Blogger Adalah Pemikir Hebat

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1 Dunia, alhamdulillah seorang lagi rakan FB Group Denaihati Network yang menjadi penulis jemputan di blog Denaihati.com. Entri ini adalah daripada DaddyDee, pemilik blog daddydee.net. Joom sama-sama kita baca.

Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku.

Blogger adalah pemikir yang hebat bagi saya. Blogger adalah penulis, yang berfikir untuk berkongsi idea hebat selain daripada hobi suka-suka. Dalam suka-suka boleh menjana wang, menjana sahabat, menjana peminat, menjana ilmu dan menjana jodoh, begitulah hebatnya blog. Hanya blogger mengenal blog mereka.

Blogger adalah pemikir hebat
Blogger adalah pemikir hebat

Mengapa saya katakan blogger adalah pemikir hebat? Bagi saya blogger yang hebat adalah blogger yang mampu menulis entri yang sangat berkualiti. Bukan senang untuk hasilkan entri yang berkualiti dan bukan nya susah.

Untuk menulis satu entri blogger perlu fikirkan: Apa yang ingin disampaikan? Bagaimana untuk disampaikan? Hasil dari penyampaian yang disampaikan?

 

Olahan idea yang jelas adalah perlu bagi memudahkan pembaca faham akan apa yang ingin disampaikan. Gaya bahasa tidak kisah gaya bahasa apa yang ingin mereka gunakan janji pembaca faham dan matlamat sampai. Sebaiknya elakkan guna bahasa SMS dan gunakan bahasa yang difahami oleh semua, bahasa pasar pun boleh diterima lagi.

Jadi untuk jadi blogger perlu jadi pemikir hebat perlu ada kelulusan semua? Tidak perlu menjadi berkelulusan untuk jadi blogger hebat. Tapi cukuplah tahu berfikir yang topik yang kita kongsikan akan memberi manafaat kepada pembaca atau tidak? Jika, ya tulis lah bahan itu dan jika tidak baik lupakan saja.

Kenapa perlu tulis entri yang bermanafaat? Kerana blog adalah medan perkongsian ilmu. Jika ilmu yang baik kita kongsikan maka baiklah saham yang kita perolehi untuk dunia dan akhirat. Selain ilmu yang ditulis boleh dipraktikkan oleh orang lain dan memberi keuntungan kepada orang lain seperti abangensem yang membantu orang lain memiliki rumah melalui tips hartanahnya. Selagi tips itu digunakan selagi itu blogger dapat share. Saham ilmu adalah satu-satunya saham yang tidak akan habis selagi ia digunakan.

Bayangkan jika kita menulis satu fitnah? Fitnah itu dibaca oleh 100 orang sehari selama blog itu masih ada. Tersebar dan terus tersebar fitnah itu ke seantaro dunia maya dan nyata. Dapat bayangkan berapa saham yang akan kita terima? Selama entri itu tidak dipadam ia akan kekal selamanya.

Sebab itulah blogger perlu jadi pemikir hebat, perlu berfikir sedalam-dalamnya sebelum menulis perihal sesuatu perkara. Kaji dengan jelas sebelum ianya ditulis dan diletakkan di blog. Fikir fikirkan.


Spread the love

153 Comments

  1. Saya setuju semua point dia atas, perlu bijak dan tahu apa yg ditulis..saya cukup tak suka tulis tentang gossip..tiada kesahihan & buka aib org..tambah dosa je 🙂

  2. setuju dengan N3 ini…cuba perbaiki penulisan sendiri dan masih mempelajari bagaimana hendak menjadi seorang blogger yang berjaya.

  3. itulah kualiti yang harus dijaga oleh seorang blogger.nak jadi blogger mmg senang..nak maintain dan attract pembaca tu yang agak susah..blogger yang selalu sebarkan perkara tak baik ni.tujuan depa hanya satu..blog untuk dapatkan income je..tapi dari segi pembangunan modal insan tu….tiada dalam pemikiran..

    apa yang penting, blog top hits,income naik…blogger gini biasanya akan mati kalau tuan blognya entah kemana..:D
    Curahan rasa reezluv @ ..Contest Mudah – Review Fotocinta & MenangMy Profile

  4. fikirkan baik buruknya setiap tulisan kita kerana dosanya kita yang tanggung.
    kongsilah ilmu dan pengalaman hidup yang bermanfaat buat orang lain.
    saya sendiri menerapkan penulisan di blog saya berkisarkan tentang perkembangan anak membesar agar menjadi rujukan orang lain (seandainya bermanfaat).walaupun belum tentu apa yang saya kongsikan itu terbaik untuk orang lain juga.

    menulis dengan hati tenang, tidak perlu panjang kalau isinya kosong..

  5. Blogger sememangnya perlu bijak untuk memberi input kepada pembaca.. Pada entry ini banyak yang saya dapat pengajaran, dahulunya saya juga ada membuat entry panas berunsur gosip dan apa sahaja yang panas.. Namun selepas menghadiri seminar buat duit dengan blog anjuran Denaihati banyak merubah diri saya..

    1. kalau yang copy paste itu blog Denaihati juga ada yang terkena tempias.. Ikutkan negara orang lain ada yang kene saman sudah.. Beri backlink atau minta kebenaran itu sudah memadai kan??
      Curahan rasa Irwan Alessa @ ..Isu jual anakMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!