Assalamualaikum dan salam 1Dunia, terima kasih sangat kepada Vision Karisma dan Finas yang sudi menjemput aku jadi speaker untuk latihan Sosial Media Network. Peserta dilatih menggunakan Facebook, Twitter dan blog yang sudah menjadi trend masakini. Bertuahlah diaorang ni dulu aku semua merangkak belajar sendiri.
Penganjur telah menjemput Amanz.my, Beautifulnara.com dan Denaihati.com untuk berkongsi pengalaman dengan para peserta. Aku ambil perluang untuk berkongsi sejarah blog Denaihati dan susah payah membina jenama mengguna berbagai strategi. Bukan senang nak jadi terkenal perlu ada usaha, strategi dan sentiasa mesra dengan blogger lain.
Aku tak berkesempatan mendengar perkongsian kejayaan Amanz.my kerana beliau dijemput sehari lebih awal. Berkongsi pengalaman di hadapan Blogger #1 Malaysia, Abang Nara memang mendebarkan. Sesekali aku toleh kearah beliau ketika presentation beliau akan tersenyum.
Pengalaman awal Abang Nara menulis blog sama juga seperti blogger terkenal yang lain. Awal-awal dulu setiap 5 minit dia refresh blog untuk lihat jumlah trafik blog yang masuk dan bila tak ada trafik akan rasa kecewa. Semua tergelak besar bila dengar cerita benar Abang Nara. Pengalaman yang sama juga aku lalui dan mungkin juga perkara yang sama dibuat oleh blogger yang lain. Rupanya makna Beautifulnara tu negara yang cantik, Nara tu bahasa Korea almaklumlah dulu Abang Nara belajar di Korea.
Nak terkeluar biji mata bila tengok jumlah trafik blog Beautifulnara.com sekarang, sehari lebih kurang 200 ribu dan sebulan lebih kurang 5 juta. Abang Nara juga tunjukkan trafik dua tiga tahun lepas memanglah jauh berbeza dari sekarang. Yang paling menarik angka untuk Bounce Rate hanya 1.89%. Maknanya 92% pelawat blog Beutifulnara akan klik entri lain dan lain apabila datang melawat. Memang hebat gila lah blog ni sehingga Abang Nara berhenti kerja untuk fokus pada blog beliau. Memang tidak pelik kalau mengikut alexa ranking blog Beautifulnara adalah blog #1 Malaysia.
Berapa bounce rate blog anda? Bounce rate blog Denaihati 68% jauh sangat nak dibandingkan dengan blog Beautifulnara. Kepada Student Akademi Denaihati nak tahu bounce rate ni kena daftar dengan Google Anakytics.
Pernah terbaca katanya bounce rate yang terbaik adalah kurang dari 30%. sekadar cadangan mulai hari ini apa kata setiap kali kita blogwalking blog kawan- kawan jangan hanya baca entri terbaru tapi ringan-ringankan tangan klik entri yang lain. Apabila kita rajin klik dua tiga entri lain pasti bounce rate blog tersebut akan menurun begitu juga apabila pelawat buat perkara sama kepada entri blog kita maka bounce rate blog kita juga akan berkurangan. Sebelum kita harap pembaca setia kita klik banyak entri setiap kali mereka singgah kita pun kena buat perkara yang sama pada blog kawan-kawan kita. Nak canggih lagi setiap kali kita baca entri rajin-rajin juga klik button FBlike dan retweet untuk berkongsi trafik, kan hidup ini untuk memberi.
Antara perkara yang boleh kita tambah dalam blog untuk membantu pembaca setia klik entri-entri yang lain antaranya memasang Related post, Popular post, Most comment post, Trending now dan tips Abang Nara letak gambar yang menarik dalam setiap entri sebab pembaca suka tengok gambar. Kalau belum pasang semua ini kena fikir-fikir untuk mula memasang segera bagi menurunkan Bounce Rate blog kita.
315 Comments
bounce rate blog saya pon tinggi.. abang nara memang hebat bounce rate dia 1.89% je.. blog saya dekat 50% camtu kalo tak silap.. teruk teruk teruk..
Curahan rasa Anarm @ ..Sampai bila nak jadi perokok?
sama laaa saya.. lagi teruk.. hehehe.. kena cari strategi nih
Curahan rasa KiD @ ..Mark Zuckerberg dan Cincin Kahwin Priscilla Chan
Bounce rate blog saya mmg tinggi bro…tp x pe laa….hehehe
Curahan rasa yas @ ..Seandainya KITA Pernah….
jom turunkan bounce rate!
Curahan rasa KiD @ ..Mark Zuckerberg dan Cincin Kahwin Priscilla Chan
hoho jangan main2 woo….otai tu…..
