Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, bila berlaku je perang di Gaza dan Tebing Barat serta saudara se Islam dibunuh dengan kejam oleh askar Israel maka bersemangatlah kita semua nak boikot produk Israel. Biasanya pertama masuk dalam kepala KFC dan Mc Donald kerana katanya memberi sumbangan kepada Israel.
Maka berlakulah peperangan di Malaysia mengutuk kawan-kawan yang buat muka selamba masuk makan di KFC dan McD. Katanya mereka tiada semangat perjuangan kerana terus menyokong Israel. Ada terbaca status seseorang di Facebook mengutuk mereka yang bekerja di McD dengan gambar restoran McD Kota Bahru. Terlebih semangat ke tu!
Mereka yang terkorban di Gaza walaupun sekecil mana usianya sudah pasti mati syahid dan in shaa Allah (Dr Zakir kata ini ejaan yang betul) Syurga untuk mereka tetapi kita yang bercakaran di sini belum tentu lagi.
Kalau ikut sejarah KFC ditubuhkan di Kentucky USA bukan di Israel begitu juga Mc Donald. Banyak produk-produk lain yang diasaskan oleh Bangsa Yahudi seperti Facebook , Google, Coke, Pepsi yang bukan asalnya daripada Israel juga sepatutnya kita boikot tetapi kita senyap je.
Pada pandangan peribadi aku usaha boikot produk Israel adalah salah satu cara yang paling efektif untuk menekan Israel daripada terus menyerang warga Palestine. Usaha pertama yang kita perlu buat adalah menyenaraikan produk yang dihasilkan di Israel dan memboikot produk-produk tersebut. Jangan kita sibuk nak boikot produk yang dikatakan menyokong Israel sedang produk yang dihasilkan di Israel terlepas begitu sahaja.
Langkah kedua barulah menyenaraikan produk-produk yang dihasilkan di luar Israel tetapi dengan jelas telah membantu peperangan Israel untuk kita boikot. Semangat boikot ini mesti berterusan bukan hanya hangat-hangat tahi ayam bila dah sejuk isu ini maka kita pun senyap je.
Siapa boleh bantu untuk menyenaraikan produk-produk yang dihasilkan di Israel??
Alhamdulillah ada yang sudi bagi senarai @ Senarai Produk Israel dan yang menyokong Israel (tanpa pengesahan dari mana-mana pihak).
Selain boikot produk Israel kita juga boleh membantu warga palestine dengan menderma biar pun RM1 janji ikhlas. Jom derma @ Tabung Gaza.
Kepada Rakan Blogger boleh tampal banner tanda sokongan kepada perjuangan saudara kita di Gaza. Joom dapatkan @ Banner GAZA.
Kepada yang ada keberanian untuk pergi ke Gaza membantu sila klik @ Panggilan JIHAD.
Ada alim ulama kata Israel akan terus berani menyerang umat Islam selagi umat Islam jauh dengan ALLAH SWT. Katanya pertanda umat Islam semakin dekat dengan ALLAH SWT apabila solat jemaah fardu Suboh di masjd penuh seperti solat Jumaat.
Untuk jadi seperti Rachel Corrie atau Konvoi Freedom Flotilla mungkin kita tak mampu tapi sempena tahun baru 1434H mari kita azam sama-sama untuk lebih dekat dengan ALLAH supaya Israel dan penyokong-penyokongnya takut kepada Islam tidak seperti sekarang sebut Islam pun diaorang dah gelak besar agaknya.
144 Comments
Allahu Akbar!! Allahu Akbar!!
Allahu Akbar!! Allahu Akbar!!
ISRAEL akhirnya mengumumkan gencatan senjata !! KEMENANGAN BUAT GAZA..
Syukur, segala puji hanya bagi Allah..
P/S : https://www.facebook.com/muhamad.nazario.5/posts/543959092298891
Curahan rasa Misz Mieza @ ..Doa Ku Buat Mu..
Thanks bro di atas senarai produk yg di lapirkan…
Tapi bro sy rasa rakyat kita khususnya org Islam la… blh kah kita hidup tanpa produk2 tu semua? asal dpt gaji gi mkn kat situ… sedihlah… yg keje kat restoran tu pun anak2 melayu yg sememangnya Islam… Wallahualam..
Curahan rasa potia casadelarossa @ ..Kata KUNCI dan TAG untuk Meningkatkan SEO
Apa yg penting kita mesti belajar hidup tanpa produk dari Israel tu… banyak lagi produk lain….
Curahan rasa Noorikmal @ ..Khairul Fahmi Dan Leuniey Bakal Nikah 28 Disember 2012
terima kasih bro atas senarai barangan yahudi tu..
rasanya yg kerap digunakan barangan nestle la…. Insyaallah akan bertukar pada produk lain..
Curahan rasa Hairul Hissam @ ..Agak Busy Buat Rahsia Putu Piring/Bambu & Forum Sendiri | Nak Bagi Harga DISKAUN Pelancaran
tiada langkah seterusnya kalau kita tidak mula langkah pertama. boikot barangan yg anda boleh.. kemudian beralih kpd yg lain..
Emm kadang2 bab boikot ni ramai yang hangat-hangt tahu ayam jer..hehe..tgok la mcm mn nanti yer..setuju dengan ayat last tu..hehe
Curahan rasa Hafizul @ ..Wordless Wednesday #35 – Terima Kasih Suri – Blog cahayacinta.com
boikot Produk israel perlu disertakan dengan alternatif kepada produk yg diboikot tu.. so, ade sesiape x yg nk listkan produk alternatif?? hehe
Curahan rasa Blue Vader @ ..Perlukah Program Penerapan Uitm Dihapuskan?
tepuk dada tanya hati. setiap amalan yang kita buat walaupun kecil Allah nampak:) dan sekarang sekecil2 cara yang boleh anda buat adalah boikot, maka lakukanlah dengan ikhlas:)
Curahan rasa nik @ ..Iphone 5 dan susu tepung?
hmm..aku memang benci israel masa kini..go to hell
Curahan rasa Weschairs @ ..iPhone 5 gadget impian
oummmmm….tu la tgok yg kat mcd berpusu bratur mkn free pon ade…yg dok keji2 kat fb pon ade…kne check ni produk2 israel…haihhhhh
Curahan rasa syapit wahab @ ..Mampukah Lagi Aku
Boikot jangan tak boikot. Tak boikot semua, boikot sikit pun takpe, 1% pun takpe sekadar yang kita mampu. Orang yang tak nak boikot akan beri alasan macam-macam, hipokrit la, tak memberi kesan la …
Apartheid dulu pun jatuh disebabkan boikot.
Curahan rasa GreenLava @ ..Pinterest Pin It button on image hover
Seandinya tidak menjadi kesalahan inigin saya berkongsi di sini senarai barangan israel dan cadangan seorang ulamak agar memboikot barangan israel. nilailah sendiri dengan kebijaksanaan. memang ada barangan yg boleh diboikot tanpa menjejaskan nasib umat islami malaysia http://suarapemikir.blogspot.com/2012/11/dr-mohd-asri-boikot-segala-barangan.html?utm_source=BP_recent
Curahan rasa Suara Pemikir @ ..Syahdu : Ibu Menyanyi Menidurkan Anaknya Di GAZA
isu yang sudah lama berlarutan, harap ada penyelesaian
Curahan rasa donnyien @ ..Fokus utama menulis, berblogging
boikot ini asalkan boleh lemahkan israel memang boleh dilakukan
Curahan rasa beckhrooy @ ..Trafik Blog Tertinggi 6000 UV Beckhrooy.com
Comments are closed.