Buat Duit dengan blog hanya dari Iklan

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, seronok baca komen entri penulis jemputan “Iklan di blog : Nak guna N ke tak?“. Entri ini telah berjaya menarik ramai silent reader untuk mengupas isu dan memberi pandangan secara ikhlas. Komen yang berkualiti boleh menjadi inspirasi untuk entri blog kepada yang berminat seperti Zulseffort dan mungkin ada yang lain tapi tak termasuk dalam radar.

Banyak isu yang dibincangkan antaranya isu tak pandai menulis blog mengikut teknik SEO yang betul. Bukan berat sangat sebenarnya nak menulis mengikut cara yang betul cuma kekadang kita tak ada masa nak mencari ilmu. Aku pernah berkongsi entri teknik menulis blog cara aku di entri “Ajarkan aku menulis“. Kak Jie juga pernah berkongsi entri bertajuk “Cara Mendapat Pembaca Setia Blog” dan En. Titan juga menulis dalam entri bertajuk “Cara Mengatasi Masalah Update Blog“. Semua ada cara menulis tersendiri tetapi asas penulisan hampir sama untuk menjadikan sesebuah blog mesra Google dan mesra pembaca setia.

Bagaimana membina blog yang baik
Sekadar gambar hiasan – kredit : topseopicks.com

Isu yang lebih berat dalam komen-komen tersebut terutama kepada Blogger baru berpendapat Pendapatan Blog hanya daripada IKLAN sahaja sehingga ada yang kecewa apabila tidak mendapat duit yang banyak daripada iklan N. Persepsi ini mesti dibetulkan dan pasti lebih daripada 200 Blogger yang telah menghadiri seminar buat duit dengan blog (SBDdB) telah mengetahui ada banyak cara untuk buat duit dengan blog.

Mungkin komen daripada Irsah boleh dijadikan inspirasi kepada kita semua :

[box type=”shadow”]
Dipetik “Kalau anda masih terikat dengan N, anda takkan dapat peluang dengan syarikat yang lain sebab N ni memang agak territorial dan company lain tak suka cari pasal. Mereka cari blogger yang tak paparkan iklan daripada syarikat N…..” Jika di ikutkan mana2 sykt pun akan teritorial, berkemungkinan terhad eksklusitiviti mereka ketika mengikat kontrak/projek dengan bakal advertisers demi menjaga kepentingan masing2..

Bagi kami adalah sebaliknya.dalam isu ini. Pasang atau tidak jenama “N” tetap menerima imbuhan yg sama. Projek reviews dan adverts tetap diterima dari jenama “N”, syarikat mahupun individu dari berbagai arah. Kenapa? Diterangkan/bermula pada POIN #2 oleh saudara Ariff. Cuma mungkin cara kami membuat advert atau penulisan yg tidak terlalu spesifik terhadap sesuatu produk dan perkhidmatan yg membolehkan kami menarik berbagai projek ulasan reviews yg berkenaan niche kami.

Kami menerima jemputan oleh jenama “N”, namun semuanya tidak dilaksanakan/ditolak secara baik (kerana lokaliti event, masa dan demi menjaga kepentingan klien2 kami juga). Namun tetap menerima jemputan lagi dari jenama “N”, menunjukkan mereka tidak prejudis mahupun “memilih” ataupun dasar populariti sesebuah blog, dsbnya. Jenama “N” ingin bersaing dan kekal kompetitif dalam industri mereka dan mengkaji setiap blog yang diberikan peluang tersebut (it’s all about the target and business! IMHO)

Berfikir di luar kotak, kaji pesaing/sahabat blogger anda, hala tuju amat penting seperti disarankan. Setiap post dipublish samada berbentuk personal mestilah ada kaitan dengan niche anda juga. Ini menambahkan seri blog anda kelak serta memikat pembaca/advertisers serta sentiasa kekal relevan dan kompetitif.

