Gaya Raya bersama Volkswagen di musim Raya

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kereta idaman. Kereta raya. Sudah pasti ramai yang mengimpikannya. Ada yang nak kereta untuk keluarga, berpasangan atau juga yang bujang. Bagi yang mempunyai kemampuan, tak salah untuk membeli sebuah kereta untuk kegunaan harian sendiri.

Bermula setiap awal pagi untuk ke tempat kerja dan lewat petang pulang ke rumah, sudah pasti memerlukan sebuah kenderaan yang sesuai dengan jiwa. Kelengkapan yang ada pada kenderaan tersebut semestinya memberikan sedikit sebanyak ‘mood’ untuk setiap hari.

Sebuah SUV keluaran daripada Volkswagen pasti dapat membuatkan ramai yang suka dengannya. Inilah Volkswagen Tiguan Highline.

Volkswagen Tiguan dilengkapi dengan 1.4 liter TSI enjin dengan gearbox wet clutch DSG 6 kelajuan dan penggunaan bahan api yang baik (8.6L / 100 untuk Urban dan 6.7L / 100 untuk gabungan).

Pakej Highline mempunyai penambahan Paparan Maklumat Aktif (AID), yang merupakan kumpulan cluster instrumen yang agak bagus. Ia juga mempunyai lampu LED dan lampu yang berfungsi, kawalan suhu penyaman udara 3 zon, kawalan navigator, akses tanpa kunci, park assist, kamera paparan belakang, tailgate boot dan kerusi pemandu mudah alih secara elektrik.

Mempunyai peta di dashboard sangat bagus, jauh kurang mengganggu daripada melihat dashboard di tengah. Keselamatan dan fungsi dalam Volkswagen Tiguan ini memang dititik beratkan. Ruang melihat untuk pemanduan yang jelas dan bagi cermin pandang belakang pula, ada lapisan yang membuatkan mata kita tidak silau apabila memandu pada waktu malam.

Jadi pada bulan Ramadan ini, banyak jemputan berbuka puasa tidak kira bersama rakan taulan dan juga keluarga. Masa juga penting untuk sampai ke destinasi yang ditujui. Jadi, dengan kelengkapan navigator di paparan hadapan dashboard, sudah pasti membantu kita untuk fokus ke destinasi dengan segera.

Walaupun dengan kuasa 1.4, Volksawagen Tiguan ini terasa berkuasa dengan pemanduan yang selesa. Road tax pun murah sahaja harganya dengan kuasa kuda kereta ini, hanya RM70 setahun!

Bila memandu kereta, sudah pasti isu keselamatan diutamakan. Tidak kira dengan pemanduan seorang diri atau bersama kawan-kawan, sudah pasti mahukan keselesaan.

Volskwagen Tiguan mempunyai :

Titik ISOFIX untuk semua tempat duduk belakang
Penambat utama untuk semua tempat duduk belakang
Airbag depan dan belakang (6 airbags)
Beg udara sampingan hadapan dan beg udara hadapan dua dengan penyahaktifkan airbag penumpang
ABS (Anti-lock Braking System)
Penggera anti-kecurian
ESC (Kawalan Kestabilan Elektronik)
Hill-hold
Active Bonnet
Automatic Post Collision Brake System

Penulis sendiri berfikir bahawa Volkswagen meletakkan banyak usaha untuk memastikan bukan sahaja reka bentuk kereta kelihatan baik di dalam, tetapi ia juga berfungsi pada masa yang sama. Sebagai contoh, ‘foldable tray’ ini dengan folder cawan di sisi boleh digunakan sebagai pemegang tablet juga.

Terutama jika anda menggunakan iPad atau tablet dan mereka yang menonton banyak video di jalan raya. Bagus juga untuk kanak-kanak yang suka menonton.

Ia seperti sesuatu yang ekslusif dan amat selesa bagi rakan-rakan yang menaiki Volkswagen Tiguan bersama-sama. Seronok apabila dapat jumpa rakan-rakan yang telah lama tidak berjumpa dan juga berjumpa dengan rakan-rakan baru.

Bulan Ramadan ini, pelbagai aktiti-aktiviti yang menarik telah berlangsung dan banyak juga dapat mengikutinya. Antaranya adalah World #QuranHour di mana semua akan membaca Al Quran tidak kira di mana anda berada. Sama ada di dalam dan di luar negara, jauh atau dekat, yang bekerja atau bersekolah, semuanya bersatu dalam satu nama persaudaraan.

Inilah ciri-ciri dan program yang patut diterapkan dalam setiap insan di dunia ini. Di bulan Ramadan ini jugalah kita amat digalakkan berkongsi juadah berbuka puasa. Ada yang bertukar-tukar lauk pauk dan tidak kurang juga berbuka beramai-ramai di pelbagai kedai, restoran ataupun hotel.

Selain itu, kereta Volkswagen Tiguan ini mempunyai penderia yang mengelilingi kereta supaya dapat merasakan jika kereta anda terlalu dekat dengan tiang di sisi. Kamera pandangan belakang juga akan membantu anda meletak lebih selamat. Kamera belakang juga boleh digunakan untuk memeriksa sama ada perkara yang menghalang atau mencurigakan.

Inilah tambah nilai yang perlu ada pada setiap kereta dan Volkswagen Tiguan mempunyainya.

Pada keseluruhan saya fikir ia adalah sebuah kereta yang hebat, terutamanya kit yang anda dapatkan dalam model Highline dan ia berbaloi dengan harganya. Sudah tentu, ia tidak sempurna dan terdapat kebaikan dan keburukan, tetapi saya akan mengatakan ia sangat pasti berat untuk sebuah kereta keluarga yang mesra dan selesa.

Jom saksikan video pemanduan Volkswagen Tiguan ini.

Harga Volkswagen Tiguan yang baru telah diumumkan dengan 0% GST iaitu RM158,888 berbanding RM168,990 sebelum ini dengan 6% GST. Harga tersebut bermula daripada 1 Jun 2018 dan mereka yang ingin beraya dengan Volkswagen Tiguan ini kena dapatkan segera sementara promosi Hari Raya sedang berlangsung.

Pasti berbaloi dengan kadar penjimatan bermula dengan RM2,000. Kad petrol bernilai RM1,188 ke atas semua model yang ditempah dan didaftarkan mulai sekarang hingga 30 Jun 2018. Harga untuk Volkswagen Tiguan jauh lebih nilai dengan harga 0% GST sekarang, beza RM10,000 juga tu.

Jadi, apa tunggu lagi?

Bagi yang nak pulang ke kampung dengan kereta Volkswagen, terus sahaja ke wakil-wakil Volkswagen seluruh negara atau ke https://www.volkswagen.com.my


Spread the love

36 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!