Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, seronok baca komen entri penulis jemputan “Iklan di blog : Nak guna N ke tak?“. Entri ini telah berjaya menarik ramai silent reader untuk mengupas isu dan memberi pandangan secara ikhlas. Komen yang berkualiti boleh menjadi inspirasi untuk entri blog kepada yang berminat seperti Zulseffort dan mungkin ada yang lain tapi tak termasuk dalam radar.
Banyak isu yang dibincangkan antaranya isu tak pandai menulis blog mengikut teknik SEO yang betul. Bukan berat sangat sebenarnya nak menulis mengikut cara yang betul cuma kekadang kita tak ada masa nak mencari ilmu. Aku pernah berkongsi entri teknik menulis blog cara aku di entri “Ajarkan aku menulis“. Kak Jie juga pernah berkongsi entri bertajuk “Cara Mendapat Pembaca Setia Blog” dan En. Titan juga menulis dalam entri bertajuk “Cara Mengatasi Masalah Update Blog“. Semua ada cara menulis tersendiri tetapi asas penulisan hampir sama untuk menjadikan sesebuah blog mesra Google dan mesra pembaca setia.
Isu yang lebih berat dalam komen-komen tersebut terutama kepada Blogger baru berpendapat Pendapatan Blog hanya daripada IKLAN sahaja sehingga ada yang kecewa apabila tidak mendapat duit yang banyak daripada iklan N. Persepsi ini mesti dibetulkan dan pasti lebih daripada 200 Blogger yang telah menghadiri seminar buat duit dengan blog (SBDdB) telah mengetahui ada banyak cara untuk buat duit dengan blog.
Mungkin komen daripada Irsah boleh dijadikan inspirasi kepada kita semua :
[box type=”shadow”]
Dipetik “Kalau anda masih terikat dengan N, anda takkan dapat peluang dengan syarikat yang lain sebab N ni memang agak territorial dan company lain tak suka cari pasal. Mereka cari blogger yang tak paparkan iklan daripada syarikat N…..” Jika di ikutkan mana2 sykt pun akan teritorial, berkemungkinan terhad eksklusitiviti mereka ketika mengikat kontrak/projek dengan bakal advertisers demi menjaga kepentingan masing2..
Bagi kami adalah sebaliknya.dalam isu ini. Pasang atau tidak jenama “N” tetap menerima imbuhan yg sama. Projek reviews dan adverts tetap diterima dari jenama “N”, syarikat mahupun individu dari berbagai arah. Kenapa? Diterangkan/bermula pada POIN #2 oleh saudara Ariff. Cuma mungkin cara kami membuat advert atau penulisan yg tidak terlalu spesifik terhadap sesuatu produk dan perkhidmatan yg membolehkan kami menarik berbagai projek ulasan reviews yg berkenaan niche kami.
Berfikir di luar kotak, kaji pesaing/sahabat blogger anda, hala tuju amat penting seperti disarankan. Setiap post dipublish samada berbentuk personal mestilah ada kaitan dengan niche anda juga. Ini menambahkan seri blog anda kelak serta memikat pembaca/advertisers serta sentiasa kekal relevan dan kompetitif.
Namun langkah2 awal memulakan arena blog-ing haruslah diterapkan dahulu, seperti dikongsikan A-Z di Denaihati (samada oleh penulis jemputan mahupun admin sendiri) kerana ia adalah asas, “seperti mendirikan rumah seharusnya bermula dengan tiang yg kukuh….”[/box]
Blog telah terbukti boleh menjana pendapatan lumayan kerana sudah ramai yang berjaya menjadikan Blogger sebagai kerjaya profesioal terutama di luar negara. Blogger mesti berfikir di luar kotak untuk bersaing dengan ratusan ribu Blogger yang lain. Blog itu sendiri mesti kukukh dan kuat jenamanya. Nasihat dari Top Blogger ini kena ikut :
[box type=”shadow”]
Encik Titan : Baik, K,I atau N atau G, atau GA, atau B, C, J sekalipun, hangpa semua kena buat kerja. Pemalas, memang tak dapat apa-apa.[/box]
Ingat nak buat duit dengan blog bukan hanya IKLAN sahaja tapi ada banyak cara lagi seperti buat duit dengan affiliate dan semua itu perlukan ilmu. Jangan malas nak cari ilmu dan jangan lokek nak keluar sedikit modal untuk pulangan berganda. Ada masa terluang selongkar blog kawan-kawan yang dah berjaya baca entri-entri lama tips untuk berjaya yang pernah mereka kongsikan.
