Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, maaflah kali ini memang aku copy paste artikel daripada Harian Metro tulisan Saudara Shariffudin Mohamad bertajuk Jutawan produk dalam talian. Berkali-kali aku membacaa artikel ini dan teringat suatu masa dahulu ketika aku aktif berbisnis MLM sering aku katakan bisnis online ini sky is the limit. Tetapi benarkah seperti yang dikatakan atau sekarang terjerumus bisnis online dengan kawan-kawan yang banyak sekatan seperti perbincangan Blogger Azman Ishak di SINI dan Blogger Eizil di SINI.
“Yang ditunggu sudah tiba Teknik Buat Duit dengan blog dari Sifu Affiliate En Titan @ Kitab Teknik SEO Merah Jambu”
Membaca artikel tulisan Saudara Shariffudin mengaktifkan kembali minda bawah sedar yang sudah berlumut akibat terkhayal dengan popular dan anugerah yang diperolehi. Sudah tiba masanya untuk bangun meninggalkan dunia khayalan dan berdiri berpijak di tanah yang nyata lalu melonjak ke langit yang tiada sempadan.
Bukanlah maksud tidak mahu bisnis online dengan teman-teman yang kekadang susah nak sebut berapa harga kalau termahal katanya dengan kawan pun nak berkira. Daripada kita berbisnis yang banyak masalahnya mengapa tidak kita bersama dengan kawan-kawan melonjak ke langit biru bak kata orang putih sky is the limit.
Maaf tulisan ini berhenti di sini kerana aku nak membaca dan membaca berkali-kali artikel ini sehingga termacul idea baru dari minda yang dah berlumut ini.
Perniagaan dalam talian belum menjadi satu budaya membeli-belah di negara ini. Kemungkinan masih ramai pengguna tidak yakin dengan pembelian melalui kaedah itu disebabkan produk tidak berada di depan mata atau khuatir menjadi mangsa penipuan.
Bagaimanapun, baru-baru ini penulis menemui sepasang suami isteri muda yang kelihatan baru menceburi bidang perniagaan pada satu majlis. Tiada siapa melayani mereka disebabkan juga tidak kelihatan seperti orang yang berniaga. Mereka lebih kelihatan seperti pasangan kekasih. Penulis kemudian memberanikan diri mendekati pasangan ini untuk bertanya khabar dan mengetahui serba sedikit latar belakang masing-masing.
Percaya atau tidak, pasangan ini adalah jutawan Internet yang berniaga online dengan pulangan lumayan menjual produk informasi dan laman web ke seluruh dunia. Tanpa perlu modal besar Penulis kagum dengan usaha mereka kerana dengan menjual informasi dalam bentuk e-buku boleh menjadi jutawan tanpa modal yang besar dan tidak memerlukan membuat pinjaman bank.
Perniagaan online sudah membawa mereka jauh ke depan hingga dapat menubuhkan dua syarikat berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia.
Si suami memberi contoh kepada penulis, bayangkan dengan menjual e-buku bertajuk ‘How to build a Chicken Coop’ atau dalam bahasa Melayu ‘Bagaimana membina Reban Ayam’, ratusan pembelinya datang dari negara Eropah seperti Jerman dan Amerika Syarikat. Dengan mempelbagaikan tajuk e-buku, pembeli semakin bertambah dan kebanyakannya dari negara Barat yang sudah biasa dengan perniagaan dalam talian.
Menariknya, pasangan ini hanya terbabit dalam perniagaan dalam talian baru tujuh tahun yang menjanjikan pulangan lumayan. Penulis difahamkan si suami memulakan perniagaan secara kecil-kecilan di kafe siber untuk mencari wang perbelanjaan di universiti. Dia ketika itu menjual bahan grafik sedia ada sebelum mengeluarkan produk grafik sendiri.
Lama kelamaan apabila pelanggan semakin bertambah, dia yang berusia 27 tahun kini mula mempelbagai produk, termasuk mengeluarkan e-buku untuk pasaran seluruh dunia. Bagi menjana pendapatan dalam tempoh panjang, laman web e-dagang dibangunkan untuk disewa setiap bulan oleh pelanggan dan penganjuran seminar.
Perlu dicontohi Penulis mencoret kejayaan pasangan suami isteri berbangsa Melayu ini adalah untuk dicontohi oleh anak muda yang masih tercari-cari pekerjaan atau baru keluar universiti.
Pasangan ini memaklumkan, untuk terbabit dalam perniagaan dalam talian memerlukan pengetahuan dalam teknologi maklumat dan sedikit modal. Apa yang perlu difikirkan jenis produk untuk dipasarkan.
Mereka adalah antara beberapa kerat anak Melayu yang berjaya menjadi jutawan melalui perniagaan dalam talian.
