Assalamualaikum dan Salam 1 Dunia, alhamdulillah seorang lagi rakan FB Group Denaihati Network yang menjadi penulis jemputan di blog Denaihati.com. Entri ini adalah daripada DaddyDee, pemilik blog daddydee.net. Joom sama-sama kita baca.
Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku.
Blogger adalah pemikir yang hebat bagi saya. Blogger adalah penulis, yang berfikir untuk berkongsi idea hebat selain daripada hobi suka-suka. Dalam suka-suka boleh menjana wang, menjana sahabat, menjana peminat, menjana ilmu dan menjana jodoh, begitulah hebatnya blog. Hanya blogger mengenal blog mereka.
Mengapa saya katakan blogger adalah pemikir hebat? Bagi saya blogger yang hebat adalah blogger yang mampu menulis entri yang sangat berkualiti. Bukan senang untuk hasilkan entri yang berkualiti dan bukan nya susah.
Untuk menulis satu entri blogger perlu fikirkan: Apa yang ingin disampaikan? Bagaimana untuk disampaikan? Hasil dari penyampaian yang disampaikan?
Olahan idea yang jelas adalah perlu bagi memudahkan pembaca faham akan apa yang ingin disampaikan. Gaya bahasa tidak kisah gaya bahasa apa yang ingin mereka gunakan janji pembaca faham dan matlamat sampai. Sebaiknya elakkan guna bahasa SMS dan gunakan bahasa yang difahami oleh semua, bahasa pasar pun boleh diterima lagi.
Jadi untuk jadi blogger perlu jadi pemikir hebat perlu ada kelulusan semua? Tidak perlu menjadi berkelulusan untuk jadi blogger hebat. Tapi cukuplah tahu berfikir yang topik yang kita kongsikan akan memberi manafaat kepada pembaca atau tidak? Jika, ya tulis lah bahan itu dan jika tidak baik lupakan saja.
Kenapa perlu tulis entri yang bermanafaat? Kerana blog adalah medan perkongsian ilmu. Jika ilmu yang baik kita kongsikan maka baiklah saham yang kita perolehi untuk dunia dan akhirat. Selain ilmu yang ditulis boleh dipraktikkan oleh orang lain dan memberi keuntungan kepada orang lain seperti abangensem yang membantu orang lain memiliki rumah melalui tips hartanahnya. Selagi tips itu digunakan selagi itu blogger dapat share. Saham ilmu adalah satu-satunya saham yang tidak akan habis selagi ia digunakan.
Bayangkan jika kita menulis satu fitnah? Fitnah itu dibaca oleh 100 orang sehari selama blog itu masih ada. Tersebar dan terus tersebar fitnah itu ke seantaro dunia maya dan nyata. Dapat bayangkan berapa saham yang akan kita terima? Selama entri itu tidak dipadam ia akan kekal selamanya.
Sebab itulah blogger perlu jadi pemikir hebat, perlu berfikir sedalam-dalamnya sebelum menulis perihal sesuatu perkara. Kaji dengan jelas sebelum ianya ditulis dan diletakkan di blog. Fikir fikirkan.
153 Comments
Saya amat bersetuju dengan pendapat ini. Bukan mudah untuk mencetuskan idea yang menarik untuk dibaca malah menghasilkan inspirasi kepada semua orang. Idea yang cemerlang tanpa niat yang negatif adalah anugerah kepada manusia dari Penciptanya…
Saidina
Blog
Facebook
Partner
jika benar blogger adalah pemikir hebat, ia akan bertambah hebat dengan niat yang baik
kadang kadang banyak sangat berfikir sampai terbawak bawak dalam mimpi
Curahan rasa Zuan @ ..Tak Susah Pun Jaga Kucing
kekadang..gua jadi malas nak berfikir..
Curahan rasa titan @ ..Blogger Sebagai Kerjaya
dan saya lihat, dengan blogging pun bleh ubah pemikiran satu dunia.
sbb itu penulisan ini bagi efek yang besar..
..kan?
Curahan rasa Muaz @ ..Komen saya tentang Blogging is My Hobby and My Career
thanks, you make me feel it really is worthwhile to keep blogging
Blogger ni saya rasa mrk ni mcm guru,,macam doktor,,macam penasihat….profesion yg amat baik
entri terbaru yusdigan – http://yusdigan.com/kalau-aku-kaya/
mudah-mudahan kita dapat menjadi blogger yang berguna untuk agama dan bangsa
Curahan rasa faizal @ ..Ustaz Azhar Idrus Kemalangan Jalan Raya
besar sebenarnya sumbangan sebagai seorang blogger
Curahan rasa faizal @ ..Ustaz Azhar Idrus Kemalangan Jalan Raya
Sama-sama belajar menjadi yang terbaik..rebut saham dunia akhirat…
Curahan rasa Raudzah @ ..Koleksi Gambar Lucu For The Day
Kalau utk terbitkan entri yang berunsur fitnah, baiklah ditegah…banyak lagi artikel yang baik boleh dikongsi.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang
Jika idea datang, apa saja boleh dihasilkan…untuk sebuah entri. Tapi nak mengekalkan status blog yang sentiasa update tu yang susah. Kita bukannya selalu sihat, ada masanya kita sakit deman, masa itulah entri/blog kita tidak dapat publishkan entri terbaru. Sekarang ni ditambah sibuk dgn balik kampung dab beraya, sudah pastinya tak sempat nak membuat artikel..lainlah selepas hari raya, mod rasa membuak-muak. Berkejar nak menerbitkan entri ketika beraya. masing-masing dengan cerita mereka.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang
ya betul, blog adalah tempat perkongsian ilmu. semoga bermanfaat pada mereka yang mencari ilmu yang suci.
Curahan rasa incik @ ..Rahsia membaca tangan untuk kenal penyakit
terperasan lah kejap akak ni sebagai blogger hehe
saham dunia akhirat tu sangat menarik…dalam kita berblogging kita boleh kumpul saham akhirat…boleh jadi medium baru untuk cari pahala.
Curahan rasa master slave @ ..Cara Pasang Autolink Untuk Blogger
Comments are closed.