Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, maaflah kali ini memang aku copy paste artikel daripada Harian Metro tulisan Saudara Shariffudin Mohamad bertajuk Jutawan produk dalam talian. Berkali-kali aku membacaa artikel ini dan teringat suatu masa dahulu ketika aku aktif berbisnis MLM sering aku katakan bisnis online ini sky is the limit. Tetapi benarkah seperti yang dikatakan atau sekarang terjerumus bisnis online dengan kawan-kawan yang banyak sekatan seperti perbincangan Blogger Azman Ishak di SINI dan Blogger Eizil di SINI.
“Yang ditunggu sudah tiba Teknik Buat Duit dengan blog dari Sifu Affiliate En Titan @ Kitab Teknik SEO Merah Jambu”
Membaca artikel tulisan Saudara Shariffudin mengaktifkan kembali minda bawah sedar yang sudah berlumut akibat terkhayal dengan popular dan anugerah yang diperolehi. Sudah tiba masanya untuk bangun meninggalkan dunia khayalan dan berdiri berpijak di tanah yang nyata lalu melonjak ke langit yang tiada sempadan.
Bukanlah maksud tidak mahu bisnis online dengan teman-teman yang kekadang susah nak sebut berapa harga kalau termahal katanya dengan kawan pun nak berkira. Daripada kita berbisnis yang banyak masalahnya mengapa tidak kita bersama dengan kawan-kawan melonjak ke langit biru bak kata orang putih sky is the limit.
Maaf tulisan ini berhenti di sini kerana aku nak membaca dan membaca berkali-kali artikel ini sehingga termacul idea baru dari minda yang dah berlumut ini.
Perniagaan dalam talian belum menjadi satu budaya membeli-belah di negara ini. Kemungkinan masih ramai pengguna tidak yakin dengan pembelian melalui kaedah itu disebabkan produk tidak berada di depan mata atau khuatir menjadi mangsa penipuan.
Bagaimanapun, baru-baru ini penulis menemui sepasang suami isteri muda yang kelihatan baru menceburi bidang perniagaan pada satu majlis. Tiada siapa melayani mereka disebabkan juga tidak kelihatan seperti orang yang berniaga. Mereka lebih kelihatan seperti pasangan kekasih. Penulis kemudian memberanikan diri mendekati pasangan ini untuk bertanya khabar dan mengetahui serba sedikit latar belakang masing-masing.
Percaya atau tidak, pasangan ini adalah jutawan Internet yang berniaga online dengan pulangan lumayan menjual produk informasi dan laman web ke seluruh dunia. Tanpa perlu modal besar Penulis kagum dengan usaha mereka kerana dengan menjual informasi dalam bentuk e-buku boleh menjadi jutawan tanpa modal yang besar dan tidak memerlukan membuat pinjaman bank.
Perniagaan online sudah membawa mereka jauh ke depan hingga dapat menubuhkan dua syarikat berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia.
Si suami memberi contoh kepada penulis, bayangkan dengan menjual e-buku bertajuk ‘How to build a Chicken Coop’ atau dalam bahasa Melayu ‘Bagaimana membina Reban Ayam’, ratusan pembelinya datang dari negara Eropah seperti Jerman dan Amerika Syarikat. Dengan mempelbagaikan tajuk e-buku, pembeli semakin bertambah dan kebanyakannya dari negara Barat yang sudah biasa dengan perniagaan dalam talian.
Menariknya, pasangan ini hanya terbabit dalam perniagaan dalam talian baru tujuh tahun yang menjanjikan pulangan lumayan. Penulis difahamkan si suami memulakan perniagaan secara kecil-kecilan di kafe siber untuk mencari wang perbelanjaan di universiti. Dia ketika itu menjual bahan grafik sedia ada sebelum mengeluarkan produk grafik sendiri.
Lama kelamaan apabila pelanggan semakin bertambah, dia yang berusia 27 tahun kini mula mempelbagai produk, termasuk mengeluarkan e-buku untuk pasaran seluruh dunia. Bagi menjana pendapatan dalam tempoh panjang, laman web e-dagang dibangunkan untuk disewa setiap bulan oleh pelanggan dan penganjuran seminar.
Perlu dicontohi Penulis mencoret kejayaan pasangan suami isteri berbangsa Melayu ini adalah untuk dicontohi oleh anak muda yang masih tercari-cari pekerjaan atau baru keluar universiti.
Pasangan ini memaklumkan, untuk terbabit dalam perniagaan dalam talian memerlukan pengetahuan dalam teknologi maklumat dan sedikit modal. Apa yang perlu difikirkan jenis produk untuk dipasarkan.
