Cara duit bekerja untuk kita bukan sebaliknya

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, terbaca banyak status di Facebook mana boleh duduk diam dapat duit. Ramai yang komem sebab keluar kes Penaung Kelab Kebajikan Dan Sosial Tun Teja Malaysia dihadapkan ke makamah kerana memperdaya 101 pelabur bernilai 4 juta. Ramai yang kata mana boleh duduk diam boleh dapat duit. Tak salah komen tersebut kerana majoriti manusia memang berfikiran begiti dan hanya minoriti sahaja yang berfikirana sebaliknya.

Kebetulan baru-baru ini dalam pertemuan komuniti bisnis asean jemaah Denaihati kami ada membincangkan hal ni. Jadi jom kita main kira-kira.

  1. Katalah kita melabur duit RM1 juta di Tabung Haji. Aku memilih Tabung Haji kerana simpanan di Tabung haji tak ada had tidak seperti ASB maksima pelaburan hanya RM200 ribu.
  2. Katakan Tabung Haji bayar dividen 7% setahun. Purata 7% diambil mengambil kita purata dividen Tabung haji dari tahun 1994 – 2014.
  3. Jumlah dividen yang diterima setahun adalah RM1 juta x 7% = RM70,000
  4. Jumlah dividen RM70,000 di bahagi dengan 12 bulan makna purata sebulan adalah RM5,8333.
  5. Kita akan mendapat pendapatan purata RM5,8333 setiap bulan selama mana pelaburan RM1 juta tidak dikeluarkan daripada Tabung haji. Jumlah ini akan berubah dengan berubahnya dividen Tabung Haji setiap tahun.

Ini yg dikatakan duduk diam dapat duit atau kalau komuniti investment sebut duit bekerja untuk mereka bukan kita bekerja siang malam sampai pencen mencari duit seperti majoriti manusia lain lakukan. Kelihatan sangat mustahil tetapi kalau kawan pembaca ada kawan di HQ Tabung Haji tanyakan berapa ramai yang sedang menikmati duit bekerja untuk mereka untuk sekian tahunnya. Bukan sekadar RM5,833 sebulan malahan ada yang mendapat sehingga puluhan ribu sebulan kerana mereka melabur lebih banyak.

  1. Pelaburan RM2 juta pendapatan bulanan purata RM11,666
  2. Pelaburan RM3 juta pendapatan bulanan purata RM17,500
  3. Pelaburan RM4 juta pendapatan bulanan purata RM23,333

Soalnya boleh tak kita mengumpul RM1 juta untuk dilaburkan dalam Tabung Haji. Bagi orang biasa memang mustahil. Bagi orang yang luar biasa mereka cari jalan dan bila sudah jumpa mereka akan bekerja sungguh-sungguh tiga empat tahun untuk kumpul RM1 juta kemudian boleh fokus tahun selebihnya hidup mendidik keluarga, mengembara dan buat kerja kebajikan di seluruh dunia. Aku sudah berjumpa dengan ramai sahabat-sahabat yang mempunyai kebebasan kewangan dan kebebasan masa apabila duit bekerja untuk mereka.

make money online dengan facebook

Tulisan ini hanya memberi satu contoh bagaimana duit boleh berkerja untuk kita iaitu pelaburan di Tabung Haji. Pelabur juga boleh melabur di hartanah, saham-saham amanah yang lain, pelaburan emaspelaburan BSKL dan pelaburan pada bisnis tertentu. Paling penting setiap sumber mesti halal dan digunakan pada tempat yang halal kerana semuanya kelak bakal ditanya ALLAL di negeri akhirat.

Kepada yang kreatif nak mengumpul RM1 juta pertama, ada yang belajar cara buat duit secara online, nak tahu cara download je buku Sifu Online Irfan Khairi. Ada yang berniaga di Facebook kepada yang belum pernah buat boleh download  buku cara mudah berniaga di Facebook. Jangan sayang nak keluar sedikit modal untuk belajar kerana bagi yang tak percaya diri akan terus bekerja seperti biasa sampai bersara dan sambung bekerja lain selepas bersara. Kepada yang suka bisnis networking global boleh bersama Jemaah Bisnis Denaihati. Nak berjaya mesti bekerja dalam jemaah jangan sedirian memang sukar untuk mencapai misi RM1 juta, tak kisahlah apa pilihan anda yang penting BERTINDAK.

Ada yg sudah berjaya melakukan, sebahagian kecil sedang berusaha mencapai impian simpanan RM1 juta dan majoriti tak pernah mimpi. Anda yang mana??


Spread the love

469 Comments

  1. Anda kena memikirkan berapa banyak wang yang anda perlukan untuk hidup dengan selesa selama 20 atau 30 tahun selepas anda berhenti kerja dan anda juga perlu memikirkan bagaimana pelaburan akan membantu anda mencapai matlamat anda
    Curahan rasa Supernifz @ ..3 VITAMIN UNTUK KEKAL SIHATMy Profile

  2. Insya-Allah apabila dipraktikkan walau hanya satu daripada cara di atas, kita mampu menjadi kaya, mempunyai pendapatan lebih daripada gaji sedia ada. Kerana hakikatnya, kita tidak boleh bergantung kepada gaji semata-mata
    Curahan rasa Supernifz @ ..3 VITAMIN UNTUK KEKAL SIHATMy Profile

  3. Berbalik kepada prinsip ‘tengok poket sendiri’. Jangan kerana nak ikut orang dan nak orang tengok kita hebat dan poket lebat, kita buat-buat poket lebat. Penting untuk kita ada integriti (pegangan) yang kita hanya belanja saat perlu bukan mahu
    Curahan rasa Supernifz @ ..3 VITAMIN UNTUK KEKAL SIHATMy Profile

  4. Pendapatan pasif juga boleh ditakrifkan, kerja sekali, untung berkali-kali. Seperti menjual ebook. Penulis ebook hanya perlu buat kerja pada sesuatu masa sahaja iaitu kerja-kerja menulis, terbit dan lancarkan. Namun, mereka akan dapat keuntungan selagi ebook itu ada jualan walau setelah beberapa tahun
    Curahan rasa Supernifz @ ..3 VITAMIN UNTUK KEKAL SIHATMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!