Rupanya Mudah Je Nak Tolak Duit Setiap Bulan Untuk Mak Ayah Di Kampung Guna Maybank2u ni
Assalammualaikum dan salam Ramadan
Ikuti perkongsian di Facebook Nur Aliah Mohd Nor
**
Rugi sangat kalau kita tak tahu cara nak buat auto transfer duit di Maybank2u setiap bulan ni!
Semalam Lia ada kongsikan ‘Scheduled Transactions’ melalui CIMB di facebook Lia. Dan ramai yang komen nak tahu cara auto transfer di Maybank juga.
Kalau dulu di Maybank kita akan panggil ‘Standing Instruction’, tapi sekarang lebih dikenali sebagai ‘Recurring Transfer’.
Apa itu Recurring Transfer (RT)? Bahasa mudah nak faham, kita automatik kan pembayaran ke bank setiap bulan. Setiap bulan Maybank akan auto deduct duit kita ke bank yang kita dah set nak ke mana. Faham kan?
Kita cuma perlu set 1 kali sahaja, lepas itu semuanya akan automatik!
Contoh yang kita boleh set:
– Duit untuk mak ayah
– Bayar bil (kereta, rumah)
– Sedekah ke rumah anak yatim
– Bayaran sewa (rumah)
– Simpanan
– Apa-apa sahaja bayaran fix secara monthly
Maybank dah bagi fungsi RT ni, kenapa tak gunakan sebaiknya kan? Sebab ada banyak benefit yang kita boleh dapat secara tak langsung. Ni antaranya:
– Mencantikkan statement bank, CCRIS, profile kewangan di mata pegawai bank. Senang nak buat loan.
– Memudahkan untuk kita monitor account loan.
– Bayaran akan sentiasa on time.
– Mewujudkan tabiat dan hubungan yang bagus. Sebab bank suka tengok kita buat RT ni.
– Tak ada dah istilah terlupa dah bayar ke belum. Sebab semuanya sudah di set kan auto!








Dah baca ? Klik share 🙂
kredit : Nur Aliah Mohd Nor
