Hujan duit di Hong Kong

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pernah dengar tak kata pepatah, Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri? 

Pada petang semalam, ‘hujan duit’ turun di daerah Sham Shui Po, Hong Kong dan perkara ini membuatkan penduduk disitu terkejut dan tidak tentu arah.

Kami baru kehilangan FB page yg mempunyai lebih 2 juta follower. Mohon seminit LIKE page baru kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini

Terdapat video yang dimuatnaik dalam talian menunjukkan duit ditaburkan dari bahagian atas bangunan sementara orang ramai di bawah bersorak dan bergegas untuk merebutnya. Ini berlaku di sepanjang Jalan Fuk Wa, dan ada gambar menunjukkan orang yang memegang nota HK$100 (USD13).

Dalam satu video di laman Facebook Epoch Cryptocurrency, seorang lelaki yang berpakaian hoodie hitam dilihat memberikan ucapan, mengumumkan bahawa ia adalah “Hari besar FCC” dan peristiwa penting akan berlaku.

“Adakah sesiapa di sini percaya bahawa wang boleh jatuh dari langit? -(Coin Young Master)

Menurut sumber, lelaki di di dalam pos video itu dipercayai pemilik Epoch Cryptocurrency, yang mempromosikan cryptocurrency. Nama sebenarnya adalah Wong Ching-Kit, walaupun dia dikenali sebagai Coin Young Master.

Beliau telah mempromosikan produk pelaburan dalam wawancara media di bawah nama yang berbeza, dan memiliki sebuah syarikat bernama Coin’s Group. 

Pihak polis untuk menyiasat insiden itu sebagai sumber wang itu mungkin tidak sah. Beliau juga mengatakan bahawa keseluruhan aksi itu berbahaya kerana ia berlaku di tempat yang sibuk pada hujung minggu.

https://www.facebook.com/denaihati786/videos/1239742046435252

Pada masa ini, polis cuba mencari Wong Ching-kit untuk membantu siasatan. Dia boleh dikenakan hukuman denda sehingga HK $ 5,000 (RM2700) dan 12 bulan penjara kerana gangguan awam.

Di Malaysia ni pula, dekat mana ada Hujan Duit?


Spread the love

55 Comments

    1. haha. jangan cakap tu kereta dia sewa drp mana mana pihak. Org marketing / sales kan memang selalu macam tu hehe

  1. selepas ini nama Wong Ching-Kit akan menjadi sebutan rakyat Hong Kong..

    ada yang akan ingat sampai bila-bila
    dan juga boleh tidak kisah siapa dia

  2. sekiranya kena penjara 12 bulan atau kena denda HK $ 5,000 pastilah tindakan dia bukan sesuatu yang bijak..

    memang benar lah pepatah Melayu..

    buat baik berpada-pada

  3. nama syarikat pemuda tersebut Coin’s Group. memang cun juga..

    lebih hebat lagi selepas kena tular di media sosial.

    ini boleh dikatakan pelaburan jenama atau branding segera

  4. Nama Coin Young Master memang menarik juga..

    ia boleh menjadi trademark dan boleh menaikkan reputasi pada peringkat yang leboh tinggi lagi

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!