Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, terbaca banyak status di Facebook mana boleh duduk diam dapat duit. Ramai yang komem sebab keluar kes Penaung Kelab Kebajikan Dan Sosial Tun Teja Malaysia dihadapkan ke makamah kerana memperdaya 101 pelabur bernilai 4 juta. Ramai yang kata mana boleh duduk diam boleh dapat duit. Tak salah komen tersebut kerana majoriti manusia memang berfikiran begiti dan hanya minoriti sahaja yang berfikirana sebaliknya.
Kebetulan baru-baru ini dalam pertemuan komuniti bisnis asean jemaah Denaihati kami ada membincangkan hal ni. Jadi jom kita main kira-kira.
- Katalah kita melabur duit RM1 juta di Tabung Haji. Aku memilih Tabung Haji kerana simpanan di Tabung haji tak ada had tidak seperti ASB maksima pelaburan hanya RM200 ribu.
- Katakan Tabung Haji bayar dividen 7% setahun. Purata 7% diambil mengambil kita purata dividen Tabung haji dari tahun 1994 – 2014.
- Jumlah dividen yang diterima setahun adalah RM1 juta x 7% = RM70,000
- Jumlah dividen RM70,000 di bahagi dengan 12 bulan makna purata sebulan adalah RM5,8333.
- Kita akan mendapat pendapatan purata RM5,8333 setiap bulan selama mana pelaburan RM1 juta tidak dikeluarkan daripada Tabung haji. Jumlah ini akan berubah dengan berubahnya dividen Tabung Haji setiap tahun.
Ini yg dikatakan duduk diam dapat duit atau kalau komuniti investment sebut duit bekerja untuk mereka bukan kita bekerja siang malam sampai pencen mencari duit seperti majoriti manusia lain lakukan. Kelihatan sangat mustahil tetapi kalau kawan pembaca ada kawan di HQ Tabung Haji tanyakan berapa ramai yang sedang menikmati duit bekerja untuk mereka untuk sekian tahunnya. Bukan sekadar RM5,833 sebulan malahan ada yang mendapat sehingga puluhan ribu sebulan kerana mereka melabur lebih banyak.
- Pelaburan RM2 juta pendapatan bulanan purata RM11,666
- Pelaburan RM3 juta pendapatan bulanan purata RM17,500
- Pelaburan RM4 juta pendapatan bulanan purata RM23,333
Soalnya boleh tak kita mengumpul RM1 juta untuk dilaburkan dalam Tabung Haji. Bagi orang biasa memang mustahil. Bagi orang yang luar biasa mereka cari jalan dan bila sudah jumpa mereka akan bekerja sungguh-sungguh tiga empat tahun untuk kumpul RM1 juta kemudian boleh fokus tahun selebihnya hidup mendidik keluarga, mengembara dan buat kerja kebajikan di seluruh dunia. Aku sudah berjumpa dengan ramai sahabat-sahabat yang mempunyai kebebasan kewangan dan kebebasan masa apabila duit bekerja untuk mereka.
Tulisan ini hanya memberi satu contoh bagaimana duit boleh berkerja untuk kita iaitu pelaburan di Tabung Haji. Pelabur juga boleh melabur di hartanah, saham-saham amanah yang lain, pelaburan emas, pelaburan BSKL dan pelaburan pada bisnis tertentu. Paling penting setiap sumber mesti halal dan digunakan pada tempat yang halal kerana semuanya kelak bakal ditanya ALLAL di negeri akhirat.
Kepada yang kreatif nak mengumpul RM1 juta pertama, ada yang belajar cara buat duit secara online, nak tahu cara download je buku Sifu Online Irfan Khairi. Ada yang berniaga di Facebook kepada yang belum pernah buat boleh download buku cara mudah berniaga di Facebook. Jangan sayang nak keluar sedikit modal untuk belajar kerana bagi yang tak percaya diri akan terus bekerja seperti biasa sampai bersara dan sambung bekerja lain selepas bersara. Kepada yang suka bisnis networking global boleh bersama Jemaah Bisnis Denaihati. Nak berjaya mesti bekerja dalam jemaah jangan sedirian memang sukar untuk mencapai misi RM1 juta, tak kisahlah apa pilihan anda yang penting BERTINDAK.
Ada yg sudah berjaya melakukan, sebahagian kecil sedang berusaha mencapai impian simpanan RM1 juta dan majoriti tak pernah mimpi. Anda yang mana??
469 Comments
Plan pelaburan yang betul dapat menentukan usia persaraan yang kita mahu.Jika tidak, kita cuma mengikut apa yang ditetapkan oleh kerajaan atau majikan kita.
Ya, sebab itulah mereka yang menetapkan duit KWSP dapat dikeluarkan mengikut kehendak kita sepenuhnya bermula pada usia 50 tahun.Mereka yang sudah merancang pelaburan dengan baik barangkali dapat bersara 10 tahun lebih awal
Curahan rasa Supernifz @ ..Kelebihan Menderma Darah….Yang Akan Mengejutkan Anda
Perkara ini bukanlah sesuatu yang mustahil. Apakah kita mahu meredah trafik seawal pagi dan lewat petang pula masih perlu meredah trafik sekali kali sehingga usia kita 60 tahun?
