Cabaran hidup suami isteri di akhir zaman, bagaimana untuk melaluinya?

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hidup di akhir zaman ini penuh dengan dugaan, tidak kiralah buat suami isteri mahupun buat seseorang individu. Bukan mudah untuk menguatkan iman untuk mengharungi segala dugaan yang mendatang silih berganti ini. Jika kita sahaja yang kuat belum tentu pasangan kita akan turut kuat imannya.

Dunia semakin tua, tanda-tanda kedatangan hari kiamat juga telah banyak yang ditunjukkan. Pada ketika ini, sama ada kita ini berlumba-lumba melakukan kebaikan dan amal ibadah ataupun masih lagi hanyut dengan keseronokan dunia itu semua bergantung dengan pilihan yang dibuat oleh setiap individu.

Jika kita memilih untuk menguatkan iman dengan melakukan kebaikan berserta amal ibadah, pasti ada sahaja dugaan yang akan mendatang untuk menguji keimanan anda. Tidak kiralah anda masih bujang ataupun sudah berkahwin.

Jika anda masih bujang, mungkin iman anda akan diuji dengan nafsu, wang ringgit, keseronokan dan kebebasan yang tidak terhingga yang anda rasa itu memberikan anda satu kebahagiaan.

Tapi apabila anda sudah berkahwin, pasti keimanan anda akan lebih teruji dengan pasangan dan juga anak-anak dan syaitan sentiasa mencari peluang untuk memecah belahkan keluarga yang dibina itu.

Persoalannya sekarang ini, bagaimana untuk menjalani kehidupan sebagai suami isteri di akhir zaman ini yang tidak bertentangan dengan landasan agama Islam.

Ada beberapa perkara yang kita mesti buat. Usah tunggu susah atau nak hujung nyawa baru nak buat.

1. Belajar agama.
Maksudnya belajar agama itu belajar mengenal, cinta dan takutkan Tuhan. Mulakan dengan belajar kembali dan betulkan sembahyang kita.

2. Bertaubat atas dosa-dosa lalu.
Yang menjarakkan hubungan kita sebagai suami isteri itu, bukan sebab tak faham pasangan kita. Tapi semuanya kerana dosa. Lebih banyak dosa, lebih dan lebih teruk hubungan suami isteri itu sebenarnya.

3. Banyakkan buat baik.
Tak perlu tunggu pasangan buat baik. Tak perlu tanya pasangan saya dah beri, apa awak bagi? Tugas kita sebagai hamba yang memberi. Bukan asyik meminta.

Semoga Tuhan menjaga kita dari segala keburukan akhir zaman.


Spread the love

2 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!