Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Ramadan sudah melangkaui pertengahan bulannya. Ibadah puasa wajib yang datang ini sudah tentu memberikan seribu satu makna kepada yang melaluinya. Pelbagai aktiviti yang ada di bulan Ramadan ini. Sahur, berbuka puasa, program amal, solat tarawikh, pasar Ramadan, moreh dan tidak kurang juga yang berbuka puasa bersama keluarga dan rakan taulan.
Di awal bulan Ramadan, ramai yang pulang ke kampung untuk berbuka puasa bersama keluarga tersayang.
Mungkin ada yang tak dapat berhari raya bersama, atau cuti hari raya lewat sedikit. Namun itu semua tidak menjadikan alasan untuk tidak pulang untuk berjumpa dengan keluarga. Lebih seronok lagi apabila pulang memandu dengan Volkswagen Tiguan.
Pemanduan yang lancar dengan Volkswagen Tiguan
Biasanya memandu dalam cuaca panas ditambah lagi dalam bulan puasa, pastinya sedikit sebanyak terasa letih. Tetapi sejujurnya ada perubahan terasa apabila membawa pulang Volkswagen Tiguan ini. Tidak rasa mengantuk!
Mungkin dengan kelebihan yang ada dalam SUV tersebut. Kurang bising yang membuatkan pemandu lebih selesa. Sistem penghawa dingin yang boleh dilaras tiga bahagian dan juga keselesaan kerusi boleh laras secara elektrik.
Perjalanan selama dua jam dengan keselesaan dan yang penting keselamatan yang dititikberatkan dalam kenderaan Volkswagen Tiguan ini. Dilengkapi dengan 6 airbags, sistem Electronic Stability Control, Isofix dan pelebagai lagi ciri-ciri yang hebat bagi SUV mampu milik ini.
Memberi di bulan Ramadan
Minggu lepas sempat pulang ke kampung untuk berbuka puasa bersama keluarga.
Menu yang paling ramai orang gemari adalah murtabak. Sebab itu terfikir untuk memberi dan membelanja murtabak sebagai juadah berbuka puasa. Kebetulan ada mengenali penjual murtabak di Sungai Haji Dorani, Sungai Besar iaitu Encik Rosli.
Sebanyak 100 biji murtabak di pesan dan diedarkan kepada yang berada di sekitar pekan Sabak Bernam. Sebahagian daripadanya diserahkan kepada rakan sekolah yang membuat ‘solo ride’ berbuka puasa di masjid-masjid di sekitar Sabak Bernam dan Sungai Besar. Moga dengan pemberian sedikit ini daripada pihak Denaihati Network akan memberikan manfaat kepada seramai umat.
Persaudaraan merapatkan ukhuwah
Di bulan puasa juga, kita tidak melupakan mereka yang kurang upaya atau yang bersendirian. Kita meraikan mereka semua, kita berbuka puasa bersama-sama di samping rakan taulan, sahabat-sahabat yang telah lama tidak berjumpa apatah lagi bertegur sapa.
Moga persaudaraan sesama manusia ini semakin akrab dengan aktiviti-aktiviti yang membuahkan manfaat kepada seramai umat. Kita eratkan silaturrahim dan inilah salah satu program berbuka puasa yang dapat mengumpulkan ramai orang dalam satu-satu masa.
Volkswagen Tiguan jimat minyak
Memang seronok bila dapat berkongsi juadah berbuka puasa dengan orang lain. Sambil kita pulang ke kampung pun, dapat berbuat amal juga. Dengan Volkswagen Tiguan, tiada masalah kerana ia mempunyai ruang simpanan yang seluas 1,655 liter dengan kerusi yang boleh dilipat dan dianjakkan ke hadapan.
Satu lagi yang perasan dengan Volkswagen Tiguan ini, ia SUV yang jimat minyak tetapi berkuasa. Satu isian penuh tangki boleh membawa kepada lebih 600km dengan pemanduan yang sederhana. Bagi yang sentiasa berulang-alik ke tempat kerja mahupun pulang ke kampung, sudah pasti ianya pilihan yang berbaloi.
Tiguan 1.4TSI Highline
Power | Torque: 150HP | 250Nm
Transmission: 6-speed DSG
Acceleration 0-100 km/h: 9.2 sec
Top Speed: 198 km/h
Fuel Efficiency: 6.7 l/100km
Range: 800km*
Energy Efficient Vehicle (EEV)
Pasti seronok jika berhari raya dengan kereta Volkswagen Tiguan ini. Ramai yang memerhati SUV ini ada kelasnya tersendiri.
Bermula 1 Januari 2018, semua model Volkswagen didatangkan dengan program penyelenggaraan percuma selama tiga tahun. Ia merangkumi semua kos penyelenggaraan mengikut jadual penyelenggaraan standard, kecuali komponen haus dan lusuh seperti cakera brek, pad, wiper kaca dan mentol. Oleh itu, pembeli boleh memandu tanpa rasa bimbang untuk tiga tahun pertama atau 45,000 km.
Harga Volkswagen Tiguan yang baru telah diumumkan dengan 0% GST iaitu RM158,888 berbanding RM168,990 sebelum ini dengan 6% GST. Harga tersebut bermula daripada 1 Jun 2018 dan mereka yang ingin beraya dengan Volkswagen Tiguan ini kena dapatkan segera sementara promosi Hari Raya sedang berlangsung.
Pasti berbaloi dengan kadar penjimatan bermula dengan RM2,000. Kad petrol bernilai RM1,188 ke atas semua model yang ditempah dan didaftarkan mulai sekarang hingga 30 Jun 2018. Harga untuk Volkswagen Tiguan jauh lebih nilai dengan harga 0% GST sekarang, beza RM10,000 juga tu.