Curahan rasa Supernifz @ ..Kelebihan Menderma Darah….Yang Akan Mengejutkan Anda
Jika kita tidak mempunyai cita-cita kewangan yang jelas, barangkali kita tidak peduli untuk memulakan simpanan dan seterusnya wang simpanan itu tadi kita gunakan untuk melabur.
Sudah pasti kita menghabiskan duit gaji setiap bulan kerana kita tidak tahu kepentingan menyimpan dan mempelajari ilmu-ilmu pengetahuan yang penting.
Curahan rasa Supernifz @ ..Kelebihan Menderma Darah….Yang Akan Mengejutkan Anda
Bekerja keras untuk mendapatkan duit, maka kita perlu bekerja sampai bila-bila. Namun jika kita dapat menjadikan duit bekerja keras, maka banyak perkara yang kita dapat buat dan pada masa yang sama kita masih punya duit yang cukup dari masa ke masa
Curahan rasa Supernifz @ ..Kelebihan Menderma Darah….Yang Akan Mengejutkan Anda
Jika kita bekerja keras untuk mendapatkan duit, maka kita perlu bekerja sampai bila-bila. Namun jika kita dapat menjadikan duit bekerja keras, maka banyak perkara yang kita dapat buat dan pada masa yang sama kita masih punya duit yang cukup dari masa ke masa
Curahan rasa Supernifz @ ..Kelebihan Menderma Darah….Yang Akan Mengejutkan Anda
Pelaburan ASB juga ramai yang cakap menguntungkan..
dari dividen boleh dibuat pelaburan yang lain pula
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Luka Jahitan Episiotomi Sembuh Selepas 10 hari Menggunakan Set Berpantang Premium
Pelabur hartanah sangat bijak kerana hanya dipermulaan sahaja mereka bekerja keras untuk dapatkan hartanah tu..selepas berjaya, hartanah itu akan memberikan pulangan yang banyak
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Luka Jahitan Episiotomi Sembuh Selepas 10 hari Menggunakan Set Berpantang Premium
Ramai juga yang membuat pelaburan emas…dengan emas ni kita boleh gandakan wang dan biarkan dia bekerja untuk kita
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Luka Jahitan Episiotomi Sembuh Selepas 10 hari Menggunakan Set Berpantang Premium
Salah satu cara cepat kembangkan harta ialah dengan menggandakan kekayaan dengan hutang seperti memanfaatkan pinjaman bank untuk membeli hartanah-hartanah yang boleh disewakan.
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Luka Jahitan Episiotomi Sembuh Selepas 10 hari Menggunakan Set Berpantang Premium
Bagi orang yang celik kewangan, mereka bekerja ke arah bebas kewangan. Bebas kewangan bukan gaji besar, bukan duit banyak, tapi maksudnya kita ada aliran tunai masuk yang tetap tanpa perlu bekerja.
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Luka Jahitan Episiotomi Sembuh Selepas 10 hari Menggunakan Set Berpantang Premium
Laburkan semula bila dapat keuntungan daripada simpanan. Kalau dapat dividen, reinvest dividen tu supaya duit tu akan berganda.
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Luka Jahitan Episiotomi Sembuh Selepas 10 hari Menggunakan Set Berpantang Premium
Asingkan cepat-cepat bahagian simpanan sebaik sahaja dapat gaji atau terima hasil bisnes. Jangan tangguh-tangguh. Paling baik, buat potongan gaji supaya duit tu dapat ‘diselamatkan’ sebelum sampai ke tangan kita lagi. Selebihnya baru guna untuk belanja.
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Luka Jahitan Episiotomi Sembuh Selepas 10 hari Menggunakan Set Berpantang Premium
Mulakan simpanan sekarang walaupun sedikit. Tak kira berapa banyak pun jumlah yang kita mampu simpan setiap bulan, yang paling penting ialah memupuk TABIAT menyimpan.
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Luka Jahitan Episiotomi Sembuh Selepas 10 hari Menggunakan Set Berpantang Premium
Simpanan di tempat yang agak ‘susah’ dikeluarkan macam Tabung Haji (tiada kad ATM) dan simpanan emas. Kalau simpan dalam Tabung Haji, jangan sekali-kali ambil kemudahan pengeluaran melalui ATM Bank Islam atau Bank Rakyat. Kalau mudah dikeluarkan, duit simpanan tu tak akan bertahan lama.
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Luka Jahitan Episiotomi Sembuh Selepas 10 hari Menggunakan Set Berpantang Premium
Potong at least 10% daripada income bulanan untuk dijadikan simpanan untuk dilupakan. Simpan dan lupa. Jangan diingat-ingat lagi… Sampai satu masa, duit tu boleh dimanfaatkan untuk gandakan kekayaan melalui bisnes atau pelaburan.
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Luka Jahitan Episiotomi Sembuh Selepas 10 hari Menggunakan Set Berpantang Premium
Saya perhati, orang yang duit bekerja untuk mereka ni kebanyakkannya jenis low profile. Pakai kereta biasa jer. Hidup macam orang biasa jer. Hidup tak nampak bergaya. Agak cermat bila berbelanja. Tapi duit simpanan cukup untuk dia tidur lena. Bak kata orang, letak kepala jer terus lena… Peace of mind. InsyaAllah.
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Luka Jahitan Episiotomi Sembuh Selepas 10 hari Menggunakan Set Berpantang Premium
Comments are closed.