Namun langkah2 awal memulakan arena blog-ing haruslah diterapkan dahulu, seperti dikongsikan A-Z di Denaihati (samada oleh penulis jemputan mahupun admin sendiri) kerana ia adalah asas, “seperti mendirikan rumah seharusnya bermula dengan tiang yg kukuh….”[/box]

Blog telah terbukti boleh menjana pendapatan lumayan kerana sudah ramai yang berjaya menjadikan Blogger sebagai kerjaya profesioal terutama di luar negara. Blogger mesti berfikir di luar kotak untuk bersaing dengan ratusan ribu Blogger yang lain. Blog itu sendiri mesti kukukh dan kuat jenamanya. Nasihat dari Top Blogger ini kena ikut :

[box type=”shadow”]
Encik Titan : Baik, K,I atau N atau G, atau GA, atau B, C, J sekalipun, hangpa semua kena buat kerja. Pemalas, memang tak dapat apa-apa.[/box]

Ingat nak buat duit dengan blog bukan hanya IKLAN sahaja tapi ada banyak cara lagi seperti buat duit dengan affiliate dan semua itu perlukan ilmu. Jangan malas nak cari ilmu dan jangan lokek nak keluar sedikit modal untuk pulangan berganda. Ada masa terluang selongkar blog kawan-kawan yang dah berjaya baca entri-entri lama tips untuk berjaya yang pernah mereka kongsikan.

Kongsikan cara anda buat duit dengan blog selain daripada iklan.


Spread the love

111 Comments

  1. Nak tambah satu lagi boleh ya hehe

    Saya ada buat artikel berbayar untuk pengiklan luar, skop blogging besar tak tertakluk di Malaysia sahaja. Jika ada kemahiran menulis dlm bahasa lain, guna sebaiknya. Saya pun bukan tahu apa butir yang pengiklan nak kan, tapi kena rajin buat research. Ramai saya tgk berbakat.

    Bayaran blog luar lumayan juga ikut currency. Itu salah satu cara buat duit kan 🙂
    Curahan rasa AkmaOmar @ ..Konvensyen Usahawan Muslim 2013 #KUM2013My Profile

  2. Saya bersetuju dgn Bro irsah & titan. saya nak komen lebih2 saya baru lagi. Dalam 2 tahun serius blogging, saya tak ada buat iklan dan tdk join mana2 events. Dapt 1 2 review sebulan pun pd sya dah cukup lumayan. Alhamdulillah ada sahaja yg contact.

    Ada byk cara nak jana pendapatan melalui blog selain iklan antaranya paid post, penulis berbayar, review, affiliate mcm titan tulis. Ada blogger luck dapat iklan besar-besar..kdg2 tgk blog biasa sahaja, mungkin dia berusaha dgn cara lain. Rezeki masing2..janji jgn putus asa dan jgn terlalu berharap..InsyaAllah ada rezeki 🙂

  3. klu tgk , mne2 yg dpt N ni jenis yg besa g event..rangkaian pun kuat..klu nk kte N tgk dr segi trafik, rse x kot..time dgn N, trafik 200k dgn views hmpir 500k sbln..tp nilai xsmpai 60 hengget..tkr pg I, trus lonjak smpi hmpir 700 skang..mngin N lbh pntingkn pengaruh sesuatu blog..

  4. Bercakap mengenai buat duit dengan blog hanya melalui iklan, saya tergerak hati berkongsi pengalaman peribadi selama ini saya rahsiakan.

    Sebagai orang yang mengendali iAwani, saya sudah menjana duit dari iklan-iklan Adsense dalam jumlah yang tetap sekarang ini, bayarannya dalam US Dollar.

    Biasanya saya akan mendapat wang dalam jumlah tiga kali ganda dalam matawang Ringgit Malaysia setiap kali pergi ke Western Union untuk “cash out”.

    Saya sudah cash out duit Adsense pada setiap hujung bulan bermula dari bulan Mei 2012 lagi hingga sekarang. Dari duit itulah saya menyara kehidupan dari bujang hinggalah berkahwin, seolah-olah seperti menerima gaji tetap.

    Saya sedar sebagai blogger dari Sabah, jarak antara Kuala Lumpur dengan Kota Kinabalu adalah ‘disadvantage’ buat saya maka sebab itulah saya tekad buat duit dengan iklan-iklan Adsense sahaja.

    Ya, blog iAwani menjana 100% wang hanya dari iklan. Saya tak pernah buat advertorial, ulasan produk, join affiliate, tulis sponsored post atau pergi ke mana-mana event anjuran advertiser.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!