Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, pada pertengahan 2012 tabloid Charlie Hebdo telah menerbitkan karikator bogel Nabi Muhammad yang telah mendapat tentangan seluruh umat Islam dunia. Berbagai peringatan telah diberi kepada ketua editor Charlie Hebdo dan kepimpinan Perancis tetapi atas prinsip “kebebasan bersuara” tiada tindakan telah dilakukan sehingga berlaku tragedi serangan pejabat Charlie Hebdo.
12 orang termasuk ketua editor dan kertunis telah terkorban apabila pejabat Charlie Hebdo diserang oleh Cherif Kouachi dan abangnya Said Kouachi. Tragedi ini telah membunuh total 17 orang apabila polis Paris bertindak balas termasuk Cherif dan Said Kouachi. Serangan ini tidak akan berlaku sekiranya majalah tabloid tidak memprovokasi Islam dengan melukis kartun Rasulullah.
Dunia sengaja melupakan sebab utama mengapa serangan berlaku dengan mengutuk penyerang Islam sebagai extrimis dan mengangkat Charlie Hebdo sebagai hero dunia. Maka berlakulah perhimpunan solidariti Perancis yang menghimpunkan lebih satu juta manusia dengan dihadiri oleh berbagai Ketua Negara tanda sokongan kepada Charlie Hebdo termasuk Perdana Menteri Israel, Netanyahu. Mereka sengaja lupa bahawa Netanyahu telah membunuh dengan kejam lebih ramai Rakyat Palestine. Mereka semua bersatu menentang Islam atas tiket demokrasi sementara Islam terus berpecah dan dipecahkan.
Dengan sokongan dunia Charlie Hebdo telah menerbitkan tabloid baru dengan karikator Rasulullah bersedih menghiasai muka depan. Satu tindakan provokasi yang memang disengajakan dilakukan dengan harapan Islam akan bertindak balas. Tapi kali ini aku sangat berharap perjuang Islam tidak masuk perangkap dengan menyerang balas kerana itulah yang diharapkan oleh musuh-mush Islam.
[box type=”shadow”]Sponsor Ads
Rahsia Yakjuj Makjuj sudah terbongkar! Klik Sini
Rahsia magnet rezeki bukan lagi rahsia! Klik Sini
Sedekah pembuka pintu rezeki. Ramai yang masih tidak tahu rahsianya! Klik Sini[/box]
Musuh Islam terlalu takut dengan perkembangan Islam yang sangat pesat sehingga ada statistik mengatakan dalam tempoh 30 tahun Perancis akan menjadi negara Islam. Bukan sahaja Perancis malah seluruh dunia pertambahan penganut Islam bertambah dengan banyak sekali.
Sebagai umat Islam mari kita terus berdoa dan tunjukkan akhlak yang baik kerana tidak mustahil kartunis Charlie Hebdo ini akan menjadi seperti Greet Wilders penghina Islam tegar yang kini sudah mendapat hidayah mengucap dua kalimah syahadah. Biarkan Charlie Hebdo melukis lagi dan lagi kartun Nabi Muhammad sehingga akhirnya hidayah masuk di dalam hati mereka kerana mereka jahil bahawa Rasulullah adalah pembawa rahmat keseluruh alam.
111 Comments
Yakin dengan Allah, Islam akan kembali berkuasa di muka bumi ini dengan izin Allah. 🙂
Curahan rasa Helmi Aliarit @ ..Gunakan Tanpa Was-was Halal JAKIM Dan Badan Islam Yang Diiktiraf. #7 Ramai Orang Islam Tidak Tahu.
Sudah menjadi ketentuan Allah bahwa mereka tidak akan pernah ridha sampai kita mengikuti kepercayaan mereka
Curahan rasa islam di dadaku @ ..Awas Jangan Datangi Pelayan Setan
Rasulullah s.a.w nak sebarkan Islam dulu pun sangat banyak cabaran dan hinaan kpa Baginda. Mungkin ini hanya salah satu cabaran kecil utk umat Islam di zaman skrg ni
Curahan rasa Mama Olin @ ..Senaman menghilangkan LEMAK PERUT selepas BERSALIN
Sentuh lagi isu2 yang sensitif..kan dah dapat..
