Dulu julang nama negara, kini atlet MSN bersara jual jambu

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa sudah jadi?

Bekas atlet negara yang dahulunya dijulang sebagai penyumbang pingat emas negara di Sukan Para Asean 2017 di Kuala Lumpur kini hidup terumbang-ambing selepas kontraknya ditamatkan Majlis Sukan Negara (MSN).

Shukor Farhan Suliman, 23 berkata, keputusan MSN itu menyebabkan beliau tidak dapat meneruskan kerjaya sebagai atlet kebangsaan, sebaliknya terpaksa meneruskan kehidupan dengan menjual buah jambu dan terlibat dalam perniagaan gunting rambut.

“Saya bersara bukannya disebabkan kerelaan hati kerana masih ada keinginan mahu berjuang untuk negara, tetapi mungkin rezeki sebagai atlet kebangsaan hanya sampai pada tahun lepas sahaja kerana kontrak tidak disambung.

“Selepas bersara saya ada menjalankan perniagaan. Saya ada kedai gunting rambut dan baru hendak berniaga menjual jambu,”

Dua sebab daripada MSN

Shukor berkata, MSN memberikan 2 sebab kepadanya untuk tidak meneruskan kontrak sebagai atlet, iaitu kegagalan mencapai sebarang pingat dalam Sukan Para Asia 2018 dan masalah disiplin.

Shukor mengakui gagal di Sukan Para Asia di Jakarta tahun lalu kerana saingan beliau adalah juara dunia dan pemenang pingat emas Olimpik dari negara China dan Jepun. Tetapi, bab masalah disiplin beliau tidak jelas.

MSN kata mereka ada rekod disiplin, tetapi saya tidak pernah lihatpun. Apakah saya tidak serius sewaktu latihan? Sebagai atlet kita hendak berjaya dan sentiasa bersungguh-sungguh sewaktu latihan,” katanya.

Beliau tidak menjangkakan akan bersara pada usia yang sangat muda kerana percaya masih mempunyai kudrat untuk mengharumkan nama Malaysia di persada dunia.

“Saya menyasarkan untuk jangka masa panjang dalam bidang sukan, memang minat saya ke arah itu. Memang saya tidak jangka umur 22 tahun sudah bersara, sedangkan sudah mewakili negara seawal usia 17 tahun,” Shukor Farhan

Termakan janji manis MSN

Beliau akui termakan dengan janji manis MSN sehingga memutuskan untuk tidak mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kerana mahu fokus kepada Sukan Para Asia di Korea Selatan.

Mengulas mengenai perniagannya sekarang, Shukor berkata beliau kini selesa dengan kehidupan barunya sebagai orang biasa, tanpa sebarang publisiti media.

Shukor yang bakal menyambut cahaya mata pertama pada Februari depan mengaku masih bergelut dengan kekangan kewangan selepas ditamatkan kontrak oleh MSN.

Jelasnya, kerjaya sebagai atlet merupakan pekerjaan yang berisiko tinggi kerana setiap kecederaan yang dihadapi merupakan mimpi ngeri yang boleh menyebabkan kerjaya itu tamat.

Seorang lagi atlet paralimpik dalam acara berbasikal Mohd Nur Syafiq Suhaimy, 27 juga kecewa dengan tindakan MSN menamatkan kontraknya dengan alasan sudah tidak mampu mengayuh basikal.

Ia selepas Nur Syafiq mengalami patah kaki kanan akibat kemalangan di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (LATAR) pada September 2017, iaitu sehari sebelum Sukan Para Asean di Kuala Lumpur bermula.

Nur Syafiq berkata, beliau dan Shukor merupakan 2 daripada 5 atlet kebangsaan yang tidak disambung kontrak oleh MSN dan menyifatkan ia perkara luar biasa apabila begitu banyak yang tidak disambung kontrak.

Jika seramai 5 atlet tidak disambung kontrak, adakah ia masih kesalahan atlet itu sendiri. Seharusnya lihat skop lebih besar apakah punca kegagalan atlet.

kredit : FMT

8 Comments

  1. Kesiannya. Tapi takpe, umur masih muda lagi 23 tahun. ada lagi masa untuk build career yang lebih stabil dan menguntungkan. moga urusan beliau dipermudahkan aamiin !

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!