Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, seronok baca komen entri penulis jemputan “Iklan di blog : Nak guna N ke tak?“. Entri ini telah berjaya menarik ramai silent reader untuk mengupas isu dan memberi pandangan secara ikhlas. Komen yang berkualiti boleh menjadi inspirasi untuk entri blog kepada yang berminat seperti Zulseffort dan mungkin ada yang lain tapi tak termasuk dalam radar.
Banyak isu yang dibincangkan antaranya isu tak pandai menulis blog mengikut teknik SEO yang betul. Bukan berat sangat sebenarnya nak menulis mengikut cara yang betul cuma kekadang kita tak ada masa nak mencari ilmu. Aku pernah berkongsi entri teknik menulis blog cara aku di entri “Ajarkan aku menulis“. Kak Jie juga pernah berkongsi entri bertajuk “Cara Mendapat Pembaca Setia Blog” dan En. Titan juga menulis dalam entri bertajuk “Cara Mengatasi Masalah Update Blog“. Semua ada cara menulis tersendiri tetapi asas penulisan hampir sama untuk menjadikan sesebuah blog mesra Google dan mesra pembaca setia.
Isu yang lebih berat dalam komen-komen tersebut terutama kepada Blogger baru berpendapat Pendapatan Blog hanya daripada IKLAN sahaja sehingga ada yang kecewa apabila tidak mendapat duit yang banyak daripada iklan N. Persepsi ini mesti dibetulkan dan pasti lebih daripada 200 Blogger yang telah menghadiri seminar buat duit dengan blog (SBDdB) telah mengetahui ada banyak cara untuk buat duit dengan blog.
Mungkin komen daripada Irsah boleh dijadikan inspirasi kepada kita semua :
[box type=”shadow”]
Dipetik “Kalau anda masih terikat dengan N, anda takkan dapat peluang dengan syarikat yang lain sebab N ni memang agak territorial dan company lain tak suka cari pasal. Mereka cari blogger yang tak paparkan iklan daripada syarikat N…..” Jika di ikutkan mana2 sykt pun akan teritorial, berkemungkinan terhad eksklusitiviti mereka ketika mengikat kontrak/projek dengan bakal advertisers demi menjaga kepentingan masing2..
Bagi kami adalah sebaliknya.dalam isu ini. Pasang atau tidak jenama “N” tetap menerima imbuhan yg sama. Projek reviews dan adverts tetap diterima dari jenama “N”, syarikat mahupun individu dari berbagai arah. Kenapa? Diterangkan/bermula pada POIN #2 oleh saudara Ariff. Cuma mungkin cara kami membuat advert atau penulisan yg tidak terlalu spesifik terhadap sesuatu produk dan perkhidmatan yg membolehkan kami menarik berbagai projek ulasan reviews yg berkenaan niche kami.
Berfikir di luar kotak, kaji pesaing/sahabat blogger anda, hala tuju amat penting seperti disarankan. Setiap post dipublish samada berbentuk personal mestilah ada kaitan dengan niche anda juga. Ini menambahkan seri blog anda kelak serta memikat pembaca/advertisers serta sentiasa kekal relevan dan kompetitif.
Namun langkah2 awal memulakan arena blog-ing haruslah diterapkan dahulu, seperti dikongsikan A-Z di Denaihati (samada oleh penulis jemputan mahupun admin sendiri) kerana ia adalah asas, “seperti mendirikan rumah seharusnya bermula dengan tiang yg kukuh….”[/box]
Blog telah terbukti boleh menjana pendapatan lumayan kerana sudah ramai yang berjaya menjadikan Blogger sebagai kerjaya profesioal terutama di luar negara. Blogger mesti berfikir di luar kotak untuk bersaing dengan ratusan ribu Blogger yang lain. Blog itu sendiri mesti kukukh dan kuat jenamanya. Nasihat dari Top Blogger ini kena ikut :
[box type=”shadow”]
Encik Titan : Baik, K,I atau N atau G, atau GA, atau B, C, J sekalipun, hangpa semua kena buat kerja. Pemalas, memang tak dapat apa-apa.[/box]
Ingat nak buat duit dengan blog bukan hanya IKLAN sahaja tapi ada banyak cara lagi seperti buat duit dengan affiliate dan semua itu perlukan ilmu. Jangan malas nak cari ilmu dan jangan lokek nak keluar sedikit modal untuk pulangan berganda. Ada masa terluang selongkar blog kawan-kawan yang dah berjaya baca entri-entri lama tips untuk berjaya yang pernah mereka kongsikan.
Kongsikan cara anda buat duit dengan blog selain daripada iklan.
111 Comments
Salam.. Terdapat banyak jenis iklan yang boleh digunakan dan cara sesetengah iklan mencatatkan hasil berbeza dengan iklan yang lain.. Ada yang banyak, ada yang sedikit. Ada yang perlukan trafik tinggi, ada yang tidak. Urmm.. Saya masih guna N sebab belum begitu pakar tentang info kesemua iklan yang ada..
