Assalamualaikum dan Salam 1 Dunia, alhamdulillah seorang lagi rakan FB Group Denaihati Network yang menjadi penulis jemputan di blog Denaihati.com. Entri ini adalah daripada DaddyDee, pemilik blog daddydee.net. Joom sama-sama kita baca.
Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku.
Blogger adalah pemikir yang hebat bagi saya. Blogger adalah penulis, yang berfikir untuk berkongsi idea hebat selain daripada hobi suka-suka. Dalam suka-suka boleh menjana wang, menjana sahabat, menjana peminat, menjana ilmu dan menjana jodoh, begitulah hebatnya blog. Hanya blogger mengenal blog mereka.
Mengapa saya katakan blogger adalah pemikir hebat? Bagi saya blogger yang hebat adalah blogger yang mampu menulis entri yang sangat berkualiti. Bukan senang untuk hasilkan entri yang berkualiti dan bukan nya susah.
Untuk menulis satu entri blogger perlu fikirkan: Apa yang ingin disampaikan? Bagaimana untuk disampaikan? Hasil dari penyampaian yang disampaikan?
Olahan idea yang jelas adalah perlu bagi memudahkan pembaca faham akan apa yang ingin disampaikan. Gaya bahasa tidak kisah gaya bahasa apa yang ingin mereka gunakan janji pembaca faham dan matlamat sampai. Sebaiknya elakkan guna bahasa SMS dan gunakan bahasa yang difahami oleh semua, bahasa pasar pun boleh diterima lagi.
Jadi untuk jadi blogger perlu jadi pemikir hebat perlu ada kelulusan semua? Tidak perlu menjadi berkelulusan untuk jadi blogger hebat. Tapi cukuplah tahu berfikir yang topik yang kita kongsikan akan memberi manafaat kepada pembaca atau tidak? Jika, ya tulis lah bahan itu dan jika tidak baik lupakan saja.
Kenapa perlu tulis entri yang bermanafaat? Kerana blog adalah medan perkongsian ilmu. Jika ilmu yang baik kita kongsikan maka baiklah saham yang kita perolehi untuk dunia dan akhirat. Selain ilmu yang ditulis boleh dipraktikkan oleh orang lain dan memberi keuntungan kepada orang lain seperti abangensem yang membantu orang lain memiliki rumah melalui tips hartanahnya. Selagi tips itu digunakan selagi itu blogger dapat share. Saham ilmu adalah satu-satunya saham yang tidak akan habis selagi ia digunakan.
Bayangkan jika kita menulis satu fitnah? Fitnah itu dibaca oleh 100 orang sehari selama blog itu masih ada. Tersebar dan terus tersebar fitnah itu ke seantaro dunia maya dan nyata. Dapat bayangkan berapa saham yang akan kita terima? Selama entri itu tidak dipadam ia akan kekal selamanya.
Sebab itulah blogger perlu jadi pemikir hebat, perlu berfikir sedalam-dalamnya sebelum menulis perihal sesuatu perkara. Kaji dengan jelas sebelum ianya ditulis dan diletakkan di blog. Fikir fikirkan.
153 Comments
betul tu, kita nie macam pencetus idea kepada pembaca.
nanti ramai yang ikut penulisan kita.
kita perlu dipelbagaikan penulisan, insya-Allah ramai yang nak baca lagi 🙂
Terima kasih tuan kerana terbitkan entri ini di blog ini. Terima kasih banyak-banyak..
Semoga kita semua menjadi pemikir yang hebat.
Curahan rasa daddydee @ ..Tips Untuk Sihat Dan Bergaya Dengan Six Pack Di Musim Perayaan
Penulis ini juga pemikir yg hebat.T.kasih kerana memberi motivasi kepada blogger untuk menjadi pemikir hebat 🙂
yups betul sekali denai, seorang blogger merupakan pemikir dan penulis, setiap artikelnya selalu bermanfaat untuk orang lain yang membacanya
i really want to be one of blogger yang dapat berkongsi perkara berfaedah,, tapi tak tahu topik apa yang sesuai,, sobssss.. buat i hope personal entries yang saya tulis tu at least dapat jadi bahan bacaan yang menghiburkan dan boleh dijadikan pengajaran,, 😀
Curahan rasa muja @ ..Raya Kedua Barulah Semangat Waja Beraya Penuh Bergaya 😀
salam..aku pun teringin berblog…tapi kadang2 tak tau nak tulis apa…rasa mcm semua nak dituliskan tapi tak reti dan idea tak mari….ni tgh blaja..http://eksploria.blogspot.com … tolong bagi tunujuk ajar..:)
Curahan rasa siasito @ ..Roti Mangga
menjadi seorang blogger tidaklah mudah, apa yang kita tulis kelak akan dipertanggungjawabkan dihadapan Allah SWT …
Curahan rasa Rina @ ..Best List of Free Download Responsive Themes for Blog, Business, Magazine WordPress
Nak tulis artikel yang mempunyai isi memang susah, idea kena ada, tambahan lagi pengetahuan. Aku kurang suka baca perihal peribadi kecuali kalau penceritaan dia menarik dan mempunyai input.
Sentiasa nak tulis yang berilmu susah juga, tapi aku harap sekali dua dalam seminggu tulis mengenai perkara yang serious dan berilmu boleh kot.
Aku lama dah tak berblog secara aktif, tapi masih membaca blog-blog tempatan, harap ada banyak lagi penulisan yang bernas.
Curahan rasa Izzat Aziz @ ..Forgiveness
Informasi yang bermanfaat memang lah yang banyak dicari dalam sebuah entri blog.
Bermanfaat dan berkualitas akan sangat membantu bagi para pembacanya
Curahan rasa Ferry @ ..Tips Lolos Mengerjakan Psikotes
Gua ni kekadang..nak fikir pun malas..aduhhh..
Curahan rasa titan @ ..Review Blog Papa Mifz – Lelaki kacak tapi rabun bergaya.
terima kasih atas penulisan.Saya setuju seorang blogger ini mesti mempunyai pelbagai idea kreatif untuk menulis dan tak semua orang boleh konsistent menulis
Curahan rasa Ahmad Tarmizi @ ..Muslimah4U – MA069C
Saya hanya mengiktiraf blogger itu pemikir yang hebat bila hasil tulisannya memberi manfaat kepada mereka yang membacanya. Dan mereka yang dapat mengambil manfaat itu untuk kebaikan dirinya adalah pembaca yang hebat.
Curahan rasa ahmadyani @ ..Raya Yang Dahulu Bukanlah Raya Yang Sekarang
Sebenarnya tak pernah terfikir pun, tapi bila baca balik ada betulnya. Walaupun topik blog saya memang copy-paste. tapi saya cuba letak ayat saya sendiri.
Curahan rasa N’war @ ..Jom tengok Kim Jong Kook, Ji Suk Jin, Gary & Haha bercakap dalam Bahasa Malaysia & Inggeris “Kami Cinta Malaysia!”
Blogger adalah pemikir yang HEBAT. Mampu menjadi apa saja dalam keseluruhannya 🙂
Curahan rasa Kecik @ ..SEGMEN BLOGWALKING RAYA BY DJH
Blogger adalah sumber rujukan masyarakat. Baik blogger, baiklah masyarakat..
Curahan rasa waimantakwa @ ..Kajian Algorithm Google Chrome, Adwords, Adsense Dan Nuffnang Part 1
Comments are closed.