Berikut adalah antara petikan entri terbaik daripada semua yang baik untuk contest Hidup Berani Untuk Gagal.
1. Beliau dan isteri asalnya bekerja di kilang. Pada suatu masa, ekonomi agak merudum, kilang banyak problem. Mereka berbincang dan bersepakat untuk berhenti kerja dan memulakan bisnes sendiri. Satu tindakan berani gagal! 🙂 . Kawan-kawan banyak pertikaikan keputusan mereka . Ada yang kata kalau kerja kat kilang lama sikit lagi untung-untung naik pangkat jadi supervisor. Tapi matdi dan isteri buat dek aje. Baca kisah menarik ini @ Zul’s Blog.
2. Namun, kerap kali saya ditanya oleh belia muda…apakah yang penting untuk berjaya dalam kehidupan? Saya kerap kata: “Selagi anda belum mati, selagi anda tidak terperangkap dalam najis dadah, selagi anda tidak hamil luar nikah dan terpaksa tamat pekerjaan untuk mengasuh anak, tak ada banyak-banyak yang boleh menghalang anda! Dan juga, kalau kamu belum 25 tahun lagi jangan risau terlalu banyak! Masih ada banyak peluang untuk anda.” Baca pengalaman menarik ini @ Josh Lim.
3. Awalnya ke terasa sepi…di akhirnya ku tertawan, ku ubah cara… ku tunjukkan jalan moga dicontohi, walau ada ketikanya aku kantoi, kantoi bukan bermakna tewas, tapi sebenarnya aku lemas, ada masanya aku cemas…ku gagahi ku lawan, kerna Hidupku berani untuk gagal, seketika ku lihat…wah!!! hebat ideanya memang kreatif… ku biar, harapanku semua yang lain turut teruja…dan menjadi ikutan. Baca sajak Berani Untu Gagal @ YangBaik.
4. Pernahkah anda mengalami hal yang sama? Marilah kita melihat realiti kehidupan. Setiap orang pernah mengalami kekecewaan dan kegagalan dalam hidup. Bahkan kadangkala semuanya akan datang sekaligus menimpa seseorang. Kalau sudah demikian, kita merasa dunia seakan musnah. Hidup menjadi terasa berat dan seperti memikul beban yang tinggi. Biasanya banyak orang kemudian melihat segala sesuatu itu dari segi negatif. Bagaimana untuk bangkit kembali @ MyAdha.
5. So, no wonder la ramai orang kita (orang Melayu) lebih gemar memegang prinsip tunggu dan lihat daripada mencuba kerana sesungguhnya mereka tidak sanggup menanggung risiko atau HIDUP tidak BERANI UNTUK GAGAL. Tapi yang pasti, bila dah lihat orang lain berjaya daripada prinsip HIDUP BERANI UNTUK GAGAL tadi, barulah orang kita terhegeh-hegeh nak minta itu ini dari usaha orang lain. Senang cakap, orang kita hanya tahu nak ambil jalan mudah saja. Baca motivasi selanjutnya @ Azizwan.com.
6. Perasaan takut untuk gagal wujud dalam diri anda? Hakikatnya, perasaan takut untuk gagal itu sentiasa wujud untuk semua insan. dan itu adalah perasaan yang sangat normal! jika anda berasa takut, anda harus yakinkan diri anda dan sentiasa berfikiran positif dalam menghadapi segala pancaroba yang akan dilalui dalam kehidupan seharian. Baca motivasi selanjutnya @ Ini Blog Neyra.
7. Kisah Saudara Ariff yang gagal melanjutkan pelajaran di Universiti pilihan yang akhirnya dipilih untuk melanjutkan pelajaran ke Russia. Baca kisah beliau @ Blog Ariff.
8. Sajak Hidup Berani Untuk Gagal nukilan pelajar darjah 1 @ Aku dan Kamu.
9. Gagal….Manusia malu menyebut gagal…manusia malu bertemu gagal..dan manusia amat takut jika GAGAL…Gagal merupakan suatu suasana yang tercipta apabila makhluk yang menghajati sesuatu namun tidak kesampaian…kesian….Motivasi yang menarik @ Teratak Maya.
10. Bila anaknya lahir, seorang ibu tetap memberinya susu, walaupun mungkin ada suara2 sumbang menyatakan “Alah, bagi je la susu formula, susu kami bukannya ada/tak cukup!”. Disebabkan semangat hidup berani untuk gagal, si ibu itu cuba jugak untuk menyusukan, dan walaupun disahkan menghidap masalah seperti PCOS dan sebagainya, dia terus berusaha memberi yang terbaik untuk anaknya. Bukan terus mengalah. Baca kisah menarik peranan ibubapa @ MySuperkids.
