Black 505

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, seperti yang dirancang oleh Anwar Ibrahim pengerak Black 505 setelah ditunda perhimpunan Black 505 akan berlansung di Padang Merbok, Kuala Lumpur pada jam 2 pm walaupun tidak mendapat kebenaran daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Polis. Suasa jerbu teruk yang sedang melanda Malaysia tidak akan menghalang perhimpunan Black 505 yang dijangka akan dihadiri oleh ratusan ribu penyokong Pakatan Pembangkang.

Pakatan Pembangkang mengunakan Black 505 untuk menyuarakan ketidak puasan hati mereka dengan keputusan Pilihanraya Umum ke 13 walaupun telah menang lebih banyak kerusi parlimen. Pakatan menjangka mereka akan menang PRU13 dan akan mengambil alih pemerintahan Malaysia daripada Barisan Nasional yang telah memerintah lebih daripada 50 tahun.

Anwar Ibrahim Black 505

Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang telah berjanji untuk meletak jawatan seandainya Pakatan Rakyat gagal menang PRU13 tetapi keputusan PRU13 yang tidak memihak kepada PR telah membuatkan Anwar Ibrahim dalam dilemma. Anwar Ibrahim pasti ada matlamat peribadi yang dikejar sejak disingkir daripada Kerajaan oleh Tun Mahathir.

Penyokong Pakatan Rakyat pasti menyokong perhimpunan Black 505 tanpa berbelah bahagi kerana bagi mereka inilah peluang terbaik untuk mengulingkan kerajaan ala Arab Spring. Berjayakah mereka? Mungkin senario tidak sama kerana keadaan ekonomi Malaysia tidak sama dengan Mesir, Algeria, Maghribi dan lain-lain.

Black 505 di Pandang Merbok

Penyokong Barisan Nasional parti yang memerintah Malaysia pula menentang perhimpunan Black 505 kerana bagi mereka kalau Suruhanjaya Pilihan Raya berlaku curang pasti BN akan menang lebih banyak kerusi parlimen dan Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan boleh diambil semula daripada Pembangkang. Di Pulau Pinang dan Selangor Pembangkang bukan sekadar menang tetapi menang besar.

Bagaimana pula Rakyat Malaysia yang tidak terlibat aktif dengan politik? Adakah mereka menyokong Black 505.

Bagaimana pula Perniaga di Sekitar Perhimpunan Black 505? Adakah mereka menyokong Black 505.

Secara peribadi aku tidak menyokong BLACK 505 terutama di kawasan terbuka seperti Padang Merbok kerana hasilnya perhimpunan beramai-ramai lebih banyak buruk daripada baiknya. Apabila telah berhimpunan beramai-ramai pasti ada tangan ke tiga yang boleh buat berbagai tindakan untuk menjadikan perhimpunan ganas. Ramai di luar sana menunggu sahaja Malaysia jadi tidak aman untuk mencapai matlamat mereka.

Black 505

Aku tetap yakin dengan ketentuan ALLAH seperti dalam surah Al- Baqarah dan Al-Imran bahawa pemimpin sesebuah negara adalah pilihan ALLAH SWT, pemilihan hanya cara ALLAH SWT menyalurkan cara fikir manusia untuk memilih pemimpin yang ALLAH pilih. Berapa juta manusia yang akan datang ke perhimpunan tidak akan dapat mengubah apa-apa melainkan atas kehendak ALLAH SWT.

Pernah terbaca dalam sebuah buku bahawa tidak berlaku sesuatu di atas muka bumi ini walaupun gugurnya sehelai daun kering kalau bukan atas kehendak ALLAH SWT inikan pula pemilihan pemimpin yang sudah jelas difirmankan oleh ALLAH dalam Al Quran seperti firman dalam surah Al-Baqarah, 107 yang bermaksud, “Tidakkah kamu tahu, bahawa Allah memiliki kerajaan langit dan bumi? Dan tidak ada bagimu perlindungan dan penolongan selain allah.“. Allah juga berfirman dalam surah Al-Imran, 26 yang maksudnya, ” Katakanlah (Muhamad) : Wahai Tuhan pemilik kekuasaan, Engkau berikan kekuasaan kepada siapa pun yang Engkau kehendaki, dan Engkau cabut kekuasaan dari siapa pun yang Engkau kehendaki.

