“Apabila kau ada masalah, pergilah bermusafir dan banyak berdoa…”

Spread the love

“Banyak sungguh ilmu saya belajar hari ini. Terima kasih sangat-sangat semua”

Luah salah seorang sahabat kami setelah kami berlima selesai berkongsi berbagai pengalaman rezeki yang tidak disangka-sangka. Ceritanya begini. Salah seorang sahabat kami mengeloh masalah kewangan.

Salah seorang sahabat kami berkongsi kisah. Beberapa tahun lepas dia baru pulang dari outstation. Apabila sampai di rumah isterinya beri satu surat. Surat tersebut bertarikh seminggu yang lalu. Apabila dibuka surat rupanya tuntutan hutang dari bank sebanyak RM7,000 dan esok tarikh terakhir atau tindakan undang-undang akan dikenakan.

Bingung juga fikiran sebab kali pertama dapat surat bergini. Dia memang tidak ada duit nak bayar sebab status kewangan ketika itu tidak begitu bagus baru sahaja kena berhenti kerja tanpa pampasan.

Terdengar azan maghrib sayup-sayup.

Dia pergi ke surau untuk solat berjemaah. Teringat pesan ustaz seorang musafir doanya makbul. Musafir bukan perlu jauh asalkan keluar rumah dikira musafir. Ustaz kata doa mesti tepat jangan umum.

Berjalan kaki menuju surau sambil berdoa “Ya ALLAH bagilah aku RM7,000 untuk selesaikan hutang bank esok”.

Sujud terakhir solat maghrib agak lama sambil berdoa semuga ALLAH berikan RM7,000. Selepas sunat maghrib dia solat hajat mohon ALLAH beri jalan untuk selesai hutang RM7,000.

Selepas selesai solat sunat dia duduk kerusi luar surau menunggu waktu Isyak.

Tiba-tiba dia rasa bahunya disentuh.

“Apa khabar brother.” Sapa seorang lelaki berbaju Melayu biru.
“Lama aku cari kau. Aku pernah pergi rumah sewa lama tapi jiran-jiran tak tahu kau pindah mana.”

Rupanya kawan lama, mereka berpeluk-pelukan sebab sudah bertahun tak jumpa.

“Aku cari kau sebab nak bayar hutang yang sudah bertahun tergantung. Aku nak pergi haji tahun ini. Aku azam sebelum pergi haji aku nak bayar semua hutang termasuk hutang kau.”

“Beri no akaun bank kau aku nak transfer sekarang.”

Dia pun bagi no akaun bank.

“ Aku dah transfer. Halalkan ya. Maaf sebab lewat sangat bayar hutang kau.”

“Banyak sangat ni. Hutang kau pada aku cuma RM5,000 tapi ini RM7,000.”

“Aku bagi extra sebab dengan duit kau itulah dapat selamatkan bisnis aku. Doakan aku dapat haji mabrur.”

Dia peluk sahabat itu erat-erat sambil mengucapkan berkali-kali terima kasih.

Alhamdulillah ALLAH kirimkan rezeki untuk selesaikan masalah yang sedang dihadapi. Betul kata ustaz doa seorang musafir memang makbul.

Teringat seorang sahabat pernah nasihat apabila kau ada masalah pergilah bermusafir dan banyak berdoa semasa itu insyaallah akan dapat pertolongan dari ALLAH. Antara kisah dan cerita murah rezeki yang sentiasa diingati.

Amir Hassan
#kembaraDH @ t.me/DenaihatiNetwork


Spread the love

One Comment

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!