Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, aku sebenar agak pelik sejak sebulan dua ini kemasukan trafik organik ke blog ini dengan keywords “Fatin Liyana” semakin menjadi-jadi. Setiap hari ada saja peminat Dr. Fatin Liyana yang singgah di blog ini mencari informasi terkini mungkin.
Bukanlah perkara yang pelik blog ini menjadi rujukan peminat blogger cantik Fatin Liyana kerana sejak 2012 lagi beliau menjadi top blogger blog Denaihati. Sejak tahun 2012 diikuti tahun 2013 dan 2014 , Fatin Liyana sentiasa mengungguli carta top 10 keywords tahunan blog Denaihati. Cuma kali ini berbeza sedikit jumlah yang mencari terlalu ramai daripada kebiasaan.
Mungkinkah kerana teguran Fatin Liyana kepada aku? Aku tidak ambil hati walaupun pernah ditegur secara peribadi oleh Dr. Fatin Liyana untuk mengeluarkan beberapa gambar remaja di dalam beberapa entri tulisan aku. Hajat Dr. Fatin Liyana telah aku kabuli dengan memadam semua gambar terlajak aksi untuk menyokong perubahan yang sedang beliau usahakan seiring dengan perubahan kerjaya dan usia.
[box type=”shadow”]Sponsor Ads
Rahsia Main Instagram 1 jam sehari dan jana pendapatan 4 angka sebulan! Klik Sini
Jana Duit 5 angka sebulan tanpa modal. Rahsianya terbongkar! Klik Sini
Rahsia Main Facebook 1 jam sehari dan jana pendapatan 4 angka sebulan! Klik Sini[/box]
Akhirnya aku mendapat jawapan sebenar mengapa kemasukan keywords “Fatin Liyana” sangat luar biasa. Rupanya ini jugalah sebab utama mengapa sahabat aku blogger hartanah no 1 Malaysia, Abang Ensem bermuram durja. Malang Abang Ensem berganda apabila gadis pujaan Hanis Zalikha yang pernah aku gossip dalam entri “Bila isteri tidak percaya suami berpoligami” juga telah di lamar oleh Hairul Hazreen di atas pentas Gegar Vaganza.
Rupanya Dr. Fatin Liyana yang baru terpilih mendapat anugerah Tokoh Srikandi Negara telah disunting oleh Dr. Anwar Fazal penulis novel DIAgnosis juga sepupu kepada pengarah filem Syamsul Yusof. Tahniah aku ucapkan kepada Fatin Liyana top blogger Malaysia yang sudah mengikat tali pertunangan dengan jejaka pilihan hati, Dr Anwar pada 21/12/2014. Kepada semua peminat yang nak melihat gambar majlis pertunangan Dr Fatin Liyana Asri bolehlah terus ke entri bertajuk “Majlis pertunangan Fatin Liyana” atau ke entri blog sahabat seperjuangan aku bertajuk “Fatin Liyana bertunang“.
Semuga entri ini dapat memberi jawapan kepada semua pencari informasi Fatin Liyana yang sentiasa singgah di sini … terima kasih tidak terhingga.
109 Comments
comey nye Fatin Liyana..kecik molek. Sweet aje bile pakai baju kaler sof pink. Tahniah dan moga berkekalan
Curahan rasa Wanie @ ..Bagaimana Payudara Berfungsi?
cantiknyaaa. semoga kekal hingga ke jinjang pelamin dan kekal hingga ke jannah
taniah kepada beliau. harap dapat berkekalan hingga hujung nyawa. insyaALLAH,
Curahan rasa Tim Nusara Catering @ ..Video Kenangan Indah oleh Eternity Production
Tahniah kepada beliau.
Memang impian ramai orang untuk bertunang Sebegini..hihi
Harap-harap saya dijemputlah ke walimatul urus nya nanti..hihihihi..agak-agak ada yang sponsor tak majlis dia?
Semoga jodohmu berkekalan till Jannah doc! 😀
Curahan rasa faezahjalil @ ..Gula-gula Shaklee untuk si manja anda! Vita-lea for children pilihan mama!
Baru first time sebenarnya melawat blog ni sejak bergelar blogger ni. Tertarik lepas kawan-kawan share pasal info best-best kat sini. Alhamdulillah.. Dah bertunang Dr Fatin Liyana. Semoga dipanjangkan jodoh dan bahagia hendaknya. AMin3..
Curahan rasa ReeN @ ..Saya, Gajet dan Bisnes
alhamdulilah dah bertunang blogger dr fatin liyana… tahniah semoga dipermudah untuk ke fasa seterusnya…
Curahan rasa Cik Ash @ ..Segmen : Selamat Hari Lahir By Cik Ash
Semoga ke jinjang pelamin dan seterusnya berkekalan pula sampai ke anak cucu dan cicit serta piut
Curahan rasa Mohd Shubhi @ ..Perbezaan besar antara ada mentor berbanding tak ada
Bertuah denaihati dapat menumpang tempias kehebatan Fatin Liyana… Semoga FL beroleh kebahagiaan berkekalan
Curahan rasa BM @ ..Azam Baru Kekalkan Planet Biru Agar Tidak Di Buru
calon suaminya juga seorang dokter ya apakah dia seorang blogger juga
Curahan rasa blogger bumi lasinrang @ ..Ikhwan Berhenti Merokok (Fatwa Ulama Ahlus Sunnah Wal Jama’ah Seputar Hukum Rokok)
Tahniah Adik Fatin Liyana.. semoga terus sukses dunia dan akhirat
Curahan rasa Aya @ ..Malaysia Best Blog 2015 – 10 Blog Pilihan Terbaik
Dan disunting orang rupanya blogger nie..pilihan hati pon bidang sama juga..tahniah!
Curahan rasa Si Bongkok @ ..#Motivasi – Kisah Kejayaan Dari Affiliate Amazon Associates
Tahniah Dr Fatin. Semoga berbahagia dengan jejaka pilihan. Memang sepadan dengan seorang doktor yang bijak lagi jelita.
Curahan rasa Jehan @ ..Pembekal Kanopi / Khemah berkualiti Malaysia | Saidina Excel Canopy
Patut la ramai peminat Fatin, comel bloggernya. Tahniah Fatin Liyana.
peminat fatin liyana dah kecewa. haha. takpe masih ramai lagi blogger cantik di malaysia.
Curahan rasa nikkhazami @ ..Laman Web MAS Digodam
Comments are closed.