Boikot Produk Israel

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, bila berlaku je perang di Gaza dan Tebing Barat serta saudara se Islam dibunuh dengan kejam oleh askar Israel maka bersemangatlah kita semua nak boikot produk Israel. Biasanya pertama masuk dalam kepala KFC dan Mc Donald kerana katanya memberi sumbangan kepada Israel.

Maka berlakulah peperangan di Malaysia mengutuk kawan-kawan yang buat muka selamba masuk makan di KFC dan McD. Katanya mereka tiada semangat perjuangan kerana terus menyokong Israel. Ada terbaca status seseorang di Facebook mengutuk mereka yang bekerja di McD dengan gambar restoran McD Kota Bahru. Terlebih semangat ke tu!

Gaza Under Attack

Mereka yang terkorban di Gaza walaupun sekecil mana usianya sudah pasti mati syahid dan in shaa Allah (Dr Zakir kata ini ejaan yang betul)  Syurga untuk mereka tetapi kita yang bercakaran di sini belum tentu lagi.

Kalau ikut sejarah KFC ditubuhkan di Kentucky USA bukan di Israel begitu juga Mc Donald. Banyak produk-produk lain yang diasaskan oleh Bangsa Yahudi seperti Facebook , Google, Coke, Pepsi yang bukan asalnya daripada Israel juga sepatutnya kita boikot tetapi kita senyap je.

Gaza Under Attack

Pada pandangan peribadi aku usaha boikot produk Israel adalah salah satu cara yang paling efektif untuk menekan Israel daripada terus menyerang warga Palestine. Usaha pertama yang kita perlu buat adalah menyenaraikan produk yang dihasilkan di Israel dan memboikot produk-produk tersebut. Jangan kita sibuk nak boikot produk yang dikatakan menyokong Israel sedang produk yang dihasilkan di Israel terlepas begitu sahaja.

Langkah kedua barulah menyenaraikan produk-produk yang dihasilkan di luar Israel tetapi dengan jelas telah membantu peperangan Israel untuk kita boikot. Semangat boikot ini mesti berterusan bukan hanya hangat-hangat tahi ayam bila dah sejuk isu ini maka kita pun senyap je.

Siapa boleh bantu untuk menyenaraikan produk-produk yang dihasilkan di Israel??

Alhamdulillah ada yang sudi bagi senarai @ Senarai Produk Israel dan yang menyokong Israel (tanpa pengesahan dari mana-mana pihak).

Selain boikot produk Israel kita juga boleh membantu warga palestine dengan menderma biar pun RM1 janji ikhlas. Jom derma @ Tabung Gaza.

Kepada Rakan Blogger boleh tampal banner tanda sokongan kepada perjuangan saudara kita di Gaza. Joom dapatkan @ Banner GAZA.

Kepada yang ada keberanian untuk pergi ke Gaza membantu sila klik @ Panggilan JIHAD.

Ada alim ulama kata Israel akan terus berani menyerang umat Islam selagi umat Islam jauh dengan ALLAH SWT. Katanya pertanda umat Islam semakin dekat dengan ALLAH SWT apabila solat jemaah fardu Suboh di masjd penuh seperti solat Jumaat.

Untuk jadi seperti Rachel Corrie atau Konvoi Freedom Flotilla mungkin kita tak mampu tapi sempena tahun baru 1434H mari kita azam sama-sama untuk lebih dekat dengan ALLAH supaya Israel dan penyokong-penyokongnya takut kepada Islam tidak seperti sekarang sebut Islam pun diaorang dah gelak besar agaknya.


Spread the love

144 Comments

  1. saya rasa menjadi salah seorang makmum yang tegar di surau dan masjid tika solat 5 waktu lbh bermanafaat.

    kemudian melakukan solat hajat dan doa berterusan untuk rakyat Palestin mencapai kemenangan.

    saya kurang setuju dengan idea memboikot ini, lebih2 lagi jika ianya berkaitan dgn pilihan. ataupun memang ada banyak pilihan selain dari tidak makan di restoran tertentu..atau beli produk tertentu, kita kena sedia maklum..ada juga rakan2 kita bekerja secara halal di restoran atau di kilang terbabit.

    jika nak boikot..boikot sebetul2nya. atau gunakan kembali medium penghasilan yahudi sebagai medium utk mencela setiap perbuatan Ziones yang kejam
    Curahan rasa Ladfe Amir @ ..Mak..Akhirnya Aku Tahu SebabnyaMy Profile

  2. isu boikot sudah lama. tapi sampai sekarang tak nampak sebarang perkembangan.

    memang bagus untuk memboikot terutama produk yang melibatkan israel dan penindasan mereka ke atas palestine. tapi sebelum itu ada baiknya kita perlengkapkan diri dulu. boikot sekadar bercakap tanpa tindakan tak ada sebarang makna. itulah realiti yang berlaku sekarang. kebanyakkan asyik laung boikot! boikot! bila dah reda isu palestine ni, back to normal. boikot ke mana, produk israel yang guna juga

  3. assalamualaikum. ape yg terjadi dmuka bumi ini adlh d atas perilaku umat islam itu sndri. Allah sndri mengatakan: org islam itu hidup dsisi AKU, org bkn islam itu MATI dsisi AKU. so sbenarnya org bkn islam(yahudi) ni mati dsisi Allah. sebenarnya segala kemungkaran n bana yg berlaku adlh datas kesilapan kita (t’utamanya saya yg bckp) di dunia yg Allah mungkar. saya bckp utk diri sy yg jahil ini. mudah mudahan Allah bg saya taufik n hidayah dahulu serta smua umat islam satu dunia. 🙂
    Curahan rasa sarhan @ ..How Does a Far Infrared Sauna Work?My Profile

  4. terkutuklah israel si kejam tak berhati nurani, tetapi walau bagaimanapun itu sudah digariskan dalam al-quran bahwa yahudi tidak akan berhenti melumpuhkan umat islam selama belum mengikuti mereka, namun apa yang bisa kita lakukan kecuali berdo`a dan berusaha membaikot seperti yang dikatakan bang denai, karena kita juga tak akan mati kalo tak makan produk mereka, tumbuhan yang tumbuh dilingkuangan kita lebih sehat dari pada produk2 mereka,,
    Curahan rasa penowo @ ..Tips Menjadi Blogger SuksesMy Profile

  5. kita yang “kecil kecil” nih sebenarnya kalau bersatu , boleh jadik kuat… kan? kadang tak faham juga dgn org yg dok argue pasal hal sokong tak sokong barangan israel nih.. xde sumber yang beri penerangan kenapa perlu boikot dgn menggunakan bahasa paling mudah difahami , bila masing2 tulis pun guna ayat tersurat lagi tersirat.. org yg baca makin keliru.. kita dah dibiasakan manja dgn barangan diorang.. nak tarik balik kena pelan pelan jugak kan.. tapi kalau lah sumer penulis bersatu , tulis dengan hati dengan jelas dan bernas , pasti semua yang baca boleh faham.. yang jadik masalah bila ajak menyokong tapi guna bahasa keras ( tau la marah kat israel ) tapi kalau dah nak ajak tu kasar dan keras , cemana orang nak ikut dan terima kan..? dayah dah baca banyak coretan pasal gaza , apa yang dayah rasa ? kosong . tak sampai. kalau lah dayah pandai menulis … hurrmm.. 🙂
    Curahan rasa dayah @ ..beri signal ketika memandu akan disaman ???My Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!