Malaysia negara Demokrasi kerana itu blog ini menerima pendapat yang menyokong dan menentang selagi tidak melampaui batas Islam.

BLACK 505 apa yang berlaku sekarang .. joom klik SINI dan SINI.


Spread the love

69 Comments

  1. Restoran Perniagaan Ayah kozumi terpaksa di tutup beberapa jam di sebabkan perhimpunan ini…Terima Kasihlah sbb anda2 yang terlibat di sana telah menghalang rezeki masuk di dalam periuk nasik kami…

  2. Setiap pertandingan tentu ada menang dan kalah. Yang menang jangan tepuk dada yang kalah jangan putus asa, masih banyak supaya diri jadi bermanfaat untuk masyarakat.

  3. Rasanya cukup lah ini perhimpunn terakhir..mmg ramai rkyt xpuas hati kputusn pru lepas..tp nk bt mcmna lgi?.tukr peng spr xtentu lgi..praya msia lbih adil..

  4. assalamualaikum.

    saya sebagai orang muda menyokong sesiapa saja jadi pemimpin negara Malaysia, selagi tidak melanggar hukum Islam dan syarak.

    jadi, kerajaan sekarang nie perlu memikirkan kenapa mereka tidak berpuas hati. banyak benda yang perlu diungkit selama ini.

    p/s: tak habis-habis dengan masalah harga barang sekarang. adakah golongan gaji sederhana terkena tempias? kita tunggu dan lihat.
    Curahan rasa Khairil Mazri @ ..Adakah Kenaikan Gaji, Barang Turut Naik?My Profile

    1. kenaikan harga barang biasanya datang dari perniaga yang kadang2 kita sendiri tak pasti rasionalnya atau kaitannya dengan kenaikan gaji k tangan awan. nampaknya macam mau untung lebih je.
      Curahan rasa Denaihati @ ..Black 505My Profile

  5. Ekonomi kukuh, jadi takkan jadi macam kat arab. Aku pun tak pagam nape la orang tak puas hati. Nak ckp kuku besi tak de pon. Mungkin diorang patut jadi rakyat Cuba, Korea Utara, China baru diorang tahu bagaimana government bertindak
    Curahan rasa Joe @ ..Salah Satu Cara Mudah Buat Duit OnlineMy Profile

  6. Menyuarakan kepentingan rakyat memang diperbolehkan, hanya saja memang harus ada batas-batas yang harus dipenuhi pula. Serta juga lakukan demontrasi yang simpatik dan tidak mengganggu kepentingan umum. Itu yang lebih penting
    Curahan rasa Ferry @ ..Penyebab Sulit HamilMy Profile

  7. Jika berpegang kepada Firman Allah S.W.T dlm surah Yasin كُنْ فَيَكُون pasti tiada sebarang keburukan berlaku. Sewajarnya semua pihak perlu redha dgn segala yg telah ditakdirkan dan sewajarnya segalanya perlu BERSIH demi negara yang aman damai. Kembali kpd quran dan sunnah lebih baik drpd bertelagah sesama sendiri. Lebih baik PR tidak menang hanya jika menang perlu mencari jalan utk membayar hutang negara… Wallahua’lam bissowab…
    Curahan rasa ieta @ ..UPDATE BLOG 1My Profile

  8. Alhamdulillah, walaupun ada yg kurang ataupun tidak setuju dan menentang, kita melihat masih ada golongan yang sudi menjadi pembangkang sebagai pengimbang supaya kerajaan dapat menjadikannya penanda aras dalam terus memperbaiki pemerintahan di malaysia (merujuk kepada PM Najib Razak yang melakukan transformasi). jika tidak, belum pasti amanah rakyat dapat direalisasikan jika tiada pembangkang. teringat sy dalam fb DSAI mengajak utk lakukan perubahan cara aman. Hanya pandangan. wallahu ‘alam.
    Curahan rasa Hanif Menhad @ ..LAPORAN JEREBU DAN INDEKS PENCEMARAN UDARA (IPU) DI SELURUH MALAYSIA JUN 2013My Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!