Apa tunggu lagi?
Bagi yang nak pulang ke kampung dengan kereta Volkswagen, terus sahaja ke wakil-wakil Volkswagen seluruh negara atau ke https://www.volkswagen.com.my
31 Comments
Jenama idaman. InsyAllah pasti suatu hari nanti mampu memiliki dengan hasil titik peluh sendiri
Cantik condition nya…nampak bergaya kan kalau wanita yang memandu..sangat bagus kalau jimat minyak..cuma SA x mampu nak guna la..mahal kot..hehehe..tp dh baca entry ni nampak Volkswagen Tiguan ni sgt2 praktikal…
Selamat pagi & salam Jumaat. Selamat memburu lailatul qadr. Mama sekeluarga ucapkan kepada tuan denaihati. Pergi solat terawih pakai kereta baru pun seronok
Curahan rasa mama hakim @ ..8 Pencuci Muka Terbaik Untuk Kulit Sensitif! [BEST] Wajah Tak Pedih & Sakit Lagi.
Mak cik bawang dan segala suku sakatnya mesti tumpang gembira atas kejayaan anak buah yang mampu membeli kereta volkwagon. 🙂
Curahan rasa ibu zaid @ ..Tempat Shopping Di Kuala Lumpur Yang Menarik? Ini 10 Lokasi Best Selalu Promosi! Wah Murahnya.
kereta adalah keperluan mobiliti…
jika mampu dan berbaloi untuk dimiliki..
jom la angkat satu kereta Volkswagen Tiguan ini..
baru la ada kelas kau.. Mak Jemah
Curahan rasa mrhanafi @ ..Bayar Zakat Fitrah Di Pejabat Daerah Dalat
cantik betul VS, dari dulu sampai sekarang masih teguh jenama mereka. sentiasa keluarkan model2 cantik dan hebat
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis Andainya Takdir 2 Tv3
Walau mahal…kalau ada kemampuan, apa salahnya beli. Hadiah untuk diri sendiri atas usaha selama ini untuk kehidupan yang lebih selesa.
Curahan rasa ayba @ ..Rahsia Bagaimana Penjual Ini Hasilkan RM21,584.15 Sebulan Di Ebay Terbongkar!
kereta dan jenama ni lahir atas idea Hitler! Jenama yang tidak terikat lagi dengan edisi ‘kodok’nya. Memang cantik dan lawa…harganya pun ‘lawa’! Kena pikir 2-3 kali juga walaupun mampu beli.
Curahan rasa ahmadyani @ ..Safa Bakery Menjual Pelbagai Jenis Biskut Bermutu Dengan Harga Berpatutan Untuk Hari Raya Aidilfitri 2018
Kereta Volkswagen pada mulanya tak banyak alat elektronik di dalamnya, kalau ada EMP dijatuhkan, kereta ini masih boleh berfungsi!
Curahan rasa Ikhwan @ ..Soalan Temuduga Penolong Penguasa Kastam
kalau balik beraya dengan kereta ni, sedara kat kampung tu mesti jeling jeling je nanti. pastu ada yg bisik2 haha
Curahan rasa nikkhazami @ ..9 Perkara Yang Anda Patut Tahu Tentang Tommy Thomas
sejujurnya kereta buatan Eropah nampak elegan di jalan raya Malaysia..
lebih lebih lagi jenama Volkswagen..
jenama yang memang kita akui dan kenali
Curahan rasa mrhanafi @ ..Pelajari Cara Memulakan Perniagaan Dalam 7 Ebook Terlajak Laris
Volkswagen ada yang mahal harganya, tapi kualiti kereta Jepun masih jauh lebih baik.
Misalnya, model SUV mereka berharga RM140,000 berbanding SUV Jepun di bawah RM120,000.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Buat Bisnes Online Dalam USD
Harga menarik… Tapi hati nie dah tertawan dengan 4×4… Untuk kegunaan bagi projek akan datang…
Curahan rasa Bro Framestone @ ..Penubuhan Tabung Harapan Malaysia Bantu Kukuh Kewangan Kerajaan
Harga sebuah kereta ni bersamaan dengan sebuah rumah teres 1 tingkat di Batu Gajah Perak..
Hmmm….
Curahan rasa Anuar @ ..DANA BANTUAN PEMBINAAN TAHFIZ DARUL RAHMAN
Bestnya dapat balik kampung dekat Sg. Besar naik Volkswagen..
Erkk… tentang murtabak tu… alangkah best nye kalau dapat hantar barang seketul dua ke Sabak Bernam.. ekekeke..
Curahan rasa Anuar @ ..Senarai Pemenang Contest SEO Pakej Fotografi Perkahwinan
Nampak gambar kereta memang lawa. Harga pun sedap ni. Mesti sedara mara sibuk memuji anak buah dah berjaya. Hehe
Curahan rasa mama hakim @ ..10 Tanda Tanda Kencing Manis [BAHAYA] Bacaan Gula Tinggi!
Harga kereta ni bagi saya mahal sangat… di luar kemampuan saya untuk membelinya..
Curahan rasa Anuar @ ..Senarai Pemenang Contest SEO Pakej Fotografi Perkahwinan
Siapa ada kemampuan pakai kereta baru tiap raya, mesti tukar lagi tahun ni kan. Tapi itulah, soalan tentang harta ni Allah tanya 2 kali di depan Mizan nanti.
Mana kita dapat duit tu. Ke mana kita belanjakan.
Curahan rasa mazni azmi @ ..Set berpantang terbaik? Ini 11 Cara memilih produk terbaik untuk pantang bersalin!
Comments are closed.