Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, aku sebenar agak pelik sejak sebulan dua ini kemasukan trafik organik ke blog ini dengan keywords “Fatin Liyana” semakin menjadi-jadi. Setiap hari ada saja peminat Dr. Fatin Liyana yang singgah di blog ini mencari informasi terkini mungkin.
Bukanlah perkara yang pelik blog ini menjadi rujukan peminat blogger cantik Fatin Liyana kerana sejak 2012 lagi beliau menjadi top blogger blog Denaihati. Sejak tahun 2012 diikuti tahun 2013 dan 2014 , Fatin Liyana sentiasa mengungguli carta top 10 keywords tahunan blog Denaihati. Cuma kali ini berbeza sedikit jumlah yang mencari terlalu ramai daripada kebiasaan.
Mungkinkah kerana teguran Fatin Liyana kepada aku? Aku tidak ambil hati walaupun pernah ditegur secara peribadi oleh Dr. Fatin Liyana untuk mengeluarkan beberapa gambar remaja di dalam beberapa entri tulisan aku. Hajat Dr. Fatin Liyana telah aku kabuli dengan memadam semua gambar terlajak aksi untuk menyokong perubahan yang sedang beliau usahakan seiring dengan perubahan kerjaya dan usia.
[box type=”shadow”]Sponsor Ads
Rahsia Main Instagram 1 jam sehari dan jana pendapatan 4 angka sebulan! Klik Sini
Jana Duit 5 angka sebulan tanpa modal. Rahsianya terbongkar! Klik Sini
Rahsia Main Facebook 1 jam sehari dan jana pendapatan 4 angka sebulan! Klik Sini[/box]
Akhirnya aku mendapat jawapan sebenar mengapa kemasukan keywords “Fatin Liyana” sangat luar biasa. Rupanya ini jugalah sebab utama mengapa sahabat aku blogger hartanah no 1 Malaysia, Abang Ensem bermuram durja. Malang Abang Ensem berganda apabila gadis pujaan Hanis Zalikha yang pernah aku gossip dalam entri “Bila isteri tidak percaya suami berpoligami” juga telah di lamar oleh Hairul Hazreen di atas pentas Gegar Vaganza.
Rupanya Dr. Fatin Liyana yang baru terpilih mendapat anugerah Tokoh Srikandi Negara telah disunting oleh Dr. Anwar Fazal penulis novel DIAgnosis juga sepupu kepada pengarah filem Syamsul Yusof. Tahniah aku ucapkan kepada Fatin Liyana top blogger Malaysia yang sudah mengikat tali pertunangan dengan jejaka pilihan hati, Dr Anwar pada 21/12/2014. Kepada semua peminat yang nak melihat gambar majlis pertunangan Dr Fatin Liyana Asri bolehlah terus ke entri bertajuk “Majlis pertunangan Fatin Liyana” atau ke entri blog sahabat seperjuangan aku bertajuk “Fatin Liyana bertunang“.
Semuga entri ini dapat memberi jawapan kepada semua pencari informasi Fatin Liyana yang sentiasa singgah di sini … terima kasih tidak terhingga.
109 Comments
Alhamdulillah dah bertunang. Sama cantik dan sama padan. Semoga bahagia hingga ke syurga
Curahan rasa qtiechan @ ..Sporo igauan ngeri kucing dan pemiliknya
Nice article, and congratulations doctor fatin and happy ending,
Blogger succes from malaysian
Curahan rasa treat facial,beauty women @ ..How to Care For Skin Beauty With Exfoliate
blogger dah bertunang mestilah akan ada lagi blogger wanita baru yang popular suatu hari nanti
Curahan rasa Abdullah @ ..Termasuk Syirik Memakai Cincin dan Benang dan Semisal Keduanya Untuk Menghilangkan dan Menolak Bala
ramai yang cari info pasal Fatin Liyana ni…sebab tu la ada saja keyword tu yang masuk blog ni…
da bertunang rupanya…ramai la yang patah hati lagi…hari tu Hanis Zalikha…kali ni Dr. Fatin Liyana pula…kih3
Curahan rasa Ezad Skytech @ ..Pak Uda Kitchen & Grill Pusat Perdagangan Selaseh
Alhamdulillah. Tahniah Fatin Liyana 🙂
Sama cantik sama padan la
Semoga semuanya berjalan lancar utk next step plak…ameen
Tahniah da bertunang….cantik…macam majlis kahwin dah…sama cantik sama padan
Curahan rasa Gee @ ..Ingin Anak Cerdik, Genius!!
dah bertunang..tahniah utk Dr Fatin dan tunang, sama cantik sama padan.
Curahan rasa Lini @ ..Rahsia Awet Muda dengan Vivix
comelnya.. sama cantik dan sama padan .. sama bijak 🙂
moga dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah
Curahan rasa Dalina @ ..Kisah saya jatuh CHENTA dengan set Menyusu SHAKLEE
Cantik sangat…!!
Tahniah buat Dr Fatin Liyana dan pasangan…Semoga dipermudahkan urusan pernikahan nanti..ameen…(^_^)
Curahan rasa SyazwaniSobri @ ..Selamat Hari Raya AidilAdha 1435H
Pernah jumpa doktor Fatin d HUKM…berseri-seri tapi tak sempat nak bergambar…hihi
Curahan rasa maisarah @ ..Pencuci Muka yang Best untuk Kulit yang Best!!!
Sama cantik sama padan bagai pinang dibelah dua…Tahniah…moga berbahagia hingga ke akhir hayat… Aminnnnn… 🙂
Curahan rasa siti norsuhamidah suboh @ ..Siapa Pengasas Shaklee…?
waaa..sama cantik sama padan… semoga kekal ke akhir hayat..
Curahan rasa farasainai @ ..Shaklee effect- Nampak muda dari Umur asal
wah, tahniah! sama cantik sama padan pasangan doktor ni. So sweet!
Tahniah..sama cantik, sama padan.. minat pun lebih kurang same je.
moga jodoh hingga ke jannah
Curahan rasa jaja @ ..Kesan Makan Vitamin
waaaa…sama cantik sama padan..semoga kekal ke akhir hayat…
Comments are closed.