Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, aku sebenar agak pelik sejak sebulan dua ini kemasukan trafik organik ke blog ini dengan keywords “Fatin Liyana” semakin menjadi-jadi. Setiap hari ada saja peminat Dr. Fatin Liyana yang singgah di blog ini mencari informasi terkini mungkin.
Bukanlah perkara yang pelik blog ini menjadi rujukan peminat blogger cantik Fatin Liyana kerana sejak 2012 lagi beliau menjadi top blogger blog Denaihati. Sejak tahun 2012 diikuti tahun 2013 dan 2014 , Fatin Liyana sentiasa mengungguli carta top 10 keywords tahunan blog Denaihati. Cuma kali ini berbeza sedikit jumlah yang mencari terlalu ramai daripada kebiasaan.
Mungkinkah kerana teguran Fatin Liyana kepada aku? Aku tidak ambil hati walaupun pernah ditegur secara peribadi oleh Dr. Fatin Liyana untuk mengeluarkan beberapa gambar remaja di dalam beberapa entri tulisan aku. Hajat Dr. Fatin Liyana telah aku kabuli dengan memadam semua gambar terlajak aksi untuk menyokong perubahan yang sedang beliau usahakan seiring dengan perubahan kerjaya dan usia.
[box type=”shadow”]Sponsor Ads
Rahsia Main Instagram 1 jam sehari dan jana pendapatan 4 angka sebulan! Klik Sini
Jana Duit 5 angka sebulan tanpa modal. Rahsianya terbongkar! Klik Sini
Rahsia Main Facebook 1 jam sehari dan jana pendapatan 4 angka sebulan! Klik Sini[/box]
Akhirnya aku mendapat jawapan sebenar mengapa kemasukan keywords “Fatin Liyana” sangat luar biasa. Rupanya ini jugalah sebab utama mengapa sahabat aku blogger hartanah no 1 Malaysia, Abang Ensem bermuram durja. Malang Abang Ensem berganda apabila gadis pujaan Hanis Zalikha yang pernah aku gossip dalam entri “Bila isteri tidak percaya suami berpoligami” juga telah di lamar oleh Hairul Hazreen di atas pentas Gegar Vaganza.
Rupanya Dr. Fatin Liyana yang baru terpilih mendapat anugerah Tokoh Srikandi Negara telah disunting oleh Dr. Anwar Fazal penulis novel DIAgnosis juga sepupu kepada pengarah filem Syamsul Yusof. Tahniah aku ucapkan kepada Fatin Liyana top blogger Malaysia yang sudah mengikat tali pertunangan dengan jejaka pilihan hati, Dr Anwar pada 21/12/2014. Kepada semua peminat yang nak melihat gambar majlis pertunangan Dr Fatin Liyana Asri bolehlah terus ke entri bertajuk “Majlis pertunangan Fatin Liyana” atau ke entri blog sahabat seperjuangan aku bertajuk “Fatin Liyana bertunang“.
Semuga entri ini dapat memberi jawapan kepada semua pencari informasi Fatin Liyana yang sentiasa singgah di sini … terima kasih tidak terhingga.
109 Comments
Tahniah kepada Dr Fatin Liyana….semoga bahagia sehingga ke akhir hayat bila berkahwin nanti….
adik fatin liyana surely ada aura dan tarikan dia yang tersendiri yg menyebabkannya jadi blogger yg digemari ramai 🙂
Curahan rasa Safiya @ ..Who is Prophet Muhammad SAW to Muslims?
Tahniah..sama cantik, sama padan.. minat pun lebih kurang same je. moga jodoh hingga ke jannah..
Curahan rasa Suhana Salihuddin @ ..Daniel, anak syurga kami
tahniah FL.. pemnat peminat FL jangan la makan hati pulak ye. hehe
Tahniah kpd Dr Fatin Liyana. Ketemu jodoh dgn Dr juga. Semoga diberkati Allah sehingga ke alam perkahwinan dan sehingga ke syurga. 🙂
Curahan rasa Afiffuddin @ ..Semak Tracking Number Poslaju Malaysia Online
tahniah kepada Dr Fatin Liyana….semoga bahagia sehingga ke akhir hayat bila berkahwin nanti….
Curahan rasa asraff ruslan @ ..Raja Abdullah Arab Saudi Telah Mangkat
begit u menarik mengikuti kisahnya mulai dari mahasiswa sampai bekerja dan bertunangan saat ini
Curahan rasa islam di dadaku @ ..PERINGATAN KEPADA PENOLAK POLIGAMI
She’s very adorable… sangat kagum dengan beliau…semoga beliau berbahagia hendaknya…
Curahan rasa TheTiramisuLovers @ ..Suku Abad Sudah…
saye memang minat fatin liyana, folo blog die dari zaman die kat bandung lagi…dah bertunang die, sama cantik sama padan…
Curahan rasa norulhuda @ ..Kenapa Alfafa Shaklee Wajib Ada Disetiap Rumah DiMalaysia
Untungnya jadi blogger wanita..ramai peminat huhu,yang bestnya sampai ke nak khawin pun orang jejak
Curahan rasa ishak @ ..cara membuat cover ebook 3d dengan photoshop
woww!!! cantik fatin liyana bersama dengan tunangnya . alhamdulillah mereka hampir ke jinjang pelamin. hehehe
Curahan rasa Syafik @ ..KISAH SEDIH SI UMAR APABILA MENDAPAT TAHU KE’HAMIL’AN ISTERINYA
Mengapa mudahnya hatimu mendua
Ku lapangkan dada walau aku terluka
Semoga bahagia bersama dirinya
Karena kau telah memilih dia
Semoga bahagia till Jannah
Curahan rasa WhatsApp Web @ ..Cara Guna WhatsApp Web di Google Chrome
dah lama kan diorg bertunang ni..laki tu senior skolah dulu, bagus budaknya hehehe
Curahan rasa JMR @ ..Jejaka sepi
Banyak yang patah hati mengetahui dokter fatin bertunang. semoga kelak akan menjadi keluarga yang SAMARA.aamiin
Curahan rasa luthfi @ ..Perbaikan Kulit Malam Hari
hehe mungkin..sebab ramai gk yg menaruh hati senyap2 kat doc muda ni kan
Curahan rasa JMR @ ..Jejaka sepi
Cantik nye dr fatin ini, saya sendiri baru tahu bahwa dia adalah blogger. Salam dari Indonesia,
mampir ya
Curahan rasa kejakeja.com @ ..3 Jenis Bunga yang Tahan Lama dan Murah
Comments are closed.