Kita yg beragama ISLAM sendiri yang menjatuhkan ISLAM..
Nak salahkan agama lain lak…Tak perlu pergi jauh2 sekadar MALAYSIA dah cukup untuk contoh yang mengaku ISLAm yang Ic adalah ISLAM tetapi Iman dan ISlam meresap dalam badan dan jiwa tak??Tepuk dada tanya sama itu IMAN
Curahan rasa AlongMisuari @ ..AJL29 Dan Deman Selsema Pasca Banjir Kelantan
Sedihnya perkara begini masih terjadi. Moga mereka mendapat hidayah. Sama-sama kita doakan~
Curahan rasa ila Fyra @ ..5 Tips Mudah Untuk Anak Bersunat dan Penjagaan Bersunat
Kita semua perlu bersatu. Tunjukkan kebaikan Islam sebenar. Semoga mereka diberikan hidayah oleh Allah
betul sangat penutup kepada artikel ini..semoga di penghujung nanti hidayah akan sampai kepada Charlie Hebdo. Tiada siapa pun mampu meramal masa hadapan..
Curahan rasa maria @ ..Cara Besarkan Dan Matangkan Telur (Ovum) Wanita Supaya Peluang Hamil Meningkat
yang mampu kita buat berdoa supaya dimakbulkan Allah…semuanya tak mustahil….
Curahan rasa Denaihati @ ..1 Komen untuk RM1 kepada mangsa banjir
sungguh kurang ajar…
mereka buay brgitu kerana cemburu dgn rasulullah dan Islam…
Curahan rasa Ummi Hanie @ ..Travelog Haji 1435H: Madinah (Bahagian 1)
saje cucuh api kat minyak petrol diorang ni…
mereka akan terus menerus menghina Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW. Kita balas dengan budi pekerti sebagaimana Rasulullah dihina di bumi Thaif.
Curahan rasa hafizmd @ ..Jom Aktifkan Mykad. Kenapa Nak Aktifkan MyKad?
inilah bukti bahawa golongan kafir sekarang terasa dengan kebangkitan umat Islam dan mereka sengaja mencipta drama supaya umat Islam bertindak balas. Licik permainan mereka dengan hanya “menghighlight” Islam sebagai punca padahal mereka yang memulakannya..
Curahan rasa En. Zam @ ..Pillow case macam ni la mama kena beli
Setuju. Mereka adalah golongan yg jelas cemburu. Semakin ramai yg memeluk Islam terutama di bumi Eropah
Curahan rasa hafizmd @ ..Jom Aktifkan Mykad. Kenapa Nak Aktifkan MyKad?
Hanya nampak salah orang islam..
Salah sendiri macam tak ada pulak perdana menteri Israel tue…
Curahan rasa fazrol @ ..Peneman setia aku!
add fuel to the flames sangatttt..ya Allah moga kita diberikan kesabaran dengan ujian ini…setiap apa yang berlaku Allah tak jadikan dengan sia-sia..ada hikmahnya, ada hikmahnya!
Curahan rasa faezahjalil @ ..Vita-Lea For Children terbaru dari Shaklee, terbaik untuk si manja kita!
Ya…Itulah sebaiknya. Doakan semoga mereka beroleh hidayah dari Allah SWT. Semakin mereka memerangi Islam, semakin dekat Islam dihati orang ramai…
Curahan rasa BM @ ..Syukur Di Pagi Ahad – Terima Kasih Akma Omar
Alloh SWT yang akan menjaga agamanya apapun yang mereka perbuat agama dan Risalah islam akan tetap jaya
Curahan rasa islam di dadaku @ ..Kupas Tuntas kesurupan
beneran miris gan pemberitaan charlie hebdo. ngelus dada deh. jadi penasaran apa ada pihak tertentu yang mendukung pergerakan kayak gini
Comments are closed.