Curahan rasa Norizwan @ ..Bayi 18 bulan bermain ping pong
itu otai banyak awards.. =)
Curahan rasa KiD @ ..Mark Zuckerberg dan Cincin Kahwin Priscilla Chan
perrrggghhh…kagum giler ngan Nara…hebat la…berkat usaha menulis blog bg best untuk dibaca…kena belajar dari nara ni… 🙂
Curahan rasa AlyzaFisol @ ..Konsert Kenangan Sudirman
saya pun jadikan beliau sebagai contoh..
Curahan rasa KiD @ ..Mark Zuckerberg dan Cincin Kahwin Priscilla Chan
Memang terbaik! Nak kena improve juga ni. 🙂
Curahan rasa zuls @ ..Lelaki Kacak SEO Contest is Challenging
memang tak termenang kalo nak tengok bounce rate otai2 blog ni..hehehe..
rasa macam banyak lagi yang perlu dipelajari tentang dunia blog ni..
Curahan rasa pipoq @ ..Bukti cinta mu
sama aaa kita pipoq.. apa yang dapat belajar, kita praktikkan
Curahan rasa KiD @ ..Mark Zuckerberg dan Cincin Kahwin Priscilla Chan
Assalam..
Tahniah untuk beautifulnara. Blog saya tingggi jugak bounce rate nya. Kebiasaannya saya rajin jugak klik entry lama untuk tengok balasan komen sebelumnya atau tertinggal baca entri lepas di mana2 blog.
Curahan rasa iza @ ..Review Blog: Ronaldmohoni.com
rasanya dulu ariff shah ada buat entry pasal kurangkan bounce rate
Curahan rasa KiD @ ..Mark Zuckerberg dan Cincin Kahwin Priscilla Chan
Bounce Rate blog Kaki Wayang capai 41%…setakat ini target untuk berada di bawah 50% kini berjaya dicapai..Alhamdulillah…
Curahan rasa Kaki Wayang @ ..Edisi Hangat! Luahan Hati Dira Abu Zahar Terhadap Pengunduran Diri Dari Melodi TV3
semoga targetnya cepat tercapai bro…
Curahan rasa Dadan @ ..Mashur Dalam Pandangan Allah
dah tercapai ni.. kena maintain lah gayanya
Curahan rasa KiD @ ..Mark Zuckerberg dan Cincin Kahwin Priscilla Chan
mak oi.. bawah 2% tuu.. giler..
mak aiii power btul.. baru tau pasal bounce rate ni.. pasni nak follow gi event2 blogger jugak la.. ilmu ni..
Curahan rasa incik @ ..WWW 1 catat bidaan tertinggi RM520,000
gila banyak ;lah trafik dia,
Curahan rasa onlajer @ ..Menoreh
Bounce rate di blog saya pun tinggi. Kalau blog mengenai dunia hiburan saya percaya ia ibarat semut mabuk gula akan terus klik entri-entri yang berkait. 😉
yaa betul jugak kan.. masyarakat kita dahagakan hiburan agaknya. huhu
Curahan rasa incik @ ..15 cara mudah khusyuk dalam solat
Terima kasih atas info yang diberikan.. Saya pernah juga pergi blog Beautifulnara untuk survey harga iklan..
Biasalah bila nak menarik orang membuat tempahan iklan, mesti kita akan letak trafik tertinggi yang pernah dicapai.. Terkejut saya tengok trafik blog tersebut.. 3 juta trafik dalam masa satu minggu..
Bounce rate ni memang satu istilah yang saya kurang familiar.. Walaubagaimanapun terima kasih atas info ini..
Curahan rasa Anuar @ ..Terima kasih Denaihati (Blogger terkenal) kerana sudi meninggalkan komen
Bounce rate secara ringkas ialah berapa lama masa seseorang berada didalam sesuatu blog. Kalau bounce rate tinggi bermakna entri blog kita ibarat ‘touch n go’.
Bounce rate, mungkin istilah yang sedikit asing buat kita …
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Corat-Coret Usai Pengumuman Ujian Nasional adalah Budaya Kebablasan
Saya baru mengetahui setelah membaca entri yang ada disini beberapa waktu yang lalu.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Corat-Coret Usai Pengumuman Ujian Nasional adalah Budaya Kebablasan
betul Bang, saya baru tahunya sekarang disini ap itu Bounce rate…
Curahan rasa Dadan @ ..Mashur Dalam Pandangan Allah
Bounce rate boleh dikurang dengan meletakkan video, imej dan artikel terdahulu yang berkait.
sangat asing la bang iwan.. saya baru tau hari ni.. ahaha memang makhluk asing.
Curahan rasa incik @ ..WWW 1 catat bidaan tertinggi RM520,000
Comments are closed.