11. Untuk pengetahuan, beberapa hari lalu aku telah dreject oleh Miss I yang sangat hot.. beberapa jam jugak la aku frust.. tapi hidup tetap kena terus.. tapi aku agak berpuas hati.. sebab kali ini aku direject secara terhormat.. walaupun tiada sebab yang spesifik kenapa aku direject, tapi lebih baik daripada tiada respon langsung dan buat aku macam tergantung tak bertali..Baca kisah benar ini @ Topotato.
12. Bukan melayu je yang mudah lupa,cina india semua sama. Tapi jarang gua tengok cina yang run bisnes main main. Biarpun bisnes mereka tu tak la bagus mana, tapi komitmen terhadap bisnes memang tinggi. Mereka HIDUP BERANI UNTUK GAGAL , berani untuk explore benda benda baru. Baca kisah kegagalan berniaga @ TengkuAizat.
13. Tipu la kalau aku cakap aku tak pernah gagal kan. Semua orang pernah mengalami kegagalan tiada yang terlepas dari tidak berjaya mencapai hajat. Tahun 2007 adalah tahun hitam bagi aku, selepas 2 tahun setengah ambil A-Level untuk ke Jerman aku gagal memenuhi hasrat mak bapak aku. Aku gagal memenuhi syarat kelayakan MARA untuk fly ke Jerman. Baca kisah benar ini @ MohdHafizul dot com.
14. Gagal, tewas, kalah dan tumpas. Bagi mereka yang kental hatinya mereka tidak akan pernah mengalah untuk menempuhi kegagalan itu kerana bagi mereka hadiah paling bermakna adalah kejayaan yang menanti mereka kelak. Mereka yang pernah gagal pasti akan mengakui bahawa kegagalan itu merupakan pengalaman serta pengajaran untuk mereka terus maju ke depan. Bacakisah selanjutnya @ Oh! Blur.
15. Kawan aku. Azli bin Mahathir (bukan nama sebenar) Gagal dalam perniagaan simen. Ditipu oleh kontraktor. Dipinggirkan dari kawan rapat. Dia dihina. Di tinggalkan isteri. Di hina oleh bekas mak mertua. Di benci masyarakat sekeliling. Dia reda. Dia tabah. Baca kisah menarik ini @ EarnCent.com.
16. Failure teach us one of the most precious lesson in the world. Nothing comes without pain. There is no good without bad, there is no black without white, there is no dark without day. Failure happens to everyone, but it varies based on individuals. Banyak ILMU yang boleh dapat @ Adiaz’s World.
17. Hidup kami memang agak sempit pada awalnya. Sukar untuk menyediakan keperluan anak. Seingat saya hanya selepas anak berusia 1 bulan baru saya mampu membeli buaian. Baca kisah yang menyentuh hati @ Kulanzsalleh.
18. Tatkala azan Subuh berkumandang, semestinya ramai yang masih bergantayangan atau hibernasi [baca : tido]. “Marilah kita solat”.”Marilah kita menuju kejayaan”. Sucinya Islam, di pagi hari lagi telah menyeru kita supaya menuju kajayaan. Akan tetapi, masih ramai yang tidak mensyukuri setiap pamberianNya. Tersentuh hati aku membaca entri @ HBZ.
19. Sesungguhnya, kegagalan yang pertama itu akan mengajar kita bagaimana untuk kita mengejar cita – cita. Tanpa kegagalan, engkau tidak akan tahu erti kesusahan, kepayahan dan kenikmatan. Kegagalan juga sebenarnya adalah satu kuasa yang mampu mengubah tahap keberanian kau kepada lebih tinggi dan cekal. Motivasi yang mesti dibaca @ Hans.
20. Hidup Ada pasang surutnya, Ada persembahan Ada kurnia, Ada rotan Ada duri, Ada rupa Ada harga seperti Angin berputar, ombak bersabung ; Elok Buruk dan Busuk Hanyir. Banyak lagi kata-kata semangat @ Bicara Santai.
21. Ada dikalangan pasangan zaman sekarang sudah cepat mengalah dalam proses mendapatkan zuriat. walaupun terdapat pelbagai teknik dan juga teknologi canggih yang berada dipasaran sekarang ni, ada dikalangan mereka tidak berani untuk mencuba dan tak berani handak mempelbagaikan usaha untuk mencapai apa yang mereka inginkan. Best juga kalau baca ni @ Luxh Textile.