Aku tak tahu apa yang kawan-kawan fikirkan setelah membaca artikel ini TETAPI otak aku sedang bergerak pantas memikirkan macam-macam. Tak perlu kita meniru produk yang dijual oleh pasangan Jutawan Internet ini tetapi kita boleh meniru konsep bisnis online dengan produk terkini untuk pasaran seluruh dunia dengan kawan-kawan yang berminat nak susah senang bersama.
Bertambah semangat untuk Denaihati Network menganjurkan Seminar Buat Duit dengan Blog dengan menjemput Top Blogger yang sudah terbukti berjaya bisnis online dengan pulangan yang lumayan.
Nak join ke kalau kami buat seminar???
131 Comments
peluang bisnis yang terbaik saat ini adalah melakukan bisnis online,
Curahan rasa Payno @ ..Understand Some of the Concepts Just to Lose Weight with Healthy
Trims, membaca artikel ini jadi mantab terjun di bisnis online, sukses untuk semuanya.
Curahan rasa gaji dollar dofollow @ ..Cek kecepatan loading blog dengan Website Speed Test
saya juga mau bisnis online, tapi tak tahu bagaimana cara nya !!! tolong ajarin yah DH. 🙂
Curahan rasa Mr.DHI @ ..Pengertian dan Macam-Macam Domain
cara nya menurut saya dengan pasang iklan mungkin ya !!! 🙂
Curahan rasa Mr.DHI @ ..Pengertian dan Macam-Macam Domain
Mungkin jika berkelapangan, boleh hadiri seminar buat duit dengan blog nanti =)
Curahan rasa hafizmd @ ..Malaysia vs Palestin:Perlawanan Amal Antarabangsa
janji kita pandai atur strategi kan.hehehe
Curahan rasa arelan @ ..TeMaN oRaNg NgiDaM
boleh ajarkan bagaimana strategi tersebut?
Curahan rasa incik @ ..Hayati hadith sayangi alam sekitar
Bisnis online memang sekarang sedang banyak diminati
Curahan rasa Portal Kesehatan @ ..Tanda Gejala Menopause
Karena bisa dijadikan sampingan pula dari kerja yang sesungguhnya
Curahan rasa Portal Kesehatan @ ..Tanda Gejala Menopause
perrghhh,, tulis tulis,, then jual,, untungnya,, 😀
Curahan rasa mujagirl92 @ ..Segmen Bloglist BlogFyna[dot]Com
Dunia Bisnis Online penuh dengan rintangan dan cabar, tetapi memerlukan kesabaran,
Curahan rasa Bedak Arab @ ..Kelihatan Slim Dalam Masa Yang Singkat – Felinna Inch Loss Lotion
Insyaallah untung yang lumayan cuma perlu usaha bersungguh2 sahaja..
Curahan rasa Travel-Zoom @ ..How To Find A Cheap Flight Deal
memang sangat menarik belajar dunia bisnis online yang begitu menjanjikan
Curahan rasa metrolisa @ ..Wordless Wednesday/aku Ingin Jadi Blogger
semoga makin ramai jutawan Melayu Islam dilahirkan kelak. saya nak join tp masa x mengizinkan. maybe next time boleh buat lagi kan? lagi skali mesti info dah makin bertambah dan makin best,
Curahan rasa incik @ ..Earth Hour gelapkan bumi selama 1 jam
X dapat nak turut serta dalam seminar tu.
Tapi sungguh hebat memang menjadi sumber inspirasi beliau ini.
Curahan rasa daddydee @ ..Pandangan Perokok Tentang Rokok Elektronik
saya sudah daftar dan bayar. walaupun masih risau tarikh clash dengan tarikh konvo, daftar dan bayar tanda sokong.
Curahan rasa Datin Tyka @ ..WordPress Tak Susah
Dah nampak nama seorang wanita dalam senarai adakah itu Datin tyka.
Terima kasih kerana menyokong sbddb.
ye tuan.. itu adalah saya… same-same, semoga kita dapat bertemu nanti
Curahan rasa Datin Tyka @ ..WordPress Tak Susah
Bisnes online, jika kena caranya memang akan mberi pulangan yg lumayan.. apa yg penting, hati kena kering dan berani utk gagal.. Apa2 pun, terima kasih bkongsi artikel ini..
Curahan rasa Admin ReloadBiz.Net @ ..ReloadBiz – Peluang Menjana Pendapatan Tambahan
menarik juga kalau ada seminar
Curahan rasa Kazen @ ..Tips-Tips Usahawan Berjaya
sedang berusaha setup biz online sekarang ni. target tahun ni memang biz on9 😀
Curahan rasa Sya Isya @ ..Petua Menjaga Kesihatan Mata
Comments are closed.