Kongsikan cara anda buat duit dengan blog selain daripada iklan.
111 Comments
kena fahami blog sebagai platform utk generate duit..mungkin ada yg tersalah faham, just dgn tulis blog, duit akan datang melayang..:-)
Curahan rasa JMR @ ..Penggunaan stroller di celah-celah umat manusia
kalau ada kepakaran tentang sesuatu ilmu, jual ebook sangat sesuai..sekai harung je tulis kemudian jual
tengah belajar ilmu affiliate..dah buka mata masa join SBDDB hari tu 😉
Curahan rasa cikgu naman @ ..Nak Tips SEO
memang banyak lagi yang fyna kena belajar nih. ^_^
Curahan rasa fyna @ ..Meriahnya SPAM Di Blog
boleh buat duit dengan iklan kalau tak malas update blog. kena update paling sikit pun 1 artikel sehari. kalau jenis artikel 1 artikel selang 2 minggu, tolonglah jangan komplen macam-macam -..-
Curahan rasa Lizz @ ..Teknik Meningkatkan Jualan Dengan Aplikasi Doktor FB
content dan sEO masih jadi masalah buat saya kalau dah bisa menulis dengan baik mungkin bisa juga mengikuti sahabat cari uang lewat blog
Curahan rasa munir ardi @ ..5 Cara Agar Berhasil Belajar Otodidak
Terlebih saya, masih harus belajar lebih banyak lagi.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..CRAZY LOVE – Cinta dan Persahabatan di Masa Pergolakan Putih Abu-Abu
satu bulan kena Google dance, para pengiklan pada kabur.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..CRAZY LOVE – Cinta dan Persahabatan di Masa Pergolakan Putih Abu-Abu
Ada yang mengambil jalan mudah untuk mendapat UV Trafik untuk meraih pendapatan duit blog.
Curahan rasa akubiomed @ ..Bergaya walaupun potong rumput di halaman rumah
Indeed..setuju..jangan sempitkan peluang….usaha lebih, In Shaa Allah adala lebih rezeki..pelbagai platform utk menjana income blog terhidang di luar sana..hendak atau tidak….pecahkan ruyung dan dapatkan sagunya
Curahan rasa eyriqazz @ ..Pengalaman Shopping Online di Tesco Malaysia
terngin nak masuk seminar buat duit dengan blog…
Curahan rasa Wan Fauzi™ @ ..Hakikat Sebenar Pembunuhan Terbaru Rakyat Mesir
masih lagi belajar slow2 tentang blogger nie…
Curahan rasa Wan Fauzi™ @ ..Kenyataan Palsu Menteri Dalam Negeri Mesir Terbongkar
info yang berguna saya sendiri pun dpt menjana ribuan ringgit dengan blog
Curahan rasa putera izman @ ..Video Manusia Diserang Haiwan Ganas
Yup..maklumat yang berharga!!
ayat titan kerlas… cam terasa je.. kekeke
Curahan rasa Norfanil @ ..Hilangnya Sebutir Permata
bagi saya, tiada apa bezanya dengan blogger lain. cuma bagi blog niche, kena bijak produk iklan yang sesuai.. contohnya niche parenting, iklan biarlah berkaitan seperti jual lampin ke, set kehamilan ke..
Curahan rasa Mus @ ..Promosi Malindo Air Dengan 10,000 Tempat Duduk Percuma
affiliate sangat berkesan dalam menjana pendapat melalui blog jgn harap dari iklan je… baru bejara sesikit benda sebegini terutamanya dari blog DH ni 🙂
Curahan rasa AUC @ ..Gelagat Masyarakat Dalam Mencari Lailatul Qadar
tips dan nasihat yang sangat bagus.. terbaik.
Curahan rasa Fariz Azhari @ ..Kuih Raya Tradisional Kegemaran
Cari yang mana boleh bagi byk benefit pd kita lah
Curahan rasa Ahmad Hati @ ..Sebarkan Semagat Ramadhan Bersama Coca-Cola
Comments are closed.