Curahan rasa waiman takwa @ ..Entri Pendidikan & Tips SEO Untuk Blog
apapun syarikat pengiklanan yang penting usaha bagaimana kita nak mantapkan blog kan…
Curahan rasa papa mifz @ ..Tanpa Henti Di Dapur
Lebih power blog kita lebih mahal pengiklan sanggup bayar
Betul,…. makanya harus banyak belajar dari DH untuk membuat blog lebih power
Curahan rasa Bang Iwan @ ..CRAZY LOVE – Cinta dan Persahabatan di Masa Pergolakan Putih Abu-Abu
Mula-mula baca entri N tu, tak dapat menangkap apa tu N. Bila baca komen, baru tahu apa. Ternyata saya bukan blogger.
Susulan membaca entri N. Saya mengkaji sedikit tentang N. Sumber dari Zaharuddin.net, pengiklanan tidak menutup aurat juga boleh dipertikai sumber pendapatan tu. Kekadang iklan sabun, ada iklan tak menutup aurat.
Jadi buat masa sekarang, saya sedang perhati iklan di blog sendiri. Kot-kot, tak kena di hati. Kalau ada, jangan fikir panjang. Tukar.
Curahan rasa Naziman Azlye @ ..Manusia dan Nasihat Berpisah Tiada
setakat ni tak focus pada seo, akak tulis apa yang terlintas sekadar berkongsi cerita dan meluahkan segala yang di rasa
Yang penting kena berfikir luar kotak..
Usaha tangga kejayaan..
Curahan rasa Fakarepain @ ..iPhone 5S DAN iPhone 6 BAKAL DILANCARKAN SEPTEMBER INI
Dengan ngeblog, kita dapat menambah penghasilan.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..CRAZY LOVE – Cinta dan Persahabatan di Masa Pergolakan Putih Abu-Abu
Yang penting dilakukan dengan kerja keras disertai keikhlasan
Curahan rasa Bang Iwan @ ..CRAZY LOVE – Cinta dan Persahabatan di Masa Pergolakan Putih Abu-Abu
Bila focus nak buat duit dengan Blog memang kena usaha extra. Sama jugak macam kita buat kerja lain untuk dapatkan duit. Kalau tak usaha sungguh-sungguh, memang sukar untuk berjaya..ilmu mesti kena ada..kalau tak susah nak bersaing.
Curahan rasa Raudzah @ ..Tengok Ni, Siapa Punya Parking!!!
masih banyak kena belajar. Terutamanya dalam memilih iklan di dalam blog.
Curahan rasa encik bakul @ ..Jobdirumah bukan penipu besar la..
Rezeki ada di mana mana….selamat mencuba…
Curahan rasa daddydee @ ..Telatah Anak Kecil Bershopping
masih mencari ilmu dalam bidang blog…cari ilmu sebelum mendapat duit dari blog.
Curahan rasa kakiblog @ ..Main Facebook Dapat Trafik Masuk Blog
sy still setia dgn N buat ms skrg sbb slalu dpt BE.. okla kan..wpun xbape nk masyuk lg.. sket2 lama2 jd bukit..
Curahan rasa lin azlina @ ..Kesan Selepas 2 minggu dengan Cosmoderm
Entri DH memang banyak memberikan saya ilmu….terima kasih
Curahan rasa hafiz @ ..Bayar zakat fitrah
masih meramaikan blog biar bisa dapatin duit dari iklan…
Curahan rasa rian @ ..Cara Mengobati Ejakulasi Dini Pria
Banyak cara agar blog kita menjadi sumber uang. Namun saran saya untuk setiap blog fokuskan untuk digunakan sebagai kendaraan bisnis tertentu. Jangan satu blog untuk semua sumber bisnis online.
Curahan rasa yusep @ ..Tips So That Your Paid To Review Blog Is Not Affected by Google Penalty.
Memang hangat topik ini… Benar, jika dilihat, hampir 99% blog mesti meletakkan iklan, tidak kiralah dari mana sumbernya. Tapi untuk benar2 dpt menjana pendapatan…itu belum pasti.
Topik2 sebegini dapat membuka minda untuk kita berfikir kembali matlamat dan peluang yg ada dengan blogging. Ia juga dapat melihat di luar kotak…tidak hanya N adalah sumber yg terbaik untuk blogger.
Yang lebih utama adalah usaha anda sendiri…tiada kejayaan yg hadir dengan goyang kaki.
Masa untuk berfikir kembali dan mengorak langkah untuk keluar dari kepompong…
Terima kasih penulis, Terima kasih DH
Curahan rasa Bin Muhammad @ ..Post dan Keyword Popular Serta Pentingnya Trafik Yang Tinggi
Comments are closed.