Cara bayar hutang pada pemberi hutang yang menghilang

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Terima kasih kepada yang membaca dan komen semua entri antaranya “Pasangan Melayu bercerai sebab remeh temeh”. Kali ini nak kongsi isu panas bab hutang yang memang isu tak kesudahan dari dunia sampai kiamat.

Kami baru kehilangan FB page yg mempunyai lebih 2 juta follower. Mohon seminit LIKE page baru kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini 

Ini bukan kali pertama Abang menulis kisah hutang di sini. Sebelum ini sudah beberapa kali menulis tajuk hutang antaranya :

  1. Kisah Hutang Sejuta
  2. Tips tuntut hutang pada kawan-kawan yang liat bayar hutang
  3. Liat nak bayar hutang

Kalau ada masa bacalah entri-entri di atas ini semuga ada manafaat kepada yang berhutang dan memberi hutang.

Baru-baru ini seorang ustaz yang pakar bahagian harta pusaka di Pejabat Agama Hulu Langat berkongsi ilmu. Kata ustaz hutang wajib di bayar. Ada dua cara untuk melepaskan diri dari beban hutang.

1. Membayar hutang
2. Penghutang menghalalkan hutang

Beratnya hutang apabila si penghutang meninggal dunia, waris wajib guna harta yang ditinggalkan membayar hutang. Jika waris tak nak bayar maka arwah akan terus menanggung hutang sehingga bila-bila.

Gaji guna bayar bil dan hutang setiap bulan

Hisyamudin FadzilTuntut sampai ke kubur

Akma Omar : Tang membayar hutang tu ramai yang liat, buat hutang pandai selalu dengar janji manis minggu depan saya bayar, bertahun buat tak tahu nak halalkan pun geram hahaha

Akma Omar : Hukum berhutang ni semua tahu akibat yang akan ditanggung simati jika tak langsaikan tapi yang hidup banyak yang lupa dan tak ambik peduli walaupun ada harta ditinggalkan, geram.

Ustaz juga kata ketika israk mikraj, Rasul nampak banyak pintu Syurga antaranya dua pintu Syurga

1. Ada pintu Syurga tertulis 10 kali ganda bagi yg bersedekah
2. Ada pintu Syurga tertulis 18 kali ganda yg memberi pinjam

Maknanya memberi hutang lebih banyak pahala daripada memberi sedekah.

Berita hutang PTPTN

Nak bayar hutang tapi tak jumpa orang nya

Dulu berhutang tak bayar sebab masa tu jahil jadi buat tak kisah hal bayar hutang. Sekarang dah tahu hukum dan akibat dunia dan akhirat. Perasaan insaf dan takut hukuman tidak membayar hutang sentiasa bermain difikiran.

Cari punya cari tak jumpa kawan yang beri hutang dulu tu. Nak buat apa ni??

Boleh serah ke Baitulmal Selangor pada bahagian bayaran hutang. Baitulmal akan rekodkan semua detail dan simpan duit tersebut sehingga dituntut oleh pemberi hutang atau waris.

Khadijah Gobel : Kalau tak tau details and dah puas carik kat FB tapi tak de yang respon. Dah carik nama dekat dia kerja dulu tapi tak sorang kenal tahun 1984 huhu.

Amir Hassan : bagi je detail yang kita ingat sebab yang pentig usaha kita nak bayar hutang.

Khadijah Gobel : saya tulis jugak kat sini, nama Kamal Nasser Mohd Yusof. Staff Petronas area Kuantan or Kuala Terengganu dalam tahun 1980-1985 semoga ada rakan-rakan yang kenal atau waris.

Usaha kita nak bayar hutang ALLAH tengok. Kepada yang berhutang azamlah nak membayar hutang jangan dibiarkan begitu sahaja yang susah kita juga nanti. Hutang peribadi, hutang rumah, hutang kereta, hutang kad kredit, hutang along, hutang kpperasi dan juga hutang PTPTN wajib dibayar tanpa alasan,

Jom azam bayar hutang.


Spread the love

58 Comments

  1. Semoga kita semua berjaya selesaikan hutang mengikut seperti yang dijanjikan. Hutang ni dibawa ke alam san selagi ada

  2. Agak rare ketemui orang yang ingin bayar hutang wpun tak jumpa yang memberi pinjam. Zaman skgn ni, yang memberi lak kena mengemis menagih duit nya sendiri

  3. Baru tahu tentang info ni… Sebelum ni saya beranggapan kalau dah tak jumpa juga orang yang kita nak bayar hutang, boleh sedekahkan duit tersebut dan niatkah sedekah tersebut daripada orang yang kita berhutang

  4. ketika ingin meminjam, bukan main manis lagi kata kata. janji bayar tepat pada masa. kemudian dia hilang entah kemana. yang nampak cuma blue tick. hehe

    1. Betul tuh kan.. lama dah dengar kata kata tuh. masa pinjam baik bebenau.. dah dpt apa yg nak, hilang teruss..

  5. Bab hutang ni saya memang titik beratkan, sebab saya selalu risau bila kita mati dan Allah nak masukkan kita kat syurga tapi di sebab kan hutang kita di sekat. Itu yang saya risau

    1. Memang sesuatu yang berat lah hutang nih, nak nak hutang yang dah lama & kita dah lupe pun pasal hutang tuh.

    1. Harap harap saya berjumpa lah dengan orang yang saya pernah pinjam duit dulu, penat dah mencari tak jumpa dah la nih. 🙁

  6. Selalu kita lebih ingat kepada hutang yang kita beri dan sering pula lupa pada hutang yang kita terima…

    Semoga kita sempat membayar hutang-hutang selagi termampu (jangan bila mampu buat-buat lupa)

    1. Semoga segala usaha kita untuk melangsaikan segala hutang piutang kita di permudahkan NYA

      1. amin.amin..ada jalannya.Semoga segala usaha kita untuk melangsaikan segala hutang piutang kita di permudahkanNya

    2. Ye tak ye gak. menjadi lumrah lebih ingat kepada apa yang kita beri. Yangk ita berhutang buat buat lupa plak ye

  7. Nak berhutang memang mudah.. tapi nak menglangsaikannya tuh….punya lah payahhh… sesama kita berdoa semoga dipermudahkan segala hutang2 kita di langsaikannn

    1. Betul tu. Kena selalu berdoa selepas berusaha dgn sungguh-sungguh. Kena utamakan mebayar hutang terlebih dahulu

    1. Allahuakbar, semoga kita semua di beri kemudahan untuk melangsaikan segala hutang hutang kita sesama insan.

    2. Mungkin bila tahu betapa susahnya nak kena hisab nnt baru la sekarang orang berpusu pusu setelkan hutang yang tersangkut..nauzubillah

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!