Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, bila berlaku je perang di Gaza dan Tebing Barat serta saudara se Islam dibunuh dengan kejam oleh askar Israel maka bersemangatlah kita semua nak boikot produk Israel. Biasanya pertama masuk dalam kepala KFC dan Mc Donald kerana katanya memberi sumbangan kepada Israel.
Maka berlakulah peperangan di Malaysia mengutuk kawan-kawan yang buat muka selamba masuk makan di KFC dan McD. Katanya mereka tiada semangat perjuangan kerana terus menyokong Israel. Ada terbaca status seseorang di Facebook mengutuk mereka yang bekerja di McD dengan gambar restoran McD Kota Bahru. Terlebih semangat ke tu!
Mereka yang terkorban di Gaza walaupun sekecil mana usianya sudah pasti mati syahid dan in shaa Allah (Dr Zakir kata ini ejaan yang betul) Syurga untuk mereka tetapi kita yang bercakaran di sini belum tentu lagi.
Kalau ikut sejarah KFC ditubuhkan di Kentucky USA bukan di Israel begitu juga Mc Donald. Banyak produk-produk lain yang diasaskan oleh Bangsa Yahudi seperti Facebook , Google, Coke, Pepsi yang bukan asalnya daripada Israel juga sepatutnya kita boikot tetapi kita senyap je.
Pada pandangan peribadi aku usaha boikot produk Israel adalah salah satu cara yang paling efektif untuk menekan Israel daripada terus menyerang warga Palestine. Usaha pertama yang kita perlu buat adalah menyenaraikan produk yang dihasilkan di Israel dan memboikot produk-produk tersebut. Jangan kita sibuk nak boikot produk yang dikatakan menyokong Israel sedang produk yang dihasilkan di Israel terlepas begitu sahaja.
Langkah kedua barulah menyenaraikan produk-produk yang dihasilkan di luar Israel tetapi dengan jelas telah membantu peperangan Israel untuk kita boikot. Semangat boikot ini mesti berterusan bukan hanya hangat-hangat tahi ayam bila dah sejuk isu ini maka kita pun senyap je.
Siapa boleh bantu untuk menyenaraikan produk-produk yang dihasilkan di Israel??
Alhamdulillah ada yang sudi bagi senarai @ Senarai Produk Israel dan yang menyokong Israel (tanpa pengesahan dari mana-mana pihak).
Selain boikot produk Israel kita juga boleh membantu warga palestine dengan menderma biar pun RM1 janji ikhlas. Jom derma @ Tabung Gaza.
Kepada Rakan Blogger boleh tampal banner tanda sokongan kepada perjuangan saudara kita di Gaza. Joom dapatkan @ Banner GAZA.
Kepada yang ada keberanian untuk pergi ke Gaza membantu sila klik @ Panggilan JIHAD.
Ada alim ulama kata Israel akan terus berani menyerang umat Islam selagi umat Islam jauh dengan ALLAH SWT. Katanya pertanda umat Islam semakin dekat dengan ALLAH SWT apabila solat jemaah fardu Suboh di masjd penuh seperti solat Jumaat.
Untuk jadi seperti Rachel Corrie atau Konvoi Freedom Flotilla mungkin kita tak mampu tapi sempena tahun baru 1434H mari kita azam sama-sama untuk lebih dekat dengan ALLAH supaya Israel dan penyokong-penyokongnya takut kepada Islam tidak seperti sekarang sebut Islam pun diaorang dah gelak besar agaknya.
144 Comments
Allauakbar! Sama2 kita hulurkan doa utk saudara kita di Palestin.
Moga mereka diberi kekuatan dan ketabahan yg tinggi. Allah hancurkanlah zionis Israel!!!
Curahan rasa hafizmd @ ..Menang Buku Percuma Sekarang!
