Boleh ke bola sepak jadi perang?

Spread the love

Asal ada bola Malaysia – Indonesia je, mesti ada gaduh. Lawan Thailand ke lawan Maldives ke takde pulak gaduh. Tapi bila menengokkan perseteruan bola sepak sejiran Malaysia – Indonesia yang panjang ni mengingatkan saya kepada perseteruan Honduras – El Salvador suatu masa dulu atau lebih tepat pada 1969.

Honduras dan El Salvador adalah dua negara sejiran di benua Amerika Latin yang berkongsi persamaan hampir apa sahaja segi. Sebaik mendapat kemerdekaan daripada Sepanyol dan jajahannya, kedua-dua negara ini bertubuh sebagai negara sendiri dengan rata-rata rakyatnya berbahasa sama. Budaya sama. Muka sama. Apa semua hampir sama.

Sama seperti Malaysia – Indonesia, antara Honduras – El Salvador telah berlaku beberapa isu kejiranan gaduh-gaduh manja seperti migrasi, perebutan kawasan sepadan, tekanan ekonomi, masalah sosial.

kredit : The Star

Tahun 1969, merupakan tahun gelap bagi kedua-dua negara ini. Satu perlawanan bola sepak telah menemukan kedua-dua negara ini dalam misi untuk layak ke Piala Dunia FIFA 1970. Honduras lawan El Salvador dalam perlawanan “Best of 3”. (Dulu ada 3 kali timbal balik, tempat sendiri – tempat lawan – tempat berkecuali).

Berikutan pelbagai isu nasional antara kedua-dua negara, perlawanan bola sepak semacam satu ‘bom perang’ yang boleh meletup bila-bila masa.

Perlawanan pertama di Honduras, tuan rumah menang 1-0 melalui jaringan di masa kecederaan.

Berikutan kekalahan tersebut, perkara bertambah buruk bila seorang remaja perempuan El Savador, Amelia Bolanios telah membunuh diri sebab tak boleh terima. Lantas remaja itu telah diangkat sebagai hero negara rakyat El Salvador lalu menyemarakkan lagi semangat benci kepada Honduras.

Perlawanan kedua di El Salvador. Malam sebelum perlawanan keadaan berlangsung tegang. Penyokong El Salvador telah mengganggu pemain Honduras, membuat bising, baling daging busuk, sampah serta kata-kata ugutan fizikal. Kritikal.

Esoknya pemain Honduras dihantar ke stadium bawak kereta berperisai. Bunyi macam sama kan dengan perlawanan Malaysia – Indonesia?

Perlawanan tersebut dimenangi El Salvador sebanyak 3-0 dek tekanan yang begitu tinggi diberikan penyokongnya. Perlawanan itu pun berlangsung tegang dengan rusuhan di mana ketika penyokong Honduras hendak pulang, dua orang didapati terbunuh.

Perlawanan ketiga dijalankan di Mexico. Perlawanan itu dimenangi El Salvador sebanyak 3-2 dalam suasana yang penuh kontroversi. Penyokong saling provok dan berbalah sampaikan jambatan sepadan antara dua negara dibakar.

Keadaan bertambah buruk bila kerajaan Honduras memutuskan hubungan diplomatik dengan El Salvador. El Salvador pulak mula menceroboh wilayah Honduras lalu tercetuslah perang. Perang ini memakan masa 100 jam barulah tamat. Itu pun memakan korban dengan kematian sebanyak 2000 orang dan 100,000 orang lagi menjadi pelarian perang.

11 tahun kemudian barulah perjanji damai termetrai antara dua kerajaan.

Harimau Malaya kebanggan negara

Apa dia yang boleh kita belajar daripada kejadian sebenar-sebenar kejadian ni?

Kita tak jauh mana dengan Indonesia. Pusing-pusing macamana pun, tetaplah rumpun yang sama. Asal yang sama. Berkongsi budaya sama. Gaya yang sama. Amalan yang sama.

Kita belum sampai tahap terlancarnya perang, apatah lagi di zaman milenium ni, banyak negara bernaung di bawah persatuan besar dan perang hanyalah jalan terakhir sekiranya rundingan gagal capai kata sepakat. Sekiranya berlaku juga perang yang berpunca dari bola sepak, itu sebangang-bangang punca kejadian perang. Kita tak tahu apa yang kita perjuangkan atau pertahankan.

Tahniah diucapkan buat semua penyokong Harimau Malaya yang membalas ‘tahi’ dari Indonesia dengan sambutan ‘bunga’. Benda bangang takkan dapat diselesaikan dengan benda bangang juga. Kita ada akal. Biar haiwan saja bersifat teritorial hipotetikal, tiada peta politikal. Ceh, ternyanyi lagu Malique pula.

Kita berjaya tunjuk kepada Indonesia dan kepada dunia, kita sebaik-sebaik penonton. Kita berjaya mengawal keadaan dengan jumlah tangkapan yang minimum membuktikan puluhan ribu lain ada otak. Syukur!

Tak kiralah anda bangsa final atau pasokan sorak Harimau Malaya, anda semua saya, Khuzrin bagi 4 ibu jari termasuk ibu jari kaki. Memang terbaik! Ohsemmm!

Tak payahlah gaduh-gaduh bola. Pucuk pangkalnya bola kita jauh dari perhatian dunia. Takde siapa peduli pasal bola Indonesia, Malaysia, Singapura, Brunei atau semua Asia Tenggara. Cuma kita je yang peduli hal kita-kita je.

Sama macam Honduras dengan El Salvador, takde siapa peduli pasal bola diorang. Entah jadi menda ntah.

Kita tak tahu pun ada Kelab bola di Mesir, Zamalek menang berderet-deret piala. Ada kita atau berita omputeh ambik kisah?

Kita tak tahu pun Maldives menang Piala SAFF 2018. Kita tak peduli pun. Portal berita Liverpool pun tak peduli pasal ni.

Tahukah anda, baru-baru ni satu lagi perlawanan kelayakan FIFA antara dua negara panas Korea Selatan lawan Korea Utara telah dilangsungkan di stadium tertutup Korea Utara dengan tak ada media dibenarkan masuk. Tak ada siaran langsung. Keputusan dan gambar cuma dihantar melalui emel. Kita peduli?

Begitu juga dunia. Dunia tak peduli pasal kita. Cuma kita peduli hal kita.

Jadi kesimpulannya, kita sebenarnya dah hampir mencapai Wawasan 2020. Iaitu masyarakat yang ada adab dan bertamadun jauh mengatasi Indonesia. Itulah sebenar-benar Wawasan 2020. Berkenaan masyarakat. Mana ada dia tulis kereta terbang. Ko pergi Google sekarang kalau tak percaya.

Tahniah lagi sekali. Cewah!
Muhammad Khuzrin Kamaruddin


Spread the love

2 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!