoh hari.makin bertambah hebatlah Islamophobia..
Curahan rasa Oja Samid @ ..Pengalaman dan Tips Melancong Bersama Anak Kecil
Orang Barat sejak dari dulu memang tidak suka akan orang Islam. Mereka berbaik dengan orang Islam kerana ada kepentingan!
Curahan rasa MNH @ ..KENALI 12 BLOGGER PALING PERAMAH DI MALAYSIA
Semoga segera dapat hidayah dan dibukakan matanya yang gelap gulita agar menjadi lebih baik lagi kedepannya.
Curahan rasa Blomm @ ..Taman Wisata Matahari Di Puncak Bogor
InsyaAllah.. amin.. semoga mereka semua diberikan hidayah dan diberikan kefahaman islam yang sebenarnya..
Curahan rasa Zehn Ali @ ..MAKANAN POPULAR PELAJAR IPTA
Bukan mereka tak serik tapi itulah perangai musuh Islam akan sentiasa terbuka hatinya untuk menghina dan memusuhi Islam sepanjang masa.
Curahan rasa Sal @ ..5 Ikrar Mulia Pembuka Solat
Itulah kelebihan yg ada pada agama Islam, ramai jiga paderi Kristian yg masuk Islam. Ini kerana dia memahami Islam melalui Al-Quran.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Malaysia Best Blog 2015
memang tak serik dan memang sengaja nak cari pasal..duk provoke orang Islam…sengaja nak buat orang islam marah…tapi ini pendapat aku..mungkin ramai yang akan marah aku..tapi ini realiti yang terpaksa aku luahkan..kita sebagai orang Islam zaman sekarang terlalu emosi…tidakkah kita baca kisah-kisah nabi..dalam baginda menyampaikan dakwah sering dihina malah di baling batu..tapi baginda banyakkan bersabar…cara kita nak tunjuk bahawa kita kuat bukanlah dengan buat serangan keatas pejabat akbar ini..ini akan memburukkan lagi keadaan…kepercayaan terhadap islam akan terhakis dengan perspektif terroris..aku tak pandai tapi cubalah tanya ustaz-ustaz adakah ini tindakan yang betul?
Curahan rasa blogger lelaki @ ..Jepun Sebagai Destinasi Pelancongan Utama
Ya, Rasulullah adalah contoh terbaik dan mesti kita contohi. Kalau kita baca sejarah baginda berdakwah dgn kesabaran yg sangat luarbiasa.
Curahan rasa Denaihati @ ..Jadual dan Keputusan English FA Cup 2014/15
aku berharap sangat agar orang islam tidak bertindak diluar batasan lagi…kita semua patut jadi duta menyebarkan agama yang penuh kedamaian ini kepada umat manusia lain
Curahan rasa blogger lelaki @ ..Malaysia Best Blog 2015
Yup, sepatutnya kita kena kawal emosi.. lebih baik untuk impression orang bukan Islam.. tapi aku faham perasaan orang yang betul dekat dengan lokosi provoke2 ni.. diorang dah tak tahan sangat tu..
Curahan rasa Zehn Ali @ ..MAKANAN POPULAR PELAJAR IPTA
macam macam cara mereka lalukan utk menghina rasulullah. kalaulah mereka tahu keperibadian nabi sebenarnya..
Curahan rasa nikkhazami @ ..Percutian Menarik di Hatyai – Part 1
memang telah termaktub yang mereka akan menghina nabi kita… kena bersedia..
Curahan rasa zool @ ..Kes Gary Steven Robbat : Mengapa masih berlaku ?
mungkin mereka ni saja je nak provok islam. tahu orang islam akan marah. jadi senang la nak tuduh islam ni pengganas
Curahan rasa nikkhazami @ ..Percutian Menarik di Hatyai – Part 1
sememangnya bro itulah tujuan mereka…menyimbah api kemarahan..agar umat Islam bertindak diluar batasan
Curahan rasa blogger lelaki @ ..Malaysia Best Blog 2015
Parah tuh, serba salah jadinya kalau ada media seperti itu. ditanggepin salah, gak ditanggepi jg salah
Akan banyak cara yang dilakukan mereka untuk menghancurkan Islam karena mereka tidak ridho kepada umat Islam hingga umat Islam mau mengikuti agama mereka…
Curahan rasa Dawaihati @ ..Tips Sukses Menjual Barang Bekas di Internet
Mudahan kita Allah lindungi kita semua dari ancaman ini kang, ancaman yg akan berterusan.
Curahan rasa Denaihati @ ..Fenomena artis K-Pop perangkap remaja Islam
Memang tak serik lagi dia tu,orang malaysia pun ada..tapi melalui facebook..iaitu mak cik hajjah tu..geram betul..rasanya perempuan tu saiko kot
Curahan rasa ishak @ ..Malaysia Best Blog 2015
tak serik2 lagi diorang ni..kan kena serang lagi, menggelabah satu dunia..
Curahan rasa JMR @ ..Pertama kali jejak kaki di Malaysia.
Comments are closed.