Israel adalah dajjal… mari kita do’akan semoga negara itu musnah dari muka bumi.. ini…
Curahan rasa RENA SITI ANDRIANA @ ..Obat Ampuh Klamidia
Moga saja kesepakatan gencatan senjata yang disetujui semalam bisa dipatuhi, sehingga korban dari pihak saudara muslim kita tidak bertambah.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Hasil Lengkap Dan Klasemen Liga Champions Matchday Ke-5
Dalam kesepakatan gencatan senjata, Israel wajib menghentikan semua agresi ke Jalur Gaza dari darat, laut, dan udara.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Hasil Lengkap Dan Klasemen Liga Champions Matchday Ke-5
Termasuk menghentikan serangan lintas batas dan pembunuhan dengan target tertentu.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Hasil Lengkap Dan Klasemen Liga Champions Matchday Ke-5
Di sisi lain, faksi Hamas juga diminta menghentikan tembakan roket dan serangan ke Israel. Selama 24 jam setelah gencatan senjata diberlakukan, Israel berkomitmen membuka pintu perbatasan dan menghentikan larangan atas pergerakan orang dan barang ke luar atau masuk Gaza.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Hasil Lengkap Dan Klasemen Liga Champions Matchday Ke-5
Moga saja hal ini merupakan awal yang baik.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Hasil Lengkap Dan Klasemen Liga Champions Matchday Ke-5
setuju,,,,,mereka terus memborbardir karena sokongan dananya kuat,, tiada lain kita putuskan sumber dananya
Safe Gaza… Alhamdulillah, akhirnya kemenangan berpihak pada Gaza juga… Allahu Akbar!!!
Curahan rasa Noorikmal @ ..Cristiano Ronaldo Lelong Kasut Emas Demi Gaza
Assalam, kemenangan milik Gaza… Allahu Akbar!!!
Curahan rasa Noorikmal @ ..Tahniah, Irma Hasmie Dan Redza Syah Bakal Timang Bayi Lelaki
Heboh pasal nk boikot McD sekarang ni … nasib baik aku tak suka McD
Curahan rasa Razifredz @ ..Dana Bantuan Palestin melalui AQSA SYARIF
Tidak mudah sebenarnya nak memboikot, sebab setiap hari kita menggunakan produk diorang. Dari sekecil-kecil produk, sampailah yang besar.
Curahan rasa Omar @ ..Cara elak WiFi dicuri
betul tu … cuma kita yang tak perasan sebenarnya
Curahan rasa Razifredz @ ..Dana Bantuan Palestin melalui AQSA SYARIF
perang ini bukan lagi masalah agama
tapi masalah kemanusiaan…
Curahan rasa estin @ ..RAJA KELAMBU
boikot bukan jalan penyelesaian, apatah lagi boikot yang membabi buta mengikut semangat bukan mengikut fakta.
Curahan rasa noehas @ ..Penutup 2012 Kenapa Gaza / Ghazza Diserang Lagi?
Setiap kali berlaku kezaliman inilah yang diperkatakan..tapi tiada yang kekal dan memberi impak sebenar..kenapa..tepuk dada tanya hati…
Curahan rasa raudzah @ ..Gencatan Senjata tajaan Mesir legakan penduduk Gaza
Seruan untuk memboikot produk-produk Israel terus membahana. Seperti dikampanyekan oleh situs inminds.com, aksi boikot produk dan perusahaan yang mendukung Israel adalah cara damai untuk menekan aksi agresif aparteid Israel.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Hasil Lengkap Liga Champions Matchday 5
Aksi ini meniru langkah aksi boikot yang sukses menentang aparteid Afrika Selatan.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Cinta Tapi Beda – Apa Yang Dipersatukan TUHAN Tidak Dapat Dipisahkan Manusia
situs inminds.com membeberkan sejumlah produk Israel di antaranya produk makanan dan minuman seperti Danone, McDonalds, Starbucks, Coca Cola, Nestle, Jaffa, Eden, Strauss, Tivall, SodaStream
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Cinta Tapi Beda – Apa Yang Dipersatukan TUHAN Tidak Dapat Dipisahkan Manusia
Waspadai pula merek kurma Israel seperti Jordan River, Hadiklaim, Tamara, King Solomon, Jordan Plains, Karsten Farms/Kalahari dan Bomaja.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Hasil Lengkap Liga Champions Matchday 5
saya ikut meramaikan aja.
makasih infonya…
Curahan rasa Nakusan Computer @ ..Windows 8 All Edition Final Build 9200
memang kejam tuh orang israel… semogah dpt balasanya dr Allah.
Curahan rasa Susie Yanti @ ..Kata – Kata Mutiara Bijak Mario Teguh
thanx bro atas info yang diberi….doa gaza sedara islam kita sentiasa kuat dan tabah….Al-Fatihah kpd jihad mujahidin…
Curahan rasa Norizwan @ ..The Walking Dead Season 3 semakin panas
Comments are closed.