Black 505

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, seperti yang dirancang oleh Anwar Ibrahim pengerak Black 505 setelah ditunda perhimpunan Black 505 akan berlansung di Padang Merbok, Kuala Lumpur pada jam 2 pm walaupun tidak mendapat kebenaran daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Polis. Suasa jerbu teruk yang sedang melanda Malaysia tidak akan menghalang perhimpunan Black 505 yang dijangka akan dihadiri oleh ratusan ribu penyokong Pakatan Pembangkang.

Pakatan Pembangkang mengunakan Black 505 untuk menyuarakan ketidak puasan hati mereka dengan keputusan Pilihanraya Umum ke 13 walaupun telah menang lebih banyak kerusi parlimen. Pakatan menjangka mereka akan menang PRU13 dan akan mengambil alih pemerintahan Malaysia daripada Barisan Nasional yang telah memerintah lebih daripada 50 tahun.

Anwar Ibrahim Black 505

Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang telah berjanji untuk meletak jawatan seandainya Pakatan Rakyat gagal menang PRU13 tetapi keputusan PRU13 yang tidak memihak kepada PR telah membuatkan Anwar Ibrahim dalam dilemma. Anwar Ibrahim pasti ada matlamat peribadi yang dikejar sejak disingkir daripada Kerajaan oleh Tun Mahathir.

Penyokong Pakatan Rakyat pasti menyokong perhimpunan Black 505 tanpa berbelah bahagi kerana bagi mereka inilah peluang terbaik untuk mengulingkan kerajaan ala Arab Spring. Berjayakah mereka? Mungkin senario tidak sama kerana keadaan ekonomi Malaysia tidak sama dengan Mesir, Algeria, Maghribi dan lain-lain.

Black 505 di Pandang Merbok

Penyokong Barisan Nasional parti yang memerintah Malaysia pula menentang perhimpunan Black 505 kerana bagi mereka kalau Suruhanjaya Pilihan Raya berlaku curang pasti BN akan menang lebih banyak kerusi parlimen dan Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan boleh diambil semula daripada Pembangkang. Di Pulau Pinang dan Selangor Pembangkang bukan sekadar menang tetapi menang besar.

Bagaimana pula Rakyat Malaysia yang tidak terlibat aktif dengan politik? Adakah mereka menyokong Black 505.

Bagaimana pula Perniaga di Sekitar Perhimpunan Black 505? Adakah mereka menyokong Black 505.

Secara peribadi aku tidak menyokong BLACK 505 terutama di kawasan terbuka seperti Padang Merbok kerana hasilnya perhimpunan beramai-ramai lebih banyak buruk daripada baiknya. Apabila telah berhimpunan beramai-ramai pasti ada tangan ke tiga yang boleh buat berbagai tindakan untuk menjadikan perhimpunan ganas. Ramai di luar sana menunggu sahaja Malaysia jadi tidak aman untuk mencapai matlamat mereka.

Black 505

Aku tetap yakin dengan ketentuan ALLAH seperti dalam surah Al- Baqarah dan Al-Imran bahawa pemimpin sesebuah negara adalah pilihan ALLAH SWT, pemilihan hanya cara ALLAH SWT menyalurkan cara fikir manusia untuk memilih pemimpin yang ALLAH pilih. Berapa juta manusia yang akan datang ke perhimpunan tidak akan dapat mengubah apa-apa melainkan atas kehendak ALLAH SWT.

Pernah terbaca dalam sebuah buku bahawa tidak berlaku sesuatu di atas muka bumi ini walaupun gugurnya sehelai daun kering kalau bukan atas kehendak ALLAH SWT inikan pula pemilihan pemimpin yang sudah jelas difirmankan oleh ALLAH dalam Al Quran seperti firman dalam surah Al-Baqarah, 107 yang bermaksud, “Tidakkah kamu tahu, bahawa Allah memiliki kerajaan langit dan bumi? Dan tidak ada bagimu perlindungan dan penolongan selain allah.“. Allah juga berfirman dalam surah Al-Imran, 26 yang maksudnya, ” Katakanlah (Muhamad) : Wahai Tuhan pemilik kekuasaan, Engkau berikan kekuasaan kepada siapa pun yang Engkau kehendaki, dan Engkau cabut kekuasaan dari siapa pun yang Engkau kehendaki.

Malaysia negara Demokrasi kerana itu blog ini menerima pendapat yang menyokong dan menentang selagi tidak melampaui batas Islam.

BLACK 505 apa yang berlaku sekarang .. joom klik SINI dan SINI.


Spread the love

69 Comments

    1. Kebanyakan demostrasi seperti di Indonesia, Turki, Brazil dan banyak negara lain akan berakhir dengan negatif kerana ada pihak ketiga yg akan mengambil kesempatan. Akhirnya kita akan saling tuduh menuduh siapa yang salah. Demostrasi bukan budaya kita tetapi budaya Anwar Ibrahim yg telah beliau amalkan sejak belajar di UM lagi.

  1. Tak usah domotrasi sana-sini, tunggu 4 tahun lagi, masa tulah saat yang sesuai untuk menjatuhkan pemerintah dgn cara demokrasi. Kalau berhimpun pun tidak akan merubah apa2, malahan lama kelamaan org mula muak, mual dgn perhimpunan itu. Habis masa, wang, tenaga, kerja saja akhirnya. Lebih baik pakat cari alternatif yg lebih ganas dengan meningkatkan keharmonian antara kaum, keselesaan rakyat, bantu rakyat yang memerlukan bantuan, rakyat yang memerlukan pekerjaan, rakyat yang memerlukan sumbangan daripada pemimpin2 yg dimenangi yang telah berjanji dgn bulan dan bintang. Masa inilah masanya membalas segala kepercayaan yang mereka berikan dgn tindakan yg bererti dan bermakna bukannya dgn perhimpunan yg tidak pernah ada kebaikannya. Lihat saja di Afganistan, Libya, Mesir, Turki, Iraq, Syria dll. Apa terjadi pada negara mereka. Huru-hara tak ada kesudahannya. Begitukah mereka mahukan semua??????
    Curahan rasa sensasi2020 @ ..Sepetang Bersama Amanz Di KB MALLMy Profile

    1. Demokrasi memang tak pernah ada di malaysia kerana setiap kumpulan hanya fikir akan ada demokrasi apabila keputusan memihak pada mereka. Kita kata bebas bersuara tapi kalau kawan kita tak setuju dgn pendapat kita pasti kita tak gembira.. Demokrasi itu hak rakyat utk memilih mana parti yg mereka suka tetapi kalau kawan kita tak sokong parti yg kita sokong pasti kita tak gembira .. Di mana demokrasi tu??

  2. mmg ketentuan allah. kita tidak boleh meletakkan semua perkara telah ditentukan tanpa berusaha. Sebab tu penindasan umat islam semakin berleluasa. Menunggu ketentuan allah berkenaan kebangkitan islam. Tapi usaha ke arah itu semakin pudar dan semakin berpecah belah.

    1. Silap tu selepas kita berusaha dengan sungguh2 kita kena terima ketentuan yg Allah beri. Ketentuan itu tidak semestinya seperti yg kita harapkan kerana Allah lebih tahu apa yg terbaik utk kita.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!