Ajarkan Aku Menulis Blog

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, ramai juga kawan-kawan offline dan online yan bertanya bagaimana cara untuk menulis blog. Setiap Blogger pasti ada caranya seperti Blogger Popular INI dengan keunikan pemilihan tajuk untuk setiap entrinya, Blogger INI dengan gurau senda mengusik Rakan Blogger yang lain, Blogger INI dengan kisah cintanya dan Blogger Indonesia INI dengan berbagai kisah terkini. Setiap Blogger ada caranya yang pasti tidak sama.

Menulis Blog

Apa yang nak kongsikan di sini adalah cara aku menulis blog yang tidak semestinya perlu diikuti :

1. Menulis apa yang terlintas di HATI tanpa kisah sangat dengan susunan ayat dan baris perkataan sehingga tamat supaya tidak menganggu idea yang ada.

2. Membetulkan semula susun ayat dan baris kata yang sesuai mengikut cerita yang ditulis untuk menghasil penulisan yang lebih berkesan.

3. Membetulkan ejaan sekira ada kesilapan dan ini penting kerana Google suka kepada ejaan yang betul.

4. Mengubahsuai semula kata kunci (keywords) yang sesuai untuk SEO. Contohnya kalau awalnya kita tulis “Blogger” kita boleh ubah kepada “Blogger Popular” kerana perkataan “Blogger Popular” lebih banya dicari di Google.

6. BOLD kata kunci (keywords) yang penting untuk SEO.

7. Mengubahsuai ayat untuk memasukan internal dan external link seperti dalam entri INI yang bertulisan biru. Biasanya aku akan memasukan 3 link berbeza iaitu link kepada entri lama blog Denaihati yang berkaitan dengan tajuk, link kepada blog/website yang mempunyai Pagerank yang lebih tinggi daripada PR4 untuk mengekalkan PR blog Denaihati dan link kepada Rakan Blogger untuk membantu mempromosi blog kawan-kawan.

8. Menyelidik fakta yang ditulis daripada sumber yang betul dan sebaiknya berikan link kepada sumber tersebut

9. Memilih katogeri dan tag yang sesuai dengan hasil penulisan untuk SEO.

10. Memilih tajuk entri yang sesuai dan menarik perhatian pembaca dan juga sesuai dengan SEO.

11. Akhir sekali menyemak beberapa kali ejaan, susun ayat dan hasil penulisan sebelum publish kepada pembaca.

12. Berusaha untuk tidak menulis kerana SEO tetapi akan cuba memastikan setiap penulisan mengikut aturan SEO seperti yang biasa diamalkan oleh Blogger Hebat Kak Jie.

37-teknik-luar-biasa-masalah-kekeringan-idea

Inilah sebahagian ilmu menulis blog yang mampu dikongsikan untuk menghasilkan blog yang baik berserta entri-entri sebelum ini “Blog Terperangkap Dalam Dunia SEO” dan “Membina Jenama dengan Niche Blog“. In Shaa Allah banyak lagi pengalaman berblogging akan dikongsikan dari masa ke semasa berdasarkan pengalaman sepanjang beberapa tahun membina jenama Denaihati.

172 Comments

  1. @Denaihati,

    Wah susun aturu cara penulisan langkah demi langkah..
    Bagus2x.. 🙂

    Betul, setiap blogger ada cara penulisan masing-masing.

    Ikhlas,

    Amin Johar
    Jurutera SEO Malaysia
    PAKAR NIAGA
    Curahan rasa PakarNiaga.com (AMIN) @ ..SEO MALAYSIAMy Profile

  2. Menulis sebuah artikel pada sebuah blog itu sebenarnya tidak terlalu susah, tetapi yang paling susah adalah cara mengoptimasinya untuk dapat berada di halaman terbaik Search Engine.
    Curahan rasa Rizal @ ..Best Car SeatsMy Profile

    1. @Rizal,

      Asas SEO perlu ada lah..
      Apabila dah ada Asas yang kuat dalam SEO di blog dah tak perlu fikir sangat pasal SEO ini apabila menerbitkan artikel.
      Publish sahaja artikel, top #30 dijamin dapat..

      SEO: menukar enjin biasa kepada enjin turbo hybrid….

      Ikhlas,

      Amin Johar
      Jurutera SEO Malaysia
      Curahan rasa PakarNiaga.com (AMIN) @ ..TEKNIK SEO | WWW Atau TANPA WWW?My Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!