22. You see, last week i was feeling a bit down due to one major project. It was a project that had taken almost 4 years to prepare with constant changing and refining . At the end, I passed or should i say fail on 60% score-mark. Baca kisah seterusnya @ RestnRileks.
23. Setiap hari ibu mengingatkan saya tentang prinsip hidup lawannya mati. Setiap langkah yang sukar, pasti ada imbalannya nanti. Prinsip HIDUP BERANI UNTUK GAGAL perlu saya teruskan juga. Berbekalkan kata-kata ibu, saya semakin yakin dengan prinsip HIDUP BERANI UNTUK GAGAL yang saya pernah pegang separuh jalan. Baca kisah seterusnya @ LizaRazak.com.
24. Pernahkah anda ketawa apabila anda mengalami GAGAL? Biar kita hidup untuk berani menghadapi kegagalan. Dan insyaALLAH kejayaan yang menyusul selepas itu adalah sangat manis. Kejayaan seseorang itu hanya akan menjadi lazat setelah dia menghadapi kegagalan. Baca seterusnya kisah @ Lady Nass.
25. Aku seorang ibu tunggal muda yang berkerja biasa-biasa. Join bisnes MLM, trading, dan macam-macam sebab aku nak ubah nasib keluarga yang memang susah dari dulu. Baca kisah seterusnya @ Aku Wanita Biasa.
26. Aku merupakan anak sulung dalam 6 beradik. Kehidupan ku susah. Ayah hanya seorang nelayan pesisir pantai. Ummi seorang suri rumah. Namun itu tidak menjadi penghalang kepada aku untuk berjaya. Ayah dan ummi sentiasa berusaha untuk menyekolahkan aku walaupun kami kesempitan hidup dan wang. Baca kisah yang menyentuh hati ini @ Imagination.
27. “Ma, kalau saya pulang tinggal nama, mohon ikhlaskan dan, ampuni segala dosa dan salah saya.” Itulah kalimat terakhir, ketika aku mencium tangan Mamaku saat hendak berangkat ke Jakarta menuju proses untuk ke Malaysia. Mamaku terlihat tegar. Meskipun aku yakin, hatinya sudah berinai air mata. Baca kisah dari Indonesia @ Anazkia.
28. Kita hanya mampu merancang Tuhan yang menentukan. Kegagalan tak pernah diundang.Namun kegagalan datang jua. Kenapa kegagalan datang walaupun kita tidak menjemputnya? Kerana manusia itu lemah.Manusia perlu penggantungan kepadaNya. Mungkin juga kerana Usaha yang tidak mencukupi menyebabkan gagal itu datang. Baca seterusnya @ Kemanarahkita.
——————————————————————–
Janjinya dulu aku akan pilih 10 entri terbaik dan teman-teman pilih 5 yang terbaik daripada 10 tetapi kerana banyak sungguh entri yang baik maka aku senaraikan 28 entri yang menarik untuk tatapan teman semua. 5 entri terbaik akan mendapat RM50 untuk setiap blog. Aku harap sangat teman-teman dapat membantu memilih 5 entri yang paling disukai. Caranya mudah sahaja iaitu pilih 5 dan tinggalkan no pilihan entri terbaik ANDA di ruang komen. Contohnya saya suka entri 1,4,7,8 dan 11.
Besok aku akan terbang keluar negara dan mungkin tidak dapat online selama 5 hari. Aku tinggalkan teman-teman untuk memilih entri yang terbaik. Aku harap sangat teman-teman juga dapat tolong mempromosi dan re tweet entri ini supaya seramai mungkin dapat membuat pilihan. Pemilihan entri terbaik akan ditutup pada 11.59 pm 7/2/10. Pemilihan TOP 5 untuk google.com dan google.com.my juga akan dibuat pada 11.59 pm 7/2/10.
Terima kasih semua … HIDUP BERANI UNTUK GAGAL.
306 Comments
Me also, ty for posting th is..
Banyak kisah hidup yang menarik ni.. entah la bila pulak masa saya untuk berjaya ni.. adakah sebab tidak berani mengambil risiko?
Curahan rasa Steward John @ ..Experience the infusion of Urban Music and Nature Inspired Music only in Stompin Sabah 2010
Betul2 kumpulan artikel yang sangat bermanfaat.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..SEMIFINAL AFF SUZUKI CUP 2010 Hasil Pertandingan Indonesia Vs Filipina
wow, hebat, aku bertanya-tanya bagaimana menyelesaikan masalah saya. dan kemudian menemukan situs Anda dengan google, saya belajar banyak, dan sekarang sudah agak jelas. Saya sudah bookmark situs Anda dan juga menambahkan rss. stay updated ya!!
Comments are closed.