Mereka adalah antara beberapa kerat anak Melayu yang berjaya menjadi jutawan melalui perniagaan dalam talian.
Aku tak tahu apa yang kawan-kawan fikirkan setelah membaca artikel ini TETAPI otak aku sedang bergerak pantas memikirkan macam-macam. Tak perlu kita meniru produk yang dijual oleh pasangan Jutawan Internet ini tetapi kita boleh meniru konsep bisnis online dengan produk terkini untuk pasaran seluruh dunia dengan kawan-kawan yang berminat nak susah senang bersama.
Bertambah semangat untuk Denaihati Network menganjurkan Seminar Buat Duit dengan Blog dengan menjemput Top Blogger yang sudah terbukti berjaya bisnis online dengan pulangan yang lumayan.
Nak join ke kalau kami buat seminar???
131 Comments
Saya senang dengan bisnis online, walaupun hanya sedikit, namun saya puas.
Curahan rasa Sporting Goods @ ..Bike Frame Materials
Sepertinya akan banyak yang join bila ada seminar semacam ini
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Manfaat Pemberian ASI Eksklusif
Harus cermat untuk melihat peluang bisnis online semacam ini
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Manfaat Pemberian ASI Eksklusif
Sekarang pun saya ada serba sedikit berniaga online sambil tambah lagi ilmu yang berkaitan dengannya
Curahan rasa wazy @ ..Wordless Wednesday #54
Terbaiklah bro wazy!
Curahan rasa hafizmd @ ..Awasi Percakapan Kita!
ya sekarang membuat toko online kian mudah tidak perlu menguasai bahasa pemrograman dan script2 yang ribet…
Curahan rasa fandana21 @ ..Cytus 3.0.3 APK + OBB DATA
bisnes online… untung jika tahu caranya… terima kasih
Curahan rasa naim @ ..Rumah Teres 1 Tingkat
Untuk saat ini bisnis online memang cukup menjanjikan, sudah banyak yang berhasil
Curahan rasa hari @ ..NASKAH DRAMA :: Contoh Naskah Drama Singkat Stella II
berniaga online dengan buat MLM secara online memang berbeza. kemudian jual ebook dgn produk fizikal juga cabang yg berbeza.
saya pernah mencuba menjual barang menggunakan ebay tetapi gagal disebabkan banyak faktor. memang benar kita boleh untung besar dengan hanya menjual produk ebaook lagi2 ianya ditulis dalam bahasa inggeris.
asalkan kita berusaha.
Curahan rasa Ladfe Amir @ ..Projek Malam Jumaat
Mungkin ini antara yg bakal didedahkan dlm seminar buat duit anjuran Denaihati Network nanti?
Curahan rasa hafizmd @ ..Awasi Percakapan Kita!
sekarang perempuan ramai betul buat bisnes online..
Curahan rasa diana @ ..WANITA INI KETAGIH MINUM DARAH MANUSIA
Sekarang ni rezeki ade di mana2.. cuma atas kita sendiri jer nak atau tak.. kalau kita gigih berusaha insyAllah pasti akan berjaya..
Curahan rasa Nurul @ ..Nikmati Udara Segar di Tasik Banding Taman Royal Belum
habis spm ni boleh cuba
Curahan rasa amirul hakim @ ..Cabaran #HTML5: Alternatif Kod Center
job wedding pun banyak yg saya dapat melalui fb…
Curahan rasa staibaqhang @ ..Sunrise Jambatan Kedua Pulau Pinang
Nampaknya, bisnes online semakin mendapat tempat di Malaysia. Cuma mungkin oleh kerana kurang publisiti, ianya nampak kurang meriah.
Semangat!
Curahan rasa hafizmd @ ..Awasi Percakapan Kita!
banyak cara berbisnes..sekarang nie yang paling laris bisnes melalui fb..senang…terbaru melalui instagram.
Apa yang penting, penianga mesti sentiasa update status pembelian kepada pelanggan agar kepercayaan pelanggan itu kukuh,
Curahan rasa Dkna Abza @ ..Beza Perempuan Dan Lelaki Merajuk
Ramai yg nampaknya semakin bijak ambil peluang utk berniaga di FB.
ermm..kita bila lagi?
Curahan rasa hafizmd @ ..Awasi Percakapan Kita!
kalo ada masa terluang, mesti sy akan join!:-)
Curahan rasa JMR @ ..Kebaikan Bercium pon ada?
bisnis internet memang sangat menjanjikan. saya sudah mendapat bebrapa penghasilan dari online
Curahan rasa resep membuat sate @ ..Resep Membuat Sate Ayam